CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bapa Ini Kongsi Cara Tindik Telinga Bayi Berumur Seminggu..Ngeri Juga!

19-2-2018 10:38 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 6923| Komen: 16|Original author: Oleh: Faizal

Description: Anting-anting adalah salah satu perhiasan buat wanita. Untuk membolehkan seseorang itu memakai anting-anting, seseorang wanita itu perlu bertindik. Bertindik adalah satu proses dimana bahagian cuping ...
Anting-anting adalah salah satu perhiasan yang sangat sinonim buat wanita sejak dari dulu lagi. Untuk membolehkan seseorang itu memakai anting-anting, seseorang wanita itu perlu bertindik. 

Oleh itu,  bertindik adalah satu proses di mana bahagian cuping telinga seseorang wanita itu ditebuk lubang bagi membolehkan ating-anting dimasukkan. Dalam masyarakat kita banyak style dan cara seseorang wanita itu betindik.

Mungkin amalan bertindik bagi wanita dewasa adalah normal dimata masyarakat. Bagaimana pula dengan amalan bertindik yang dilakukan ketika bayi masih kecil dan telinga bayi ditindik dengan menggunakan jarum jahit sahaja? Agak pelik dan mengerikan? Jom ikuti kisah lelaki ini yang menindik bayinya ketika berumur seminggu.

Aku menindik anak aku masa umurnya seminggu. Masa ni wife aku still masih berpantang lagi. Mendengar cerita ini ramai kawan-kawan aku yang pelik dan tak percaya. Ditambah lagi proses menindik itu dilakukan dengan menggunakan jarum jahit, benang dan kunyit. Tak ke mengerikan tu? Tapi itulah yang family aku amalkan. For sure la bukan aku sendiri yang buat. Mak bidan ok.

Peralatan untuk menindik


Masih bayi lagi kenapa dah ditindik telinganya? Tak kasihan ke? Macam kejam je tindik guna jarum jahit biasa. Baby mesti kesakitan nanti.
Dialog atas ni adalah antara komen dan respons yang aku dapat bila aku ceritakan pada rakan-rakan aku anak aku bertindik masa bayi lagi.

Pada aku tak ada masalah pun nak menindik bayi sewaktu mereka kecil lagi. For sure benda ni perlukan permission dari parent kan. Depends la. Kalau korang ok, just go for it. Kalau rasa kasihan dan tak sampai hati, just tak payah la buat. Simple je kan. Menindik telinga bayi yang baru lahir mungkin dilakukan dengan alasan budaya atau mempercantik si buah hati, so benda ni ada pilihan.


Proses menindik telinga bayi
  1. Sediakan semua alatan yang diperlukan.
  2. Potong kunyit setebal lebih kurang 5mm berbentuk bulat kecil (perlukan 2).
  3. Masukkan benang dalam lubang jarum.
  4. Minyakkan jarum, benang dan kunyit dengan menggunakan minyak makan.
  5. Cucukkan kunyit dalam jarum dan tarik sehingga ke hujung benang.
  6. Dengan pantas dan disertai bacaan bismillah dan selawat, cucuk cuping telinga bayi anda.
  7. Setelah cuping selamat dicucuk jarum, tarik benang sehingga cuping telinga bayi sampai kehujung benang yang mempunyai potongan kunyit.
  8. Ambil lagi satu kunyit tadi, cucuk pada jarum dan tarik sehingga kunyit tadi merapati cuping telinga bayi.
  9. Ikat benang dan potong.
  10. Ulang proses yang sama untuk telinga yang lain.

Hasil selepas menindik

Rasa sakit yang dirasakan bayi.

Tipu la kalau aku cakap tak sakit. Walaupun proses mencucuk jarum dilakukan hanya dalam sekelip mata sahaja, sudah pasti bayi akan merasa sakit jika tindik telinga dilakukan tanpa menggunakan sebarang bius kan. 

Memang bayi akan menangis. Tapi sekejap je la. Macam aku cakap tadi, kalau tak sampai hati, boleh buat masa anak korang dah besar nanti.


Inilah kedua anak-anak aku. Mereka selamat ditindik masa umur diorang seminggu. Kebiasaannya memang macam tu. Selepas je sife aku bersalin, bidan akan mengurut wife selama seminggu. Lepas tu sunat dan tindik sekali. So far alhamdulillah anak aku sihat-sihat sahaja. Masing-masing dah pakai subang emas yang comel-comel tau. Hehehe

Ok la, sampai sini je perkongsian aku. Semoga boleh menjadi panduan korang semua kalau nak menindik bayi masa kecil. Tapi sekali lagi aku nak cakap, benda ni adalah pilihan. Kalau tak sampai hati nak buat, tak payah la buat yer.


Macam mana? Anda berani nak cuba untuk anak-anak anda? - CARI 

Sumber : Papaglamz.com
14

Bagus
18

Marah
24

Terkejut
21

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishcracker 19-2-2018 11:29 AM
Iol tak tindik anak..dah beso pun sheol takmo tindik
Quote lonso 19-2-2018 12:08 PM
i rela p tmpt bertauliah. ni bkn zmn dulu kala ni
Quote krustykrab 19-2-2018 12:09 PM
tak tindik pun tak pe la, bukan wajib pun utk menjadi sorg gegirl, asalkan ada pepek asli pun sudah
Quote zuriey 19-2-2018 12:21 PM
Mmg turun temurun bodoh la keluarga ko..
Quote goss79 19-2-2018 03:04 PM
iols mmg x sampai hati ... even kata dia kecik lagi and sakit kejap je..
biarlah dia buat sendiri kalau dia nak esok2 bila dah besar. kesianlah
Quote sapeka 19-2-2018 04:32 PM
malas nak komen..
Quote Husnaliana 19-2-2018 09:13 PM
Aduhai i tak boleh la. Kesian baby. Dah lama i berangan nak tindik my baby girl. Tapi xsampai hati la. Pejam celik dah 13 bulan pun umur dia. Biar la tunggu dia besar sikit br tindik
Quote Kambeng_Gurun 20-2-2018 11:29 AM
ai tak bertindik. Anak-anak perempuan ai pun tak bertindik.
Kalau deme dah besar/dewasa nanti tetiba rasa nak bertindik, ikut deme lah..
Ai memang takde keinginan dari dulu nak tindik telinga..
Quote anna_molly 20-2-2018 01:12 PM
ni ko ke TT... rupa dah sama
Quote @chik 21-2-2018 08:53 PM
overrr.. seminggu dah nak tindik
Quote sabar_sabariah 22-2-2018 03:25 PM
aku ngan adik beradik pun tindik camni
tapi aku tindik dah besar,  sekolah tadika
silap cara kena jangkitan kuman
lubang tindik bernanah
serius, mmg aku kena
lepas dah elok, baik kudis. tindik lagi sekali
ada lubang sampai skang

walaupun begitu aku setuju pada ibu bapa skang yg tak mau tindikkan anak masa masih kecik2
bukan keperluan pun
biar anak buat keputusan sendiri lepas mereka dah besar nanti
Quote missDollie 23-2-2018 03:15 PM
Mengucap panjang aku petang jumaat ni..
Quote chazey 23-2-2018 03:33 PM
Edited by chazey at 23-2-2018 03:35 PM

Ko tindik anak ko buat apa? Boleh buat anak ko tambah comel or ko tambah kaya ka buat sebegitu? Aku rasa sama je muka anak ko seblom dan selepas pon, bukan ada perubahan? So? Apa paedah buat benda tak berpaedah ni?
Quote saviour_09 23-2-2018 03:38 PM
jangan cari penyakit la
buatnya jangkitan kuman kat luka tu?
tunggu budak tu besar pun boleh

haiyoooo!
Quote seeriesagain 24-2-2018 05:43 AM
Baru jer ni jumpa kes budak ni darjah 2 pki anting2 bulat, punat anting2 yg bhgn belakang tu termasuk dlm telinga dia... binatang msk telinga pun skeri apatah lg logam emas msk telinga... huhuhu
Quote Rainrein 25-2-2018 06:47 PM
Anak kecik lagi,  nak bertindik buat ape. Makin anak besar makin anak membuas dok main memanjat apa semua. X risau ke kalu tertelan ke, tertarik ke ape ke. Dah jadi satu hal lak. Seriau lak bila pikir. Lainla anak ko tu jenis tertib sopan 24/7 tapi i doubt la ada budak yang macam tu. X pakai subang pun anak still cantik comel. Dah namanye budak kan.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.070962 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top