CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sudah Setahun Tolong Ibu Buat Katering” Cristina Suzanne

21-2-2018 12:08 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 30243| Komen: 163|Original author: Oleh: Suzy

Description: Gadis cantik kacukan Melayu Jerman ini suatu ketika dahulu dikatakan kurang bergaul mesra dengan rakan seni yang lain. Dia dikatakan bersikap ‘elitist’ dan memilih rakan. Namun Cristina Suzanne Stoc ...

Gadis cantik kacukan Melayu Jerman ini suatu ketika dahulu dikatakan kurang bergaul mesra dengan rakan seni yang lain. Dia dikatakan bersikap ‘elitist’ dan memilih rakan. 

Namun  Cristina Suzanne Stockstill atau mesra disapa Cris ini menepis dakwaan  tersebut. Dia mengakui sebenarnya dia adalah seorang yang ‘introvert’, kurang melakukan aktiviti luar dan lebih gemar berada di rumah. 

Foto: ig cristinastockstill
Jadi tidak hairanlah Chirstina dilihat kurang mengemaskini laman sosialnya dengan koleksi swafoto dan ootd kegemaran masyarakat masakini. Menghormati personaliti wanita ini, Cristina dilihat antara insan terpilih yang tidak terbawa-bawa oleh arus teknologi. 


Namun begitu, personailiti sebegini ada negatifnya apabila dia dikatakan tidak lagi berminat untuk berlakon. 

Foto: Ig cristinastockstill
Menjawab tentang ‘kehilangannya’, Cristina menyatakan dia masih berlakon cuma sejak setahun lalu dia membantu keluarganya menjalankan perniagaan katering. 

"Saya tak hilang pun... ada je dekat Kuantan. Tolong mak buat katering dekat kampung sejak setahun yang lalu.

"Ia menyeronokkan kerana selain dapat dekat dengan keluarga, dapat juga saya belajar bidang perniagaan dan bantu apa yang patut.

"Tetapi katering yang kami usahakan bukanlah secara besar-besaran tetapi lebih kepada majlis-majlis kecil seperti hari jadi, kenduri doa selamat, masuk rumah baru dan sebagainya," ujar Cristina kepada mStar Online. 

Foto: Ig cristinastockstill
Cristina ditemui ketika majlis tayangan perdana Surf The Love, filem yang berkisahkan  mengenai kehidupan seorang peluncur air. 

Diarahkan oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hussain, filem tersebut turut dibintangi  Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan dan Ardell Aryana. Ia bakal menemui penonton pada 22 Februari ini. 

Foto: Ig cristinastockstill
Pemenang Pelakon Harapan Terbaik pada FFM ke-26 itu menegaskan dia masih aktif berlakon cuma jarang menghadiri acara hiburan. 

“Jika ada penggambaran saya akan ke Kuala Lumpur dan jika tiada saya akan berada di Kuatan.

"Alhamdulillah walaupun kurang publisiti dan saya pun memang jarang menonjolkan diri tetapi rezeki dalam bidang lakonan masih ada malah saya akan memasuki set sebuah drama bersiri 28 episod dalam minggu ini," katanya. - CARI 
9

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cepheid 21-2-2018 12:16 PM
Udah clash dengan bf dia tu ke?
Quote PongKang 21-2-2018 12:22 PM
suka tgk dia ni... berlakon pun not bad
Quote selamair 21-2-2018 12:25 PM
lama x tgk dia. IG & twitter pun x aktif dah. suka gak tgk dia berlakon. not bad.
Quote minguk 21-2-2018 12:28 PM
pernah jumpa kat ikea, lawa sungguh dia ni
Quote yangsemb 21-2-2018 12:34 PM
Semoga bertambah maju
Quote mieymiey 21-2-2018 12:48 PM
Sheols ni kekadang nampak comel, kekadang macam selekeh sangat.
Gambar sheols rambut pendek kat beach tu cantik, terserlah ke'pan asian'an sheols.
Quote prizadane 21-2-2018 12:53 PM
berlakon pun pandai. tak kayu. n tak menggeletis. dia cakap melayu pun takde slang mat salleh or germany pun. relax je.
Quote nadie90 21-2-2018 01:01 PM
Ceq ska personaliti akak CS nie....sjenis buat hal sndiri ja...
Quote mrizumi 21-2-2018 01:08 PM
Xthu plak jnis introvert sbb nmpk mcm jnis gila2..
Btw..suka lakonan dia..
Quote BookerT 21-2-2018 01:12 PM
PongKang replied at 21-2-2018 12:22 PM
suka tgk dia ni... berlakon pun not bad

kan nyah..drama yang bukan nama sebenar tu memang nampak sangat talen mak hayam suzanne ni berlakon...tertanya jugak mana dia menghilang...
Quote BookerT 21-2-2018 01:13 PM
minguk replied at 21-2-2018 12:28 PM
pernah jumpa kat ikea, lawa sungguh dia ni

jerman memang lelawa nyah..sayang kau tu kacuk mak hayam nigga je nyah...kalau tak sure lawa macam mak hayam suzanne ni nyah..
Quote BookerT 21-2-2018 01:14 PM
prizadane replied at 21-2-2018 12:53 PM
berlakon pun pandai. tak kayu. n tak menggeletis. dia cakap melayu pun takde slang mat salleh or ger ...

entah kan nyah...ini lahir kelantan kacuk pakistan beriya nak jadi english lady...menyampah kan nyah...
Quote BookerT 21-2-2018 01:14 PM
rindu mak hayam suzanne ni...berlakon la balik...watak komedi pun jadilah nyah...
Quote mamapea 21-2-2018 01:22 PM
dia ni kdg nmpk cantik kdg tak...dlm drama puteri bkn mana sebenar dia mmg cantik...
lakonan pun not bad...mmg sesuai dia dgn budak kecik tu...mcm mak & anak real...
Quote shailyvