CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Terpesona Dengan Percutian Di Bawah Laut! Nak Berangan Saja Boleh?

20-2-2018 10:08 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 4045| Komen: 2|Original author: Oleh: Zailina

Description: Pasti menarik kalau dapat tidur dalam suasana damai dasar laut yang ditumbuhi terumbu karang berwarna-warni serta pelbagai jenis ikan yang menakjubkan.
Pasti menarik kalau dapat tidur dalam suasana damai dasar laut yang ditumbuhi terumbu karang berwarna-warni serta pelbagai jenis ikan yang menakjubkan. 

Memang banyak tempat begini di serata dunia. Jom tengok di mana seperti dipetik dari The Luxury Travel Expert ini.

Dikategorikan oleh New York Daily News pada 2014 sebagai ‘restoran tercantik di dunia', Conrad Maldives Pulau Rangali ini memberi panorama 180-darjah keindahan terumbu laut. Restoran Ithaa (bermaksud ‘ibu mutiara' dalam bahasa Maldives) menyajikan makanan mewah kaviar dengan menu makan malam 'six-course', ia memang pengalaman menakjubkan.


Pemandangan berubah setiap masa. Teruja, kan?

Foto: kihavahmaldives

'Subsix' adalah kelab dasar laut pertama di dunia yang terletak di Maldives. Ia sebahagian daripada Per Aquum Niyama Resort dan boleh disewa untuk sarapan, makan tengah hari eksklusif, majlis perkahwinan, jamuan petang dan seumpamanya. Ada juga tempat menari dengan pemandangan ke dasar Lautan Hindi.


Kerusi pun berbentuk seperti landak laut
Foto: niyama

Terletak di dalam akuarium terbesar di dunia, tetamu Resort World Sentosa diberi layanan 5 bintang dan servis pelayan persendirian sambil menikmati panorama di bawah laut. Setiap satu daripada 11 bilik eksklusif direka bentuk seperti sebuah rumah dua tingkat dengan kemudahan di daratan dan di lautan. Tingkat atas berpatio luar dan jakuzi manakala bahagian bawah memaparkan panorama 40,000 jenis ikan. 


Paling dekat dengan Malaysia, Pulau Sentosa di Singapura.
Foto: ResortsWorldSentosa

Atlantis The Palm Dubai terletak di pulau berbentuk pokok buatan manusia merupakan resort yang amat mengagumkan! Sebahagian daripada hotel mewah (1,500 bilik) dan 'aquatic wonderland'. Panorama bilik penginapan mewah bawah laut memukau dengan 'binaan runtuhan' kota Atlantis yang mistik dan 65,000 spesies laut. Dengan tingkap dari lantai ke siling menghadap Lagun Ambassador, anda pasti terpesona. Bilik ini menyediakan khidmat pelayan 24 jam, tukang urut dan sesi bertemu ikan lumba-lumba. 


Di Dubai, segalanya ada.
Foto: SeaInsideGroup

Terletak di perairan pulau Caribbean, Lovers Deep adalah 'kapal selam' untuk pasangan yang ingin bersendirian di bawah ombak laut. Pemandangan cantik bawah laut akan membuat pengunjung teruja selain khidmat pembantu untuk menghidangkan makanan dan lain-lain sepanjang masa. Bagi yang berkemampuan, bolehlah nikmati sendiri pengalaman unik ini.


Hiasan dalaman menarik sesuai dengan konsep
Foto: TheCoolist

Restoran Anantara Kihavah Villas di Maldives menyajikan pengalaman menarik menjamu selera di bawah laut. Selain boleh memilih di antara beberapa buah restoran di sini, pemandangan dasar laut pasti membuat anda teruja. Ikan dan hidupan lain yang menari-nari di hadapan anda pasti menghiburkan selain menu sajian antarabangsa yang disediakan. 


Dinding dan siling kaca agar pengunjung dapat berfantasi di dalam laut
Foto: hashtaglegend

Zanzibar’s Manta Resort di Timur Afrika yang terletak di perairan sebuah pulau menyediakan suasana privasi, romantik, dan sukan air. Selain bilik-bilik menghadap pantai dan taman, resort ini terkenal dengan pulau terapung sedalam 4 meter (13 kaki) di bawah paras laut. Satu pengalaman hebat boleh melihat bintang pada waktu malam serta tidur bertemankan suasana hidupan laut tropika.


Antara bilik eksklusif yang disediakan di resort ini.
Foto: TripTapToe

Pasti menarik dapat menikmati pengalaman dan mencipta memori percutian indah. Untuk mereka yang gemarkan percutian mewah, destinasi berikut memang tempatnya! - CARI
20

Bagus
17

Marah
22

Terkejut
13

Sedih
30

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 22-3-2018 09:49 AM
giler  best
Quote cmf_ultraviolet 22-3-2018 12:50 PM
cantiknyaaaa
x mampu nak pergi, tengok saja

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.041616 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top