CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buat Sendiri Tepung 'Gluten Free'. Lepas Ni Boleh Makan Kek Tanpa Rasa Bersalah!

14-3-2018 03:24 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16045| Komen: 12|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Untunglah siapa yang boleh menikmati kek dan segala manisan tanpa had atau alahan. Namun berlainan dengan individu yang ada masalah ekzema atau alergik dengan tepung gandum. Usahkan merasa kek, silap- ...
'Gluten free chocolate fig cake' yang selamat dimakan oleh individu alah tepung gandum

Untunglah siapa yang boleh menikmati kek dan segala manisan tanpa had atau alahan.

Namun berlainan dengan individu yang ada masalah ekzema atau alergik dengan tepung gandum. Usahkan merasa kek, silap-silap terbau pun boleh naik ruam-ruam satu badan.

Jadi, apa alternatifnya?
Perlulah mencari resipi yang ‘gluten free’ atau bahasa mudahnya tidak menggunakan langsung tepung gandum sebaliknya gantikan dengan tepung beras perang.
Namun, masalah lebih besar ialah susahnya mencari tepung beras perang. Jika ada pun, harganya terlalu mahal!

Jadi, seorang netizen telah berkongsi percubaannya membuat tepung beras perang demi memenuhi impiannya membuat kek yang ‘gluten free’. Selain menjadi tepung kek, resipi ini juga sangat elok untuk pesakit ekzema, individu Autism, bubur bayi dan warga emas yang sakit kronik kerana ia lebih senang hadam.

Beras perang

Bahan-bahan
-    Beras perang
-    Daun pandan
-    Bekas kedap udara

Cara membuatnya

1) Keluarkan beras perang dalam jumlah yang anda kehendaki.


2) Rendam selama 6 jam.



3) Keringkan di bawah pancaran matahari.


4) Kemudian sangai tanpa minyak.
(Daun pandan sebagai indikator untuk orang yang pertama kali membuatnya bahawa jika ia bertukar kepada warna perang, maknanya boleh ke langkah seterusnya).


5) Kisar sampai halus.


6) Simpan di dalam bekas kedap udara. Ia boleh tahan berbulan-bulan.

Mungkin agak sukar pada permulaannya, tetapi jika ia mampu membantu pihak-pihak tertentu seperti yang disebutkan sebelum ini, jadi ia pastinya sangat berbaloi.

Lagi pula resipi 'gluten free' ini kononnya boleh membuatkan anda kurus dalam masa sama menikmati kek atau manisan lain. - CARI 

Kredit : FB Fahmie Abu Bakar

14

Bagus
10

Marah
21

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 14-3-2018 03:29 PM
Susahnya. Beli je tepung gluten free kat section organik tu
Quote BookerT 14-3-2018 04:07 PM
mak pun gluten sensitif ke nyah? takut celiac je...makan roti gardenia kalau begitu sahaja tak ada effect sangat..tapi kalau dah bakar roti tu...mula berat sendi...pizza...ayam kfc pun macam tu...even cekodok ikan bilis pun effect sama...even minum kuah sup pun effect sama.....tak apa la..mak jadi melayu terus la tak makan tepung gandum..ok nyah?
Quote shernazz 14-3-2018 04:41 PM
BookerT replied at 14-3-2018 04:07 PM
mak pun gluten sensitif ke nyah? takut celiac je...makan roti gardenia kalau begitu sahaja tak ada e ...

Xyah makan nyah semua.tu
Ko makan.nasik.aje
Quote BookerT 14-3-2018 04:46 PM
shernazz replied at 14-3-2018 04:41 PM
Xyah makan nyah semua.tu
Ko makan.nasik.aje

kau ingat mak ni haiwan karnivor ke nyah tak reti nak makan benda lain yang sesedap...nanti kau mak makan karang..mak kalau dah benci mak jadi kanibal tau nyah..kabali kau mak buat nanti..
Quote shernazz 14-3-2018 04:48 PM
BookerT replied at 14-3-2018 04:46 PM
kau ingat mak ni haiwan karnivor ke nyah tak reti nak makan benda lain yang sesedap...nanti kau ma ...

Karnivor makn daging je nyah
Ko tu omnivor
Semua ko sebat
Hahahahaa
Quote pearl.silver 14-3-2018 04:53 PM
Guna blender dia xhalus mcm tepung kan?
I ingat dulu kecik2 mak gi kedai india nk giling kacang hijau atau beras nk buat tepung
Quote CardiGans85 14-3-2018 04:55 PM
Buat ms ni sy beli je. Klu da blk zmn batu nnt bole la praktis mcm ni.
Quote BookerT 14-3-2018 05:19 PM
pearl.silver replied at 14-3-2018 04:53 PM
Guna blender dia xhalus mcm tepung kan?
I ingat dulu kecik2 mak gi kedai india nk giling kacang hij ...

nak halus jadi tepung kene tumbuk la nyah...ada ke mesin menepung nyah? mak tak aware pulak nyah...
Quote pearl.silver 14-3-2018 05:46 PM
BookerT replied at 14-3-2018 05:19 PM
nak halus jadi tepung kene tumbuk la nyah...ada ke mesin menepung nyah? mak tak aware pulak nyah.. ...

Ada sis..
Cuba tengok kedai india yg jual rempah2 tu..
Quote CikBersahaja 14-3-2018 05:52 PM
Untuk dicuba
Quote Joannalee 14-3-2018 09:23 PM
Ok boleh Cuba ... murah Lg mcmni dr beli yg telinga gluten free tu
Quote zuriey 15-3-2018 11:08 AM
Ni mcm Cara aku bt bubur utk Ank aku ,, tapi idok la aku rajin Nk jemur ,, aku sangai ja sampai kering ,, lps tu blander halus,, Nk masak bubur ambik 1 sudu jr nnti Dia kembang jdi banyak ,, masa memasak pun sekjap je Beras tu cpt kambang ,,

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.231983 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top