CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terkejut Gambar Dicuri, Bukan Satu Tapi Untuk Tiga Akaun Facebook Palsu

5-2-2018 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6225| Komen: 30

Description: “Terkejut apabila melihat gambar wajah saya secara tiba-tiba jadi tular dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen.“Ia membuatkan saya takut dan trauma berkongsi gambar di media sosial."Itulah ...
“Terkejut apabila melihat gambar wajah saya secara tiba-tiba jadi tular dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

“Ia membuatkan saya takut dan trauma berkongsi gambar di media sosial."

Itulah yang dikatakan oleh Nur Asyikin Ibrahim, 30 yang menjadi mangsa selepas gambarnya digunakan oleh individu lain bagi mencipta akaun Facebook palsu. 

Memetik laporan Harian Metro, gambar Nur Asyikin tular sejak kelmarin selepas akaun palsu itu digunakan untuk menghina penunggang motosikal yang sekaligus mengundang kemarahan netizen. 


“Selepas diselidik, saya dapati ada tiga akaun palsu menggunakan gambar yang dicuri dari Facebook saya.


“Satu daripada akaun terbabit menggunakan nama Nurul Sakinah Samad dan pemilik akaun itu didapati dengan sengaja memuat naik status tidak baik sehingga mendatangkan kemarahan netizen. Akibatnya saya yang menjadi mangsa.

“Malah, ada antara netizen turut melemparkan perkataan kesat dan ugutan terhadap saya kerana menyangka gambar profil digunakan akaun berkenaan adalah wajah sebenar pemilik akaun Facebook itu,” katanya. 



Katanya lagi, dia tidak menyangka individu tersebut sanggup menggunakan gambarnya sehingga menyebabkan aib kepada dirinya. 

“Saya tidak tahu apa tujuan sebenar pemilik akaun palsu terbabit berbuat demikian sedangkan saya tidak menyakiti atau bermusuhan dengan sesiapa pun,” katanya.

Sehubungan itu, wanita ini sudah membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa Kelantan, semalam. - CARI
2

Bagus
4

Marah
13

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aerhys 5-2-2018 12:20 PM
Zaman viral dan fitnah sekarang eloklah kurangkan berkongsi kehidupan peribadi di media sosial. Gambar pun sila privatekan dan terhadkan kepada keluarga terdekat dan rakan rakan yg dipercayai. Profile picture nak letak gambar sendiri terpulang tapi berhati hatilah ada risiko menjadi mangsa seperti kes ni.

I wont judge if she was telling the truth or not tapi saya husnuzon sajalah.
Quote idakamaruddin 5-2-2018 12:42 PM
nsb la iols xde fb/ig/twidder

kt profile wasap pn xletak gmba sendiri

bahaya skg ni

Quote vanillaninja 5-2-2018 12:55 PM
Kalau account pun public, terpaksa la hadap benda2 macam ni. Sendiri punya choice, sendiri hadap la the consequences.
Quote oppol 5-2-2018 12:56 PM
idakamaruddin replied at 5-2-2018 12:42 PM
nsb la iols xde fb/ig/twidder

kt profile wasap pn xletak gmba sendiri

Kalau tak suka gambar kau di gunakan orang lain,kenapa guna gambar orang?..
Quote gaara_X 5-2-2018 12:57 PM
so kurang²kan ler taruk pic ghairah kat FB tue....
Quote e.gurl 5-2-2018 01:03 PM
Kalaulah facebook boleh buat Reverse Image Search macam google... Ramai lagi yang akan terkejut
Quote samasam90 5-2-2018 01:09 PM
oppol replied at 5-2-2018 04:56 AM
Kalau tak suka gambar kau di gunakan orang lain,kenapa guna gambar orang?..

dia guna gambar kartun, quote atau pic nature kot.. every profile, tak bermakna perlu letak gambar manusia,  ye dak..
Quote TuntungReturn 5-2-2018 01:22 PM
pompuan mmg perangai cm tu. kejap2 tukar gambar.konon nk suh org puji la tu. eeee..comelnya sis.eeeeee...gebu nya pipi.eeeeee..kurusnya. segala mak nenek eeee keluar. .. pas tu buh gambar seksi2. kt bawah tulis jgn komen lucah2,akan diblok. dia igt org tgk pic seksi nk sembang pasal najib la kot
Quote idakamaruddin 5-2-2018 01:27 PM
oppol replied at 5-2-2018 12:56 PM
Kalau tak suka gambar kau di gunakan orang lain,kenapa guna gambar orang?..

motif ko ada ke aku mentioned guna gmba org lain bagai?

bukan gmba sendiri bole jadi gmba pokok ke bunga ke haiwan ke naruto ke sailormoon ke

koserrrr  
Quote idakamaruddin 5-2-2018 01:28 PM
samasam90 replied at 5-2-2018 01:09 PM
dia guna gambar kartun, quote atau pic nature kot.. every profile, tak bermakna perlu letak gambar ...

tegkiu ada sama sama nasib baik paham


Quote babydoll 5-2-2018 01:41 PM
TuntungReturn replied at 5-2-2018 01:22 PM
pompuan mmg perangai cm tu. kejap2 tukar gambar.konon nk suh org puji la tu. eeee..comelnya sis.eeee ...

hahhahha!! nt dikata spam pulak


i penah nampak kt twitter, ada this one girl post gambar seksi. lps tu tgk qty comment sampai ribu2. bila i click 'show thread', stranger ntah mana2 dok sembang pasal bola, pasal resipi lasagna, etc. takde pun yg komen pasal gambar dia
Quote WhiskeyScotch 5-2-2018 04:11 PM
Even kalau gambar dia public sekali pun, itu tak bermaksud gambarnya harus dicuri dan digunakan untuk create fake account. Ada je yang private account tapi gambar still kena curi juga. Kadang-kadang, kawan-kawan yang terdekat juga yang aniaya.

Quote xAthenax 5-2-2018 04:17 PM
siber trooper banyak terkantoi guna gambar orang lain
Quote abangadek 5-2-2018 04:27 PM
nasib iols letak pic profile pic jeruk.. pakat ngulum air liur la tengok pic iols
Quote kucen_miang 5-2-2018 04:48 PM
sib baik gambar kucen. ada member guna gbr katun dinosor..aman2 jer.

@dinopower2
Quote sekngucing 5-2-2018 04:51 PM
fb ig ni yahudi
org dah bg warning pasal yahudi ni
tapi ustaz,  ustazah pun ada fb ig semua ni... bodoh...
Quote dinopower2 5-2-2018 04:58 PM
kucen_miang replied at 5-2-2018 04:48 PM
sib baik gambar kucen.  ada member guna gbr katun dinosor..aman2 jer.

@dinopower2

klau ensem dicuri pun takpo la...  
Quote dinopower2 5-2-2018 04:59 PM
klau lava profile pic die reban ayam... klau stinger profile pic kupon marrybrown expired
Quote lkick2113 5-2-2018 05:18 PM
zaman sekarang tak payah terlalu exposed sangat lah ....siki2 nak selfie, yg bini org kemain galak aku tgk, tak salah, then bila gambar kena curi meroyan...ko buat je macam DTECCONAN (mana pergi lah dia ni) hapis spammer spam gambar dia seantero forum, dia relax je...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.064456 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top