CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

13 Benda Yang Perlu Anda Capai Sebelum Umur 30. Kalau Tidak..

27-2-2018 12:08 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3401| Komen: 13|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Selain kerjaya dan keluarga, apa yang anda ingin capai dalam hidup?Mungkin ada yang kata mahu kaya dan sukses. Terlalu umum pula.Menurut portal Insider, ini antara yang perlu anda capai sebelum umur 3 ...

Selain kerjaya dan keluarga, apa yang anda ingin capai dalam hidup?

Mungkin ada yang kata mahu kaya dan sukses. Terlalu umum pula.

Menurut portal Insider, ini antara yang perlu anda capai sebelum umur 30 bagi melengkapkan hidup anda.

1)    Keluar dari zon selesa
Berpindah ke tempat baru adalah cara terbaik untuk anda keluar dari zon selesa. Mungkin berpindah rumah atau negeri untuk mempelajari budaya baru.


2) Berhenti kerja yang anda benci biarpun tiada ‘backup plan’

Bunyinya menakutkan tapi umur 20an adalah masa terbaik untuk melakukannya.  Lakukan sesuatu yang berbeza dan paling penting capai impian dalam kerjaya anda.

3)    Raikan rakan-rakan dengan air tangan anda sendiri
Sekurang-kurangnya anda perlu tahu memasak menu kampung dan menu barat sebelum berusia 30 tahun. Tunjukkan juga kepakaran anda mengendalikan rakan-rakan yang pelbagai kerenah.

4)    Ambil cuti tahunan untuk mengembara
Orang barat percaya umur 20an adalah masa terbaik untuk mengembara ke seluruh dunia bagi melihat pelbagai perbezaan penduduk lain sekaligus membantu anda menangani situasi yang lebih rumit nanti.

5) Berlatih maraton
Cabar diri anda dengan menyertai maraton yang memerlukan komitmen dan dedikasi ketika berlatih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, tidaklah terkilan bila usia dah menginjak senja.


6) Makan malam berseorangan di restoran
Ia paling sesuai untuk lelaki ya. Bukanlah bermakna anda tiada kawan sampai terpaksa solo di khalayak ramai, tapi ia juga mengajar untuk lebih berdikari. Jadi, boleh perhatikanlah kerenah manusia ya.

7)
Hadiri majlis korporat
Yang menetapkan etika pakaian seperti tuxedo untuk lelaki dan gaun hitam untuk wanita. Pelajari cara makan yang betul di meja dengan mengenali fungsi setiap sudu. Ini pengalaman yang menyeronokkan. 

8) Mulakan bisnes kecil-kecilan
Sementara masih muda, masih ‘single’ yang belum banyak ikatan dan komitmen, lakukan sesuatu yang mencabar seperti bisnes kecil-kecilan misalnya. Lebih awal bermula, lebih awal anda akan menempuh banyak kesilapan, jadi ada masa untuk perbaiki ya.

Foto Carian internet

9) Jadi mentor atau sukarelawan
Ia penting supaya anda tidak terlalu mengejar duniawi semata-mata. Jadi ketua di tempat tinggal anda atau jadi sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi manfaat kepada ramai orang.

10)  Bayar hutang belajar
Kerja bagus pun tak bermakna kalau tak boleh bayar hutang belajar kan? Mungkin ada rasa skeptikal kerana merasakan ia hak anda tapi fikir positif ia mampu menolong pelajar lain yang sedang bergelut dengan masalah kewangan.

11) Belajar bahasa kedua

Tidak terlambat sebenarnya untuk belajar bahasa lain. Selain bahasa ibunda dan Inggeris, Mungkin boleh belajar Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Korea dan lain-lain mengikut kemampuan anda sendiri.

12) Baca satu buku setiap minggu
Dengan adanya gajet di tangan, memang susah untuk mencapai matlamat ini. Tapi mungkin boleh ditukarkan kepada satu buku setiap bulan? Lebih mudah kan?


13) Berhenti merokok
Jika anda tidak berhenti merokok ketika berumur 30 tahun, sebenarnya lagi sukar untuk menghentikan habit buruk ini. Malahan ia mendorong penyakit kronik.Jadi, boleh capai tak antara 13 idea ni? Kalau dapat capai kesemuanya bagus, kalau tak, separuh pun jadi lah ya!. - CARI 

24

Bagus
10

Marah
22

Terkejut
21

Sedih
20

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 27-2-2018 12:14 PM
work hard play harder je
by 30's u dah boleh concentrate on ur life seriously

takde la nanti terngiang2 dalam kepala
oh kenapa tak buat itu ini dulu
oh kenapa tak pergi sana sini dulu yadayada & the list goes on
sampai la beranak pinak

enjoyyy ur life gais!
Quote Jorja 28-2-2018 02:00 AM
Hidup mesti ada plan
Quote chinta89 28-2-2018 08:18 AM
bukan semua org mampu nk buat tips2 tu. maybe kekangan ibubapa sakit x dpt kije jauh (keluar dari zon selesa).

apepun blh ambil sbg panduan jika uols seorg yg xde halangan ape2.
Quote UMMI_MAI 28-2-2018 10:56 AM
agreeeee.... sya terkilan sangat kenapa tak buat no 1 & 2.... huhuhuhu now im stuck in this workplace that i really2 hate ..................... huhuhuhuhuuu
Quote paz 28-2-2018 10:58 AM
No. 8, 9 & 11 belum buat lagi.
Quote haryatie 28-2-2018 11:26 AM
byk benda yg aku x buat lg rupa nya...
tp xde la terkilan..
no 4 tu kalau mampu mmg best..

Quote Artemesiaa 28-2-2018 02:40 PM
Hidup kalau hanya buat benda kebiasaan je selamanya akan jadi bosan sebab tu kena selalu sahut cabaran, selain dapat pengalaman akan dapat pengetahuan baru
Quote lonso 28-2-2018 02:42 PM
byk yg tak buat.. tak taulah kesampaian atau tidak...
Quote lonso 28-2-2018 02:42 PM
byk yg tak buat.. tak taulah kesampaian atau tidak...
Quote palmolive 28-2-2018 02:50 PM
semua tu dah buat sebelum umur 30
Quote eyansss 28-2-2018 03:49 PM
kami suami isteri tengah plan no 1 dan 2... nak beli rumah baru n pindah... pastu suami nak realisasikan impian aku berhenti keje n jadi hw... harap2 dimakbulkan dengan segera... ameeeennnnnn...
Quote Cari-Azza 28-2-2018 10:38 PM
palmolive replied at 28-2-2018 02:50 PM
semua tu dah buat sebelum umur 30

wow! Kindly sharing pls

Quote Ambola 6-3-2018 09:55 AM
Baru nak bljr asam grm hidup

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.284648 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top