CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sampai Bila-Bila Aku Takkan Maafkan Kau Lah!

7-2-2018 02:10 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 8337| Komen: 49|Original author: Oleh: Whitney

Description: Semakin banyak pula mendengar kes kecuaian terhadap bayi dan kanak-kanak yang dilaporkan berlaku di taska dan rumah pengasuh. Apabila semakin banyak kes kecuaian yang berlaku, ia membuatkan ibu bapa b ...

Semakin banyak pula mendengar kes kecuaian terhadap bayi dan kanak-kanak yang dilaporkan berlaku di taska dan rumah pengasuh. Apabila semakin banyak kes kecuaian yang berlaku, ia membuatkan ibu bapa berat hati untuk meninggalkan anak mereka di taska atau rumah pengasuh mereka. Tetapi, demi tuntutan kerjaya, anak-anak terpaksa dijaga oleh pengasuh. Beruntunglah bagi mereka yang berpeluang menjaga sendiri anak-anak mereka.


Walau bagaimanapun, bukan semua taska atau pengasuh bermasalah dan cuai ketika menjaga anak asuhannya. Memang ada segelintir pengasuh yang tidak ikhlas dan hanya mahukan wang.  Pengasuh sebegitulah yang boleh memberi risiko kepada anak-anak kerana hanya sekadar menjaga dan tidak mementingkan aspek keselamatan.

Kisah marah dan sedih seorang ibu benama Nurul Zafirah Mustafa dikongsi menerusi laman Facebook peribadinya. Dia begitu kecewa dengan sikap pengasuhnya yang terlalu cuai sehinggakan kepala anaknya retak dan berlaku pendarahan kerana terkena besi buai.

Pengasuh tersebut sanggup meninggalkan anaknya dirumah bersama anak pengasuh itu sendiri yang baru berumur 5 Tahun.

Ramai netizen yang bersimpati dan mendoakan kesihatan anaknya malah ada yang turut mengecam sikap pengasuhnya yang tidak bertanggung jawab. 


Rupanya ramai netizen yang pernah menghadapi situasi yang sama di mana anak mereka ditinggalkan sekejap oleh pengasuh. Mereka bernasib baik kerana tidak berlaku perkara buruk ke atas anak-anak mereka. 



Apabila kerap berlaku kes sebegini, ramai ibu-ibu yang bekerja akan berasa susah hati. Jadi, tidak hairanlah ramai yang sanggup berhenti kerja semata-mata ingin menjaga sendiri anak-anak mereka. 

Mereka sudah tidak percaya kepada pengasuh walaupun bukan semua pengasuh cuai menjaga anak-anak. 



Tidak kiralah pekerjaan apa sekalipun, lakukanlah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Jangan hanya pentingkan wang ringgit. - CARI 

3

Bagus
15

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 7-2-2018 03:10 PM
Semoga sembuh sepenuhnya and sihat balik budak tu.
Quote Artemesiaa 7-2-2018 03:16 PM
Apalah nak diharap dari budak umur 5 tahun tolong jaga budak sekecil itu sah2 lah ada kecuaian disitu.
Quote kokocrunch 7-2-2018 03:22 PM
moga anak nie cepat2 sembuh...mmg nampak kecuaiannya disitu
Quote manehnya 7-2-2018 03:27 PM
sampai senget kepala budak tuh
Quote gadis_tulip 7-2-2018 04:03 PM
Sedihnya. Teringat anak kat umah.
Quote shernazz 7-2-2018 04:58 PM
So
Dh report polis?
Quote minahrecon 7-2-2018 05:18 PM
sian yer..anta taska plaks senang dpt jangkitan anta umah org plaks jd cmni..{:spec
Quote intnjuliet 7-2-2018 07:17 PM
Hari2 doa yg baik utk anak iolls.. Punyalah risau klu kejadian tak di ingini blaku..
Kenapalah ada manusia yg berhatikan setan smpi mcm ni skali
Nak kata takde anak ada tp buat anak org mcm tu skali.

Smoga ALLAH bagi balasan yg azab utk makhluk mcm ni
Quote ~boolean 7-2-2018 07:28 PM
Nanti ada lah yang masuk benang suruh mak jangan kerja..jaga anak kat rumah...

