CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Semberono Tuding Jari Salahkan GST - Zainal Rafique

20-2-2018 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12831| Komen: 170

Description: "Ia bukan disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST)."
"Ia bukan disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST)."

Memetik Astro AWANI, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique berkata, perniagaan penjaja di Jalan Petaling merosot bukan disebabkan GST sama sekali.



Foto: Bernama

"Apakah peniaga-peniaga di kawasan tersebut sebenarnya membayar GST?

"Hakikat sebenarnya Jalan Petaling tidak lagi dikunjungi oleh pelanggan kerana terlalu ramai warga asing yang berniaga di kawasan tersebut.

"Sudahlah mereka itu warga asing, ada sebahagian daripada mereka pula bersikap kurang ajar terhadap pelanggan-pelanggan," katanya dalam satu kenyataan.


Zainal berkata demikian bagi membidas kenyataan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee sebelum ini yang mendakwa perniagaan di Jalan Petaling terjejas dan merosot akibat pelaksanaan GST.


Foto: Kuala Lumpur

Sebalinya, isu berkenaan berpunca daripada lambakan warga asing yang dibenarkan meniaga di kawasan berkenaan hingga Jalan Petaling hilang imej Malaysia.

"Kenyataannya menyalahkan GST itu jelas amat dangkal memandangkan berapa ramai peniaga di kawasan tersebut yang dikenakan GST, apatah lagi penjaja di kawasan itu kebanyakan meniaga barang-barang tiruan yang sudah pasti terlepas daripada cukai GST," tegasnya.

Dalam masa sama, Zainal menggesa Say Tee memulihkan kembali imej Jalan Petaling.

"Jangan kerana hendak senang kerja, penjaja di situ menyewakan kedai-kedai mereka kepada pendatang asing. 

"Saya juga mohon pihak berwajib agar memantau kehadiran peniaga warga asing yang meniaga di kawasan itu agar imej Jalan Petaling sebagai sebuah kawasan penjaja yang berimejkan rakyat Malaysia dapat dikembalikan semula.

"Jadi dalam hal ini, seharusnya Say Tee meneliti dulu sebab mengapa jualan penjaja di situ merosot dan janganlah secara semberono menuding jari dan menyalahkan GST," ujarnya. - CARI
2

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 20-2-2018 10:57 AM
Nilai 3 tu dah la panas.. Outdated plak tu...
Quote lasagnaklcc 20-2-2018 11:04 AM
Smlm pegi nilai 3, mmg sunyi sgt la. Byk kedai terbiar dah...
Quote amal12bh 20-2-2018 11:12 AM
setakat barang2 made in china ni, kt lazada, 11 street n shopee dah byk. harga pun berpatutan. org dah jarang pergi brick n mortar ni.
Quote Modngengade 20-2-2018 11:25 AM
honeybee1802 replied at 20-2-2018 02:57 AM
Nilai 3 tu dah la panas.. Outdated plak tu...

ummah felda dan pprt jer yg suka shopping kt Nila3 dek....brg2 pun semua kelas2 pprt..koserr sgt

Quote biskutsusu 20-2-2018 11:30 AM
sama macam i dah tak pergi low yat
banyak orang asing
nyampah

beli komputer dell je senang
rosak, technician datang rumah repair
Quote dandindon 20-2-2018 11:44 AM
Dah tahu yang situ lubuk barang tiruan, kenapa KPDKK tak buat raid tiap-tiap hari atau buat pondok bit yang tetap?
Quote ainie_1008 20-2-2018 11:51 AM
Lama gila tak gi PS.
Dulu tuisyen kat area situ..
Balik je tuisyen mesti menyinggah..
Quote cekenit 20-2-2018 12:03 PM
Dah nilai 3 tu barang kualiti pasar lambak,letak harga macam kt butik..koser nak jalan2 ke situ walaupn dekat..dulu elok harga munasabah..abis2 ko salahkan GST..xlama la koo
Quote Themilo 20-2-2018 12:07 PM
dandindon replied at 20-2-2018 03:44 AM
Dah tahu yang situ lubuk barang tiruan, kenapa KPDKK tak buat raid tiap-tiap hari atau buat pondok b ...

