CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tiada Alasan Tinggal Sarapan Pagi Lagi, Roti Omelette Senang Je Nak Buat

21-2-2018 10:37 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 7799| Komen: 8|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Bagi mereka yang mempunyai rutin harian yang sibuk, kadangkala nak bersarapan pun tak sempat. Walhal sarapan pagi sangat penting sebelum memulakan hari.
Bagi mereka yang mempunyai rutin harian yang sibuk, kadangkala nak bersarapan pun tak sempat. Walhal sarapan pagi sangat penting sebelum memulakan hari. 

Kali ini kami nak berkongsi resipi sarapan pagi, Roti Omelette yang mudah untuk disediakan. 

Anda boleh menyediakan bahan-bahan yang perlu sehari sebelum kemudian pada keesokan paginya, campakkan saja dalam kuali mengikut arahan di bawah ini! 


Bahan-bahan

1/2 cawan bawang Holland, dipotong dadu
1/3 cawan lada benggala, dipotong dadu
1/3 cawan kepingan ayam, dipotong dadu

2 sudu besar mentega 
2 sudu besar minyak zaitun
2 biji telur
2 sudu besar susu
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 kepingan roti (roti tebal lebih sesuai)
3 sudu besar parutan parmesan

Cara penyediaan:

1. Campurkan potongan kepingan ayam dan sayuran bersama garam dan lada hitam. 

2. Masak campuran tadi  dengan menggunakan minyak zaitun. 

3. Tepikan dan dengan menggunakan kuali yang sama, letak mentega. Kacau telur dan susu dan letakkan bahan perasa kemudian potong tengah-tengah bahagian roti. 


4. Letakkan ‘bingkai’ roti dalam kuali kemudian dengan menggunakan sudu, letakkan bahan campuran sayuran dan ayam di tengah-tengah roti. 

5. Sekarang letakkan pula telur yang telah dipukul bersama parutan keju. Gunakan spatula atau senduk untuk meratakan bahan kemudian setelah 3 minit letakkan bahagian tengah roti tadi di atasnya. 

6. Terbalikkan roti dan tunggu lagi 3 minit hingga masak. 

7. Sedia untuk dimakan! 

Selamat mencuba! -CARI
10

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kimchipedas 21-2-2018 02:35 PM
Ok nt nk try buat dgn bahan apa yg ada kat rmh ni
Quote saviour_09 23-2-2018 12:51 PM
yummy nampak
boleh try!
Quote xdielzx 25-2-2018 11:01 AM
uuu nampak sedap leh try
Quote Mary_jane 25-2-2018 11:21 AM
Sudahnya grab roti gardenia tu je nanti kan? Weekdays mana lah tak berkejaran.
Quote samasam90 1-3-2018 05:53 PM
sempat ke nak masak ayam tu.. dah lah sibuk.. kosser tul menu ne..
Quote sapasapa 14-5-2021 05:54 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Quote Thealisyayusuf 4-2-2023 12:07 AM
Tq for the recipeee
Quote Wheeinout 28-2-2023 12:24 PM
Boleh cuba nanti tapi nak try guna air fryer lah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.116997 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top