Kalau gaji suami berkepuk2, sedaplah juga kehidupan tak kerja...tapi kalau gaji suami pun ala kadar aja...nak berhenti kerja anak makan apa??
Quote kroit92 7-2-2018 07:49 PM
welp.. memang wujud pengasuh gila..

aku antara mangsa pengasuh-pengasuh gila.

pengasuh pertama tak tau dia buat apa kat aku, umo 2-3 tahun, dia patahkan tangan kanan aku,
sampai sekarang aku cacat, bengkok.

pengasuh kedua, umo 4-5 tahun, walaupun aku kecik waktu tu, tak semestinya aku tak boleh ingat atau lupa.
dia selalu tarik rambut aku, lepas tu hantuk kat dinding. kalau aku nak start menangis sakit, dia lempang sekali, lepas tu cubit suruh diam.

lama jugak aku lupa, tapi masa aku umo 13 tahun, kitorang melawat pengasuh kedua tu,
kononnya nak ucap terima kasih la, sebab jaga kami masa kecik.. amik kau..
aku tengok pintu rumah dia je, bertalu-talu memori refresh..
kat situ la aku kena dera.

Pengasuh yang dera budak2 ni,
kalau tak nak bertaubat, tolong mati.

Ikhlas,
daripada salah seorang mangsa dera pengasuh
Quote daria80 7-2-2018 09:11 PM
Teringat pengasuh aku dulu . Dia jaga sejak umur 2 tahun sampai umur 13 thn
Tiap ari  aku cuma makan sekali je. Lauknye nasi putih dgn separuh ikan pelaling goreng. Kuah xde kicap xde. Sedangkan dia masak 4 ke 5 jenis lauk.  Lauk tu sume xleh usik. Peti ais xbleh bukak. Lampu kipas tv xleh bukak. Dia je boleh bukk.

Pastu kalau tido aku tdo kat simen. Hujan lebat pun tdo simen.Xboleh tido kat katil.memang aku kena debik cubit pukul sepak kalau tidor kat katil.

Kalau tgk tv. Kena duduk kat simen sudut  tpt paling jauh. Xpun duduk kat jaring jaring sofa rotan dia. Aku tak boleh jatuhkan kusyen  dan duduk atas kusyen.  Mmg kena punya.

Kalau makan mmg xleh makan sekali. Kena makan last sekali.

Dia ada 2 org anak . Yg tua dulu blaja oversea. Yg second blaja itm amik achitect. Selalu bangga kat anak dia. Anak dia pertama dpt g usa kt kg tu. Last last bila suami  dia meninggal n anak da kerja. Dedua anak xjaga dia.  Tinggal dia sebatang kara.

Teringat masa kecik. Dia tetiap ari torture Aku. Mak abah ko miskin xde duit.  Asyik keje je tak kaya kaya. Rumah buruk macam reban ayam.

Umur 12 tahun aku mintak ngan mak abah aku xyah pg tpt dia. Aku bg alasan nti mak abah kena bayar 2 orang.

Masa adik aku lps lahir  dia jaga. Suami dia da pencen.So mmg adik aku manja dgn suami dia. Tp xlama lps tu suami dia meninggal. Adik aku bertahan xsampai setahun lps suami di meninggal. Lps tu adik aku mengadu dia selalu kena torture ngan pengasuh. Mak abah aku tanya aku . Baru aku bgtau semua. Mak aku stop anta kat pengasuh. Kitorang survive dlm rumah sendiri. Makan pakai pergi sekolah. Alhamdulillah jadi jugak orang.

Aku adalah jenguk dia. Tanya khabar. pengasuh aku masih cerita kekayaan anak anak dia. Yang sedihnya xde sorang anak dia jaga dia. Rumah dia dulu cantik. Dah jadi pondok usang. Nasib dia dapat duit pampasan tanah. Duit tulah dia survive. Kalau pikir mmg xmo jumpa . Tp mak aku ckp tlg la dia selagi mampu.

Mana xsekeping dulu xcukup zat
Sekarang terlebih zat.

Quote batmana 7-2-2018 09:25 PM
~boolean replied at 7-2-2018 07:28 PM
Nanti ada lah yang masuk benang suruh mak jangan kerja..jaga anak kat rumah...

Kalau gaji suami b ...

nanti ada yg jawab..
kalau dah tau gaji si somi tu so so aja, wat pe kawin dgn dia?, carila lelaki berumur baya2 abah atau atuk ,
ni umo 25 tahun, kawinla dgn laki umo 60 tahun ke atas, tom cruise tu umo 60 tahun ensem lagi,
carila yg ada harta, tanah, lot kubur reserve skali bagai, tak payah keje dah lpas kawin.
ramai lelaki tua yg duda2 kt kg ada harta bagai bole dikawin.

tu yg org kata, org pmpn yg bijak adalah yg berkahwin
tapi org pmpn yg paling bijak, berkahwin dgn org yg tua dari umonya.


pada aku,
insitusi perkahwinan tu smcm gagal klu anak serah pada pengasuh,
pasal apa?psl ada byk kes anak kene dera dgn pengasuh dari ibu dera anak sndiri.