tonto nauzubillah ramai dekkk.. iols pernah mengikut KPDNKK buat rush, terpaksa naik LRT / teksi dll mode pengangkutan awam.. sebab kalo naik kereta KPDNKK, punya la ramai tonto yang mengekor.. creepy sangat...
Quote rogayahtop 20-2-2018 12:26 PM
akak memang boikot semua kedai yg 100% non lokal. tak kiralah restoran ke workshop ke. baik akak lepak uptown dik walaupun barang sama je. kalau 99mart dgn mr diy tu mmg akak seronok tgk org lokal yg kerja.
Quote AbukRokok 20-2-2018 12:32 PM
lasagnaklcc replied at 20-2-2018 11:04 AM
Smlm pegi nilai 3, mmg sunyi sgt la. Byk kedai terbiar dah...

eloklah tu... hapuskn peniaga pendatang asing... petaling street pun pndatang asing...

Quote Skuau 20-2-2018 12:35 PM
rogayahtop replied at 20-2-2018 12:26 PM
akak memang boikot semua kedai yg 100% non lokal. tak kiralah restoran ke workshop ke. baik akak lep ...

'kita serupa'.....wa boikot dh kedai(pe3 jer) yg ada muka warga asing.
Quote jofizo 20-2-2018 12:36 PM
last jejak 20thn lps...
Quote gummygummy 20-2-2018 12:36 PM
alamakk. i ols pon da prefer beli on9 la dari berjalan ke sana sini. barang2 ciplak on9 banyak. nanti sana sini dengan jem lagi parking lagi.
Quote Skuau 20-2-2018 12:37 PM
AbukRokok replied at 20-2-2018 12:32 PM
eloklah tu... hapuskn peniaga pendatang asing... petaling street pun pndatang asing...

apabila Chinatown dah jadi Banglatown....boikot jer....@penguatkuasa pi mana???
Quote honeybee1802 20-2-2018 12:37 PM
rogayahtop replied at 20-2-2018 12:26 PM
akak memang boikot semua kedai yg 100% non lokal. tak kiralah restoran ke workshop ke. baik akak lep ...

Haah sis.    Hakak ngk yg susun barang kt kedai tu pun manager dia gaks.... Relaks jek...
Quote tungkai 20-2-2018 12:43 PM
Bulan lepas lalu kat PS nak usha kabel charger, sorang Bangla ni nmpk aku usha kabel tu tetiba dia dah siap2 bungkus nak suruh aku beli. Ehh...kowser la. Aku buat bodo aje blah dari situ..
Quote honeybee1802 20-2-2018 12:43 PM
Modngengade replied at 20-2-2018 11:25 AM
ummah felda dan pprt jer yg suka shopping kt Nila3 dek....brg2 pun semua kelas2 pprt..koserr sgt
...

I penah beli cotton crepe kt nilai sbb kes niat gi shopping musti ada sumthing la.  Mahai taw.. Rm25/m but design n kualiti so-so jah.... Hakak boli kain kt kamdar rm7/m test buat kurta hasben elok plak.. Ni dok mikir nak pi gio ka jakel br bukak tu... Nak boli kain raya... Hakak budget ekonomi je sis..
Quote AbukRokok 20-2-2018 12:47 PM
Skuau replied at 20-2-2018 12:37 PM
apabila Chinatown dah jadi Banglatown....boikot jer....@penguatkuasa pi mana???

pasar malam... pasar pagi pun ... ada mcm mane boleh lepas?
kata pendatang asing untuk sektor 3d je? ni sampai boleh meniaga kat pasar malam

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.062807 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top