CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sukar Dipercayai, Bekas Pemain Bola Sanggup Lakukan 5 Pekerjaan Ini Selepas Bersara

8-2-2018 03:32 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 3610| Komen: 5|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Description: Sukan bola sepak sememangnya mempunyai masa depan yang cerah kepada sesiapa yang berjaya menjadi pemain professional. Ditawarkan dengan gaji dan insentif yang menarik, mereka yang berkecimpung dalam a ...
Sukan bola sepak sememangnya mempunyai masa depan yang cerah kepada sesiapa yang berjaya menjadi pemain profesional. Ditawarkan dengan gaji dan insentif yang menarik, mereka yang berkecimpung dalam area bola sepak kebiasaannya akan menyambung kontrak sebagai pengurus, jurulatih dan pelbagai jawatan berkaitan sukan bola sepak. Namun terdapat juga para pemain yang terkenal tidak menyambung kontrak dalam dunia bola sepak. Mari kita lihat, apakah pekerjaan unik mereka selepas bersara dari dunia bola sepak.


1. Aktif dalam sukan Jijutsu selepas menang piala dunia 1998

Sumber: mma.uno
Siapa tak kenal Bixente Lizarazu yang memainkan watak penting dalam arena bola sepak di Perancis. Beliau berjaya membantu pasukannya memenangi piala dunia pada tahun 1998 dan juga kejohanan Euro 2000. Selepas beliau menyarung jersi Bayern Munich, pencapaiannya dalam bola sepak menjadi ikon dan sukar ditandingi para pemain lain. Beliau memenangi kejohanan tali pinggang biru kategori dewasa 1 dalam pertandingan Jiujitsu dalam peringkat Eropah pada tahun 2009, Bixente Lizarazu meneruskan aktiviti Jiujitsu sehingga dianugerahkan tali pinggang hitam pada tahun 2016 selepas 7 tahun mempelajari seni bela diri itu.


2. Cuba nasib dalam bidang politik

Sumber: unian.info
Bekas pemain AC Milan, Andriv Schevhenko menduga lautan kerjaya dalam bidang politik dengan mewakili parti "Ukraine-Forward" serta menjadikan parti itu parti yang terbesar membelanjakan kempen isu gaji minima di Ukraine. Schevchenko menolak menjadi jurulatih kebangsaan Ukraine selepas bersara dari arena bola sepak pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, parti yang diterajui orang nombor 2 ini tidak memenangi pilihanraya Ukraine dan hanya mendapat 1.58% undi sahaja. Pada 2013, Schevchenko mengumumkan beliau mahu menjadi pemain golf, tetapi atas prestasi hambar dalam penampilan pertama menjadi penghalang.

3. Jadi detektif selepas menjadi pemain pertahanan Liga Perdana Inggeris

Sumber: playbuzz.com
Arjan De Zeeuw yang menjadi pemain bagi beberapa pasukan dalam Liga Perdana Inggeris ini melepaskan ijazah kedoktorannya selepas menjadi pemain bola profesional. Walaupun beliau berpeluang untuk menyambung pengajiannya, pilihan menjadi anggota polis menjadi keutamaannya selepas bersara dari arena bola sepak. Bukan sembarangan anggota polis, beliau memilih menjadi seorang detektif yang khusus untuk penyeludupan manusia dan pengedaran dadah di Belanda. Niatnya khusus untuk berkhidmat dengan negara tercinta. Walaupun begitu, Arjan masih menjadi pemain bola sepak dan menjadi kapten pasukan kepada pasukan bola sepak kebangsaan polis Belanda.

4. Dulu penjaga gol, sekarang atlet gusti

Sumber: si.com
Siapa sangka yang bekas penjaga gol Jerman ini menjadi ahli gusti selepas tamat kontrak dengan kelab bola sepaknya. Tim Wiese ditawarkan menjadi watak jahat dan bergandingan dengan dua nama besar seperti Triple H, Cesaro serta Sheamus. Diberi gelaran 'The Machine' Tim dan pasukan pernah memenangi pertarungan 3 lawan 3 dalam di WWE. Semasa kontraknya hampir tamat, beliau memanfaatkan masa yang ada untuk membina otot sebelum memasuki area gusti profesional.

5. Siapa sangka dulu pemain liga Sepanyol, kini DJ tekno

Sumber: as.com
Gaizka Mendieta adalah legenda dalam pasukan Sepanyol pada awal tahun 2000 kerana berjaya mengawal tempo permainan dengan baik. Bekas pemain termahal di dunia ini mempunyai niat untuk menjadi seorang disc jockey yang telah lama dipendam. Bermula secara senyap, beliau kini dikenali sebagai DJ Mendieta dan pada tahun 2016, acara Chammpions Event menganjurkan acara promosi dengan DJ Mendieta sekali meraikan perlawanan akhir bola sepak Champions Leage antara Real Madrid dan Athletico Madrid. -CARI
8

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
2

Sedih
8

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tanak-balik 8-2-2018 05:46 PM
wow... kalau dorg still main bola sambil buat keje2 ni konfem ikut seruan kerajaan malaysia sgt.
#duakerja

Quote Artemesiaa 8-2-2018 06:17 PM
Bagus melakukan pekerjaan ikut minat masing2 lepas bersara macam tu tak ler semua pakat nak bukak kedai makan je
Quote sehirkedi 8-2-2018 07:12 PM
Hahaa memasing buat job yg dorang suka... Jadi detektif lagi hai....
Quote jirowaw 8-2-2018 09:15 PM
paling seronok jd dj tekno, mlm2 je keja
Quote RatuDunia94 8-2-2018 11:25 PM
ye la.. Bils dh masuk umur 30an. Kena bersedia career bola sepak akan jatuh anytime..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.113570 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top