CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nasi Bangsa Johor Murah dan Sedap, 3 Bungkus Cuma RM10. Mana Nak Dapat?

6-2-2018 12:18 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 5620| Komen: 19|Original author: Oleh: Faizal

Description: Ternyata di zaman ini masih ada lagi restoran yang menyajikan menu-menu yang sedap dengan harga yang murah. Restoran Ejohng Concept yang beroperasi di Taman Sri Pulai Perdana Skudai menjual nasi muafa ...
Ternyata di zaman ini masih ada lagi restoran yang menyajikan menu-menu yang sedap dengan harga yang murah. 

Restoran Ejohng Concept yang beroperasi di Taman Sri Pulai Perdana Skudai menjual nasi muafakat Bangsa Johor yang dijual dengan harga RM10 tiga bungkus.

Sumber : themalaymailonline.com


Restoran milik Mohamad Faizdal Zakaria ini berhasrat ingin membantu penduduk sekitar dengan menyajikan juadah-juadah enak dengan harga yang murah. Juadah yang disediakan di restoran ini memberi pilihan yang berbeza setiap hari. 

Selain ikan keli dan sayur, menu ayam dan daging bertukar setiap hari dan pelanggan boleh menikmati air sirap atau teh secara percuma.

Sumber : themalaymailonline.com


Antara menu 'killer' yang mendapat pilihan pelanggan di restoran ini sudah semestinya ikan keli masak sambal. Selain itu, daging masak merah, goreng,masak kicap, lada hitam atau kari juga menjadi menu pilihan para pelanggan yang datang ke sini. 

Dikatakan sambutan pelanggan begitu baik dengan 800 bungkus nasi terjual setiap hari. Pakej nasi 3 bungkus berharga RM10 ditawarkan dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

Sumber : themalaymailonline.com

Bercakap tentang idea konsep restoran ini, Faizdal memberitahu tercetusnya idea untuk membuka restoran berkonsepkan seperti ini bila beliau melihat orang ramai merungut dengan harga makanan yang semakin mahal hanya untuk makan tengahari. 

Selain berjualan di restoran, Faizdal juga melakukan kerja kebajikan dengan memberi makanan percuma kepada 200 gelandangan di Komtar JBCC dan bazar malam JB di sini.

Bagi anda yang nak mencuba menu-menu sedap di restoran ini, alamatnya di 45, Jalan Pulai Perdana 11, Taman Sri Pulai Perdana di Skudai, Johor. - CARI 

12

Bagus
13

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 6-2-2018 12:35 PM
tak habis2 bangsa bangsa bangsa bangsaaaa
haiiihhhh!
Quote axl_bach 6-2-2018 12:45 PM
saviour_09 replied at 6-2-2018 12:35 PM
tak habis2 bangsa bangsa bangsa bangsaaaa
haiiihhhh!

Smlm aku tgk dlm Selamat Pagi Msia x salah aku ada dorg cakap pasal Karekter Murid Johor, hahahahah
Quote saviour_09 6-2-2018 12:47 PM
axl_bach replied at 6-2-2018 12:45 PM
Smlm aku tgk dlm Selamat Pagi Msia x salah aku ada dorg cakap pasal Karekter Murid Johor, hahahaha ...

ada beza ke murid jodhor dengan murid semenanjung?
sabah sarawak?
oohhh ffs stop it la oiii

Quote axl_bach 6-2-2018 12:56 PM
saviour_09 replied at 6-2-2018 12:47 PM
ada beza ke murid jodhor dengan murid semenanjung?
sabah sarawak?
oohhh ffs stop it la oiii

APA ITU KARAKTER MURID JOHOR?




Inisiatif bagi memastikan murid sekolah di negeri Johor mempunyai jati diri utuh maka program Karakter Murid Johor (KrMJ) diperkenalkan. Cetusan idea DYAM Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah memberi inspirasi kepada Pengarah Pendidikan Negeri Johor iaitu Tuan Haji Shaharudin bin Sharif untuk malaksanakan Karakter Murid Johor (KrMJ)


Matlamat inisiatif KrMJ ini adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali di mana sahaja diperingkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Bagi memastikan hala tuju KrMJ berada di landasan yang betul, lima objektif telah dirangka dengan rapi oleh JPNJ iaitu melahirkan murid berimej dan beridentitri Johor, membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi, membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti, menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor serta memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan.

Bermatlamat melahirkan akhlak terpuji, usaha memupuk KrMJ dilaksanakan melalui tiga fasa.

Fasa pertama dimulai dengan keseragaman pemakaian T-shirt, budaya bersalam, lagu-lagu patriotik Johor dan amalan doa. Bacaan doa yang diselaraskan untuk semua sekolah negeri Johor telah direstui oleh Jabatan Mufti Johor.