baik si somi tu kwin dgn pengasuh, pengasuh ramai janda2 apa?

duit upah tu bagi kt dia sudah.
selesai masalah.
Quote prettyuglybabe 7-2-2018 10:49 PM
masih ramai tak serik hantar anak kat pengasuh tak berdaftar..
latar belakang pengasuh tu pun entah selidik entah tidak..
asal tau orang tu sanggup jaga bayar murah, terus je hantar..
pastu nak harap orang tu jaga macam anak sendiri..
bukan semua pengasuh boleh sayang anak orang..
Quote batu kikir 7-2-2018 10:59 PM
Bagi aku........kalau nak yang terbaik untuk anak..........jaga sendiri. Baru tahu susah payah jaga anak ni. Lagi susah dari kerja pejabat kau orang tu.....keje Gomen borak je dari pagi sampai petang.
WTF.........bagi RM300-400 sebulan.........you expect heaven. You think pengasuh tu takde life ke, takde benda lain nak buat ke? 24 jam hadap anak kau. If that is the case........kurang2 RM2,000 sebulan per child. Sanggup???
Quote jazaa100 7-2-2018 11:23 PM
kroit92 replied at 7-2-2018 07:49 PM
welp.. memang wujud pengasuh gila..

aku antara mangsa pengasuh-pengasuh gila.

Kesian kat kau.....


Memang kita akn inngt wlupun kita kecik kann....
Aku dulu masa kecik, pengasuh baik sgt...sampai skrg aku ingat lg raut muka dia...tapi masa tu pengasuh  dtg rumah. Dia siap masak sekali kat rumah... Then suapkn aku mkn.....

Dia cukup pantang klu abg abg aku usik aku....dikejarnya keliling rumah....dorang pun apa lagi, nak bagi kakak tu kejar dorang, dorang usik aku lah, tarik rambut aku....aku benci abg abg aku masa tu & sayang sgt kat pengasuh tu.....

Pastu dia berhenti.....tapi dia akn pergi sekolah agama lalu depan rumah aku....tetiap hari aku akn tunggu dia balik sekolah...dalam hati aku tertanya tanya knp dia dah tak dtg rumah aku lagi.....sikap penyayang dia tu, bila nmpak aku je suruh balik rumah & mandi, dah ptg dia kata.....

Pastu dia kawin dgn askar...aku tak jrumpa dah...tapi ada sekali tu dia jumpa mak aku, soalan pertama dia tanya pasal aku lah.....

Hish....tetiba off topic lak...memang dua tiga hari ni aku teringt kat dia...tapi tak tau dia tgal kat mana skrg....sedara dia kt kg pun ramai dah meninggal...dia pun dah tak balik kg....
Quote jazaa100 7-2-2018 11:24 PM
daria80 replied at 7-2-2018 09:11 PM
Teringat pengasuh aku dulu . Dia jaga sejak umur 2 tahun sampai umur 13 thn
Tiap ari  aku cuma mak ...

Sakitnya hati aku baca kisah kau....

Sanggup biarkn budak tido atas simen....
Quote missinpiece 7-2-2018 11:26 PM
Pengasuh kaum Cina demand 1k-2k utk keje mengasuh budak ni..mmg dia hadap jaga sorg @ 2 org tu jela. Ada jugak yg mmg betul2 jaga anak asuhan, hantar balik rumah parent bila weekend je.
Depan mata I, dua beradik merayap kat tangga (umur 3-4 tahun kot ). I ingat budak2 tu turun dari rumah mereka kat atas. Dieorg lari g depan rumah pengasuh. Pintu terbuka tp xde bunyi riuh pengasuh.
Turun bawah rumah terserempak ngan pengasuh balik dr kedai. Owh maybe anak dara dia yg jaga budak2 kat rumah tu. Masalahnya, terjaga ke? Seriau
Quote jazaa100 7-2-2018 11:32 PM
batu kikir replied at 7-2-2018 10:59 PM
Bagi aku........kalau nak yang terbaik untuk anak..........jaga sendiri. Baru tahu susah payah jaga  ...

Tak blh le pikir mcm tu.....

Klu tak ikhlas terima rm300-rm400, jgn jaga....ni sanggup jaga tapi abaikan baby tu....klu nak ada life, jgn amik tanggungjawab....berjimba lah ke sana sini, ni tinggalkn baby dgn anak umor 5tahun....

Aku tak setuju....
Quote whitePoison 7-2-2018 11:48 PM
ni la akibatnye bila niat fikir duit je, peduli ape dengan anak orang...janji hujung bulan dapat duit.. amanah tolak tepi..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.207977 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top