CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kylie Jenner Sembunyi Kehamilan, Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

5-2-2018 04:04 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4296| Komen: 1|Original author: Oleh: Suzy

Description: Bintang terkenal realiti TV, Kylie Jenner membuat kejutan dengan mengumumkan baru-baru ini bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Bintang terkenal realiti TV, Kylie Jenner membuat kejutan dengan mengumumkan baru-baru ini bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. 

Khabar angin mengenai dirinya yang mengandung bertebaran sejak September lalu, namun Jenner tetap mengunci mulut dan tidak membuat sebarang pengakuan atau penafian mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, semalam  pemilik akaun yang mempunyai seramai 101 juta pengikut itu memuat naik notis pemberitahuan di akaun instagramnya memperkatakan mengenai kelahiran bayi perempuannya. 

Menurutnya, bayi tersebut telah selamat dilahirkan pada Khamis lalu. Rata-rata peminat telah menjangkakan perkara tersebut tetapi turut gembira meraikan kelahiran bayi Jenner. 


Jenner sebelum ini berkasihan dengan Tyga selama beberapa tahun, kemudian memutuskan hubungan atas permintaan Jenner.  Apabila khabar angin mengenai Jenner hamil 4 bulan lalu bertiup kencang, Tyga mendakwa bayi itu adalah miliknya menerusi akaun snapchatnya. Dia bagaimanapun memadam muat naik tersebut dan gosip tersebut diam begitu sahaja. 

Kylie Jenner merupakan adik  bongsu daripada adik-beradik Kardashian-Jenner yang terkenal menerusi siri "Keeping up with the Kardashians" bersama kakaknya Kendall, Kourtney, Kim, dan Khloé.

Teman lelaki Jenner tidak asing lagi dalam industri hiburan. Travis Scott atau nama sebenar Jacques Webster merupakan seorang penyanyi rap, komposer dan produser. Dia pernah mengikuti pengajian di Universiti Texas sebelum mengambil keputusan berhenti untuk mencapai impiannya menceburi bidang seni sepenuh masa. 

Scott telah berjaya menempah kejayaan menerusi dua albumnya yang diterbitkan pada tahun 2015, Rodeo dan Birds in the Trap Sing Mcknight pada tahun 2016. - CARI 
9

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-2-2018 05:21 PM
Dah ada laaaaa
Choi la bukak x tgk dlu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071097 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top