CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Kali Pertama Cuba Kereta Kabel, Dah Rasa Trauma - Pelancong Kecewa Insiden Skycab

19-2-2018 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9638| Komen: 81

Description: Kecoh di laman sosial tentang insiden kerosakan SkyCab di Gunung Matchinchang, Langkawi semalamMemetik laporan Astro Awani, rata-rata pelancong yang terkandas meluahkan rasa syukur dapat sampai dengan ...
Kecoh di laman sosial tentang insiden kerosakan SkyCab di Gunung Matchinchang, Langkawi semalam 

Memetik laporan Astro Awani, rata-rata pelancong yang terkandas meluahkan rasa syukur dapat sampai dengan selamat di 'base station'. Tak kurang juga yang melahirkan rasa kecewa. 


"Saya baru kali pertama ingin cuba naik kereta kabel tetapi bila jadi macam ini, sudah rasa trauma untuk datang lagi," kata salah seorang mangsa yang enggan dikenali.

Berdasarkan maklumat awal, seramai 50 orang terperangkap dalam gondola dan lebih 800 orang terkandas di stesen pertama di gunung itu.

Langkawi: Kereta kabel terkandas

Manakala, bagi proses membaikpulih, anggota bomba dan kakitangan SkyCab perlu mendaki gunung untuk sampai ke stesen pertama.

Difahamkan kerja-kerja baikpulih mengambil masa lebih tiga jam sebelum gondola dapat digerakkan semula. - CARI 
13

Bagus
6

Marah
11

Terkejut

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 19-2-2018 12:03 AM
Dah ade ke thread ni
Aku cari x jumpe pulop
Quote haruslah 19-2-2018 12:07 AM
Kereta kabel Langkawi: 89 pelancong selamat turun


LANGKAWI: Lapan puluh sembilan daripada lebih 500 pelancong yang terkandas selepas kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami masalah teknikal petang tadi selamat tiba di stesen di Oriental Village di sini kira-kira 9.30 malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Azizan Noordin berkata 89 pelancong itu terkandas dalam kereta kabel apabila sistem mengalami kerosakan kira-kira 5.48 petang tadi.

"Tiga lagi kereta kabel membawa 18 pelancong sedang bergerak ke bawah selepas tersangkut kira-kira empat jam antara "middle station" dan "base station," kata beliau kepada Bernama malam ini.



Beliau berkata, pasukan teknikal Panorama Langkawi Sdn Bhd, anak syarikat LADA dan pengendali sistem kereta kabel itu, terpaksa menggunakan usaha secara manual untuk menggerakkan sistem bagi kereta kabel tersebut turun ke "base station".

"Pasukan teknikal mengandungi 12 orang bersama dua anggota bomba dan penyelamat telah berada di middle station untuk menggantikan sistem yang gagal berfungsi yang menjadi punca sistem itu mengalami kerosakan," kata beliau.

Azizan berkata setakat pukul 10 malam, kira-kira 200 pelancong masih terkandas di middle station, yang terletak kira-kira 650 meter dari paras laut dan 300 lagi terkandas di upper station, kira-kira 708 meter dari paras laut.

"InsyaAllah, sebaik sahaja kerja-kerja pemulihan dijalankan, baki pelancong boleh dibawa turun ke base station diharapkan sebelum tengah malam" kata beliau.

Mengenai keadaan pelancong yang tiba di base station, beliau berkata seorang pelancong pengsan tetapi sedar semula sebelum dibawa ke Hospital Langkawi untuk pemeriksaan lanjut.

"Yang lain dalam keadaan baik dan sesetengah nampaknya mengalami trauma sedikit selepas terkandas dalam kereta kabel dan tersangkut di awang-awangan setinggi beberapa ratus meter selama beberapa jam tetapi kami berusaha untuk menenangkan mereka dan memberi bantuan yang perlu,' kata beliau.

