CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cuti Secara Percuma? Pasangan Jerman Ini Dikecam Kerana 'Caras' Hak Gelandangan

13-2-2018 12:10 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8372| Komen: 48|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Kita biasa dengar pasangan yang merantau seluruh dunia dengan cara backpackers. Tapi kita tak pernah lagi mendengar istilah melancong secara percuma/berkebajikan kan?Inilah yang dilakukan oleh pasanga ...
Kita biasa dengar pasangan yang merantau seluruh dunia dengan cara backpackers. Tapi kita tak pernah lagi mendengar istilah melancong secara percuma atau berkebajikan kan?

Inilah yang dilakukan oleh pasangan dari Jerman, Anna Karg, 25 dan Enoch Orious, 25 yang merantau ke New Zealand tanpa sebarang wang dan hanya mengharapkan sistem barter atau belas ihsan orang ramai.

Anna & Enoch - memilih sistem barter untuk teruskan hidup

Mereka memilih untuk makan sisa-sisa sampah dan juga makan percuma di soup kitchen yang disediakan oleh sukarelawan tempatan.

Untuk meneruskan hidup, mereka tidak menerima sebarang derma berbentuk wang tunai sebaliknya menerima makanan yang tidak diperlukan oleh sesiapa sahaja yang bersimpati.

Mereka juga bekerja untuk menyara diri dan kini berusaha mencari bot untuk ke Australia dengan menukarkannya kepada tenaga buruh.



Makanan yang dibuang dari pusat beli belah

Satu post instagram menunjukkan mereka bersama lelaki bernama Pete yang dijumpai di soup kitchen. Post tersebut dengan kapsyen “Enoch terjumpa $50 ketika mencari sisa makanan dari pusat beli belah. Namun tidak menyimpannya, sebaliknya memberi kepada mereka yang lebih memerlukan.”

Mereka tidur di jalanan sebelum mendapat tempat tidur di ruangan siber kafe
Mereka juga kerap tidur di jalanan setelah tidak bertemu tempat tidur percuma di Wellington.

Biarpun kesejukan namun pasangan ini menyatakan mereka tidak mahu menjadi rat race lagi. Mereka mahu nyatakan cinta melebihi wang hingga boleh mengembara tanpa wang.

Pasangan itu kemudiannya ditawarkan tidur di ruang kecil di kedai siber café.

Kaunselor Bandar Wellington, Brian Dawson berkata “Ada perbezaan besar antara percutian murah dan juga menukar gaya hidup seseorang. Pasangan ini membuat keputusan yang jarang-jarang orang lakukan.”

Bagaimanapun, pasangan ini juga menerima reaksi berbeza-beza mengenai tindakan mereka itu, hingga ada yang melabelkan mengambil hak orang tempatan.

“New Zealand mempunyai sumber terhad. Anda berdua memalukan pelancong lain dengan meminta sedekah dan mengambil hak orang tempatan. Sila beli makanan sendiri bila anda mampu pakai telefon pintar!”

Sementara ada yang lain menulis “Awak tak boleh sembarang ambil makanan dari ‘soup kitchen’ sedangkan ramai lagi yang lain dalam kelaparan. Saya tak faham bagaimana awak boleh berbangga dengan diri sendiri?”

Anna bersama pemilik yang membenarkan pasangan ini melayari internet di rumahnya, malam memberikan pizza setiap malam kepada mereka. Sumber foto: The Sun UK
Namun Anna dan Enoch menafikannya kerana mereka berada bersama gelandangan lain dan mempunyai nasib serupa.

Namun ada juga yang bersimpati dengan pasangan ini dan mengatakan “Kudos untuk pasangan muda ini yang berani meneroka dunia dengan cara tersendiri – tanpa perlukan percutian mewah."

Kini mereka berharap untuk ke Australia pula bagi melihat keindahan bumi kanggaru tanpa sebarang duit di tangan seterusnya ke Negara yang lain pula.

Apa pendapat anda mengenai percutian sebegini? Adakah ia benar-benar percutian percuma atau sebenarnya mendalami hidup insan yang kekurangan? - CARI 

9

Bagus
18

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 13-2-2018 12:16 PM
nak travel tapi kedekut nkmps..apa yang enjoy nya camni
macam dekat grup fb tu, nak travel tapi berlumba2 nak share kos sapa paling murah..bukan tak boleh, tapi beragak la sampai nak kena catu itu ini..nak travel, tengok tempat orang, belajar adat budaya tempat orang..tapi kalau kedekut itu takleh, ini takleh takut over bajet yang ciput tu, baik ko mereput kat tanah air sendiri je
Quote zulka 13-2-2018 12:25 PM
dam it...
Quote Artemesiaa 13-2-2018 12:30 PM
Nampak tidak adil disitu bila makanan yang dikhaskan untuk gelandangan pun mereka ambil juga amat memalukan
Quote skystrike 13-2-2018 12:33 PM
MeghanK replied at 13-2-2018 12:16 PM
nak travel tapi kedekut nkmps..apa yang enjoy nya camni
macam dekat grup fb tu, nak travel tapi ber ...

group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) ke? memang banyak spesis travel nk berlumba-lumba tunjuk sape lagi banyak jimat kt dlm group tu...

contoh mcm travel ke europe 2 minggu dengan belanja hanya rm200 saja...dengar budjet je dh x masuk akal...padahal diorang gi tumpang rumah member & tidur tepi jalan...
Quote redapple10 13-2-2018 12:46 PM
Theyolsss in konsep hidup lord of our life... xnak stuck with 9 to 5 jobs n travel around the world.. maka wujudla konsep freeganism (sila google)..
kalo yg spesisi hidup off grid tu aku respek la.. atlis ddk aman2 tan  pokok n ternak ayam sendiri..pakai air sungai n solar power.
Yg freeganism ni simply pemalas..
Quote MeghanK 13-2-2018 12:51 PM
skystrike replied at 13-2-2018 12:33 PM
group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) ke? memang banyak spesis travel nk berlumba-lumba tunjuk  ...