Penampilan sebagai Murid Johor dititikberatkan dalam fasa kedua melalui potongan rambut yang kemas selain tahu dan faham mengenai budaya Johor yang penuh dengan kesantunan.

Pada fasa ketiga pula, budaya kepimpinan diterapkan kepada anak-anak murid di sekolah melalui aktiviti dan program kendalian mereka sendiri dan malaksanakan program-program kepimpinan.

Sumber :JPN Johor


Quote saviour_09 6-2-2018 01:01 PM
axl_bach replied at 6-2-2018 12:56 PM
APA ITU KARAKTER MURID JOHOR?

pergghhhh sumpah aku tak tau menda ni wujud!!!
memang bersungguh bangsa ni meluaskan kuasa eh
Quote axl_bach 6-2-2018 01:03 PM
saviour_09 replied at 6-2-2018 01:01 PM
pergghhhh sumpah aku tak tau menda ni wujud!!!
memang bersungguh bangsa ni meluaskan kuas ...

AKu pun xtau, tp sbb tgk TV baru aku tau...dorg panggil sorg cikgu dgn 3 budak JOhor citer pasal mendalah nih.....giler kenegerian....hahahaha
Quote Inezkhalidi 6-2-2018 10:26 PM
Kalau budak-budak basikal lajak pakai baju ini masa merempit, kira dibolehkan ke apa? {:nose
Quote RatuDunia94 6-2-2018 11:34 PM
axl_bach: AKu pun xtau, tp sbb tgk TV baru aku tau...dorg panggil sorg cikgu dgn 3 budak JOhor citer pasal mendalah nih.....giler kenegerian....hahahaha


Baru 2-3 tahun ni je ada.. Dulu zmn iols sekolah xde bendalah ni semua.. Sejak2 team JDT ni naik gitu mcm2 benda wujud bersifat kenegerian..
Quote airmineral 7-2-2018 07:30 AM
Meluat la dgn penggunaan "baangsa johor". Sebab rasa mcm main sentimen sangatttt.
Quote msdummy.2018 7-2-2018 10:12 AM
knp i rasa diaorg nie dh jadi mcm kelantanese, sarawakian or etc....i/c tetap warga malaysia....agama tetap islam...bangsa tetap melayu...ada beza ke melayu kelantan, johor, melaka etc????
Quote chinta89 7-2-2018 10:13 AM
kenapa eh gegeh sgt nk bangsa2 johor ni?

kat IC tulis bangsa johor ke bangsa melayu?

dan bg aku rm10 utk 3 pax is idok murah kaw2 pun. harga biasa2 je.
Quote yayangmama 7-2-2018 11:19 AM
da pernah beli...maaf cakap, tak de rasa pon masakan dia

ye lah kot berbaloi la dgn harga

1 lauk je pon

btw - baju karekter johor tu skang stiap skolah menengah murid mmg kena pakai stiap hari apa xpasti

sekolah rendah xde lagi
Quote samasam90 7-2-2018 04:00 PM
nasi pun ada bangsa..
Quote missDollie 14-2-2018 11:21 PM
Mana mungkin makanan johor tak sedap..
Quote DinJawi 16-2-2018 08:27 PM
Aku dok bayangkan nasi beriani gam yang 3 bungkus RM10 tu..
Quote chazey 16-2-2018 08:47 PM
RatuDunia94 replied at 6-2-2018 11:34 PM
Baru 2-3 tahun ni je ada.. Dulu zmn iols sekolah xde bendalah ni semua.. Sejak2 team JDT ni naik ...

Uol ummah JDT? Tompang tanya, sejak bila ya pabila tiba Hari Kebangsaan, dah takda/limited number bendera Malaysia yang dikibarkan di Johor? Sebaliknya yang ada majoriti hanya bendera Johor merata? Adakah ianya berlaku selepas Wak Yidin digulingkan? Ai takajut masa pi Skudai dalam tahun 2015 ka 2016 gitu dah tak merata bendera Malaysia berkibar unlike semasa ai stadi kat Johor awal 2000an dolu.
Quote fishcracker 16-2-2018 09:21 PM
Nasib baik dah abes skola...ampun ku...
Quote applenpuff 19-2-2018 10:53 AM
yayangmama replied at 7-2-2018 11:19 AM
da pernah beli...maaf cakap, tak de rasa pon masakan dia

ye lah kot berbaloi la dgn harga

Sekolah rendah pun dah kene pakai. Anak iols setiap rabu pakai baju ni
Quote RatuDunia94 21-2-2018 02:36 AM
chazey replied at 16-2-2018 08:47 PM
Uol ummah JDT? Tompang tanya, sejak bila ya pabila tiba Hari Kebangsaan, dah takda/limited number  ...

Sejak 2014/2015 x silap.. Sejak2 setiap daerah dah ada bendera sendiri..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.123882 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top