Beliau berkata perkhidmatan kereta kabel itu tidak akan beroperasi selama satu hari esok untuk membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan mengenai insiden. - BERNAMA

Quote LautBiru52 19-2-2018 12:25 AM
Fuhh. Yg terkandas dlm kereta kabel tu mau trauma seumur hidup
Quote vanilla_vell 19-2-2018 12:29 AM
gayat no naik ni..cukup2 sudah
Quote haruslah 19-2-2018 12:34 AM
LautBiru52 replied at 19-2-2018 12:25 AM
Fuhh. Yg terkandas dlm kereta kabel tu mau trauma seumur hidup

Bayangkan ade budak2 dlm tu
4jam
Adehhhhh
Quote haruslah 19-2-2018 12:35 AM
vanilla_vell replied at 19-2-2018 12:29 AM
gayat no naik ni..cukup2 sudah

2x naik
Cukup la
Dulu aku penah bygkn naik keta label tkandas...naik bukit bendera tkandas
Sejenis penakut aku nih...hahah
Quote vanilla_vell 19-2-2018 12:37 AM
time berangin memang tak tahan
Quote vanilla_vell 19-2-2018 12:37 AM
bukit bendera tu ok lagi. pasal still atas tanah
Quote toxicated 19-2-2018 12:39 AM
Bomba tak bleh dibawa guna helikopter ke ek. Kesian kena mendaki plak. Ke soalan aku ni bodoh sgt?
Quote otai_g 19-2-2018 01:13 AM
haruslah replied at 19-2-2018 12:35 AM
2x naik
Cukup la
Dulu aku penah bygkn naik keta label tkandas...naik bukit bendera tkandas

bukit bendera tu serius x rasa apa. Terknds 12 jam pun aku rela janji aircond jgn off
Quote otai_g 19-2-2018 01:15 AM
toxicated replied at 19-2-2018 12:39 AM
Bomba tak bleh dibawa guna helikopter ke ek. Kesian kena mendaki plak. Ke soalan aku ni bodoh sgt? : ...

blh. Dlm majalah 3 ari tu mmg management dia kt akan rescue guna heli sbb cpt berbanding mendaki. Ah ko jogging tanah rata 500m pun da semput.


Quote moonbug 19-2-2018 01:25 AM
Kesiannya. Sampai 10 mlm still kat atas tu, sejuk tu
Quote JohnDeSouza 19-2-2018 01:52 AM
kalau heli susah ndak mendarat kat stesen tu x boleh kah suh komando/bomba pi turun kat sana beberapa org pakai tali?
Quote pearl.silver 19-2-2018 07:22 AM
Oh no..
Selama ni teringin nk naik..
Tapi nampaknye x ingin dah la naik.
Klu goyang2 cable car genting pun sendiri dah cuak..ni pulak matcincang punya..
Quote orgsepang 19-2-2018 07:54 AM
Kalau nak kencing tu macam mana nak tahan
Quote haruslah 19-2-2018 08:01 AM
pearl.silver replied at 19-2-2018 07:22 AM
Oh no..
Selama ni teringin nk naik..
Tapi nampaknye x ingin dah la naik.

Genting dgn langkawi mana lg skeri?
Genting iols x penah naik tp nmpk mcm skeri jer
Quote haruslah 19-2-2018 08:02 AM
orgsepang replied at 19-2-2018 07:54 AM
Kalau nak kencing tu macam mana nak tahan

Bayangkan budak/baby dlm tu
Perghhhh mcabar betul kan....
Quote aikee04 19-2-2018 08:03 AM
haruslah replied at 19-2-2018 08:01 AM
Genting dgn langkawi mana lg skeri?
Genting iols x penah naik tp nmpk mcm skeri jer

langkawi lagi scary
Quote insulin 19-2-2018 08:04 AM
Azab sungguh kalau ada yang terasa nak buang air kecil. 4 jam menahan tu...

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.068672 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top