group tu la uols..bebaru ni baca mamat tu g dubai dengan bajet tak masuk akal..ramai la mintak itinary..geram pon ada, meluat pon ada

tak faham konsep travel dorang camne..nak cuti2 tengok tempat orang atau sekadar nak jejak kaki je kat tempat tu.
Quote umbut 13-2-2018 01:03 PM
Kat new zealand boleh lah.. cuba try pegi back packer kat india.. terus x balik2
Quote nafham 13-2-2018 01:57 PM
Koser nak travel tanpa duit ni. Kepuasan xde. Stakat kumpul letih je. Baik tak yah. Takde duit, duk rumah diam2 kangkang depan kipas je lagi baik
Quote cicicumel 13-2-2018 02:01 PM
Mcm sorg kwn FB aku..bangga nau melancong sana sini.tp aku tgk xde lgsung gambar yg dia amik lawa...dia travel 6 x setahun.pic2 diambil senget, blur etc etc..tmpat2 lawa yg mahal   x p sbb nk jimat..travel sekadar nk cop pasport kot.
Quote ~boolean 13-2-2018 02:15 PM
Konsep travel bajet- pergi satu tempat, bergambar depan pintu/monumen/bangunan, kemudian ke tempat seterusnya, bergambar depan pintu/monumen/bangunan, kemudian ke tempat seterusnya, bergambar depan pintu/monumen/bangunan, kemudian ke tempat seterusnya sampai lah hari nak depart...

Kemudian up di media sosial...lawat colosseum, lawat cathedral, lawat hagia sophia, lawat acropolis...

Tapiiiii bila tanya tentang colosseum sepatah haram tak tahu nak jawab...pergi sekadar nak bergambar dan show off aja..

Travel kepala abah dia!

Quote prettyuglybabe 13-2-2018 02:48 PM
oh no.... orang malaysia sudah kalah la travel budget...
lepas ni harap ada yang akan up post sampai ke amerika secara free
Quote Iema5008 13-2-2018 03:01 PM
skystrike replied at 13-2-2018 12:33 PM
group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) ke? memang banyak spesis travel nk berlumba-lumba tunjuk  ...

Aku dah malas masuk group tu bukan mcm mula2 dlu.. bengang tau kdg2 sbb kdg2 show off dn bajet sekian2 boleh bcuti dgn kepamnya.. nnt smpi tmpt org bila tjumpa antara satu sama lain sma2 msia kekwat mcm xdpt nafkah batin sbulan..

Yg pasangan ni nnt kompom jd insipirasi bg acik2 dan laki2 kepam utk enjoy..
Contoh acik yg aku oernah jumpa masa Travel to bali bajet 300 saja. Tp tdur hotel tumpang kwn, makan maggie. P tmpt yg free saja dan roaming around selfie area kuta.. yg penting check in starbuck bali walaupun hakikatnya minum kopi tepi jalan saja bungkus ikat tepi.. bila kita tegur sapa muka kekwat semacam. Sminggu lepas tu tulis iti kat bbm dan haplod gmbr smbil caption indah2.
Quote Iema5008 13-2-2018 03:02 PM
cicicumel replied at 13-2-2018 02:01 PM
Mcm sorg kwn FB aku..bangga nau melancong sana sini.tp aku tgk xde lgsung gambar yg dia amik lawa... ...

Terasa i hahah.. tp tak haplod dan kaki selfie.. aku p makan melantak ja lebih
Quote skystrike 13-2-2018 03:28 PM
Iema5008 replied at 13-2-2018 03:01 PM
Aku dah malas masuk group tu bukan mcm mula2 dlu.. bengang tau kdg2 sbb kdg2 show off dn bajet sek ...

hahahaha aku masuk group tu sekadar nak amik info travel & itinary je....kalau nak cerita pasal budget x payah la amik port...sebab mostly cerita budget travel kat sana banyak yg x masuk akal....

Quote chinta89 13-2-2018 03:32 PM
MeghanK replied at 13-2-2018 12:16 PM
nak travel tapi kedekut nkmps..apa yang enjoy nya camni
macam dekat grup fb tu, nak travel tapi ber ...

plg menyampah, gegeh duk up byrn sekian2 blh travel sekian2...


acah2 bagus. hadap viral.
Quote Iema5008 13-2-2018 03:55 PM
skystrike replied at 13-2-2018 03:28 PM
hahahaha aku masuk group tu sekadar nak amik info travel & itinary je....kalau nak cerita pasal bu ...

Nasib baik depa x haplod, travel.p tandas bajet 2 cent. Hahaha lepas tu acah ommo ommo gitu... especialy acik2 trip p korea japan setahun dua tahun x abis crita..
Quote izzat1987 13-2-2018 06:05 PM
Aku tak pernah lagi travel bajet selalu pakai pakej mahal nak mampus pergi tempat tak best mana pun. Tapi ok jg travel bajet ni. Bagus la ramai tenpatan yg cuba buat travel bajet boleh elak pembaziran dan penipuan. Tapi ramai pula khinzir2 menyalak lebih macam kau pula yang kena travel menyepi kuku. Dengki ke? Dasar phd hahah
Quote sepiITUindah 13-2-2018 06:13 PM
sah busuk
Quote MeghanK 13-2-2018 08:39 PM
izzat1987 replied at 13-2-2018 06:05 PM
Aku tak pernah lagi travel bajet selalu pakai pakej mahal nak mampus pergi tempat tak best mana pun. ...

bang, mintak rajin sikit baca artikel ye

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058818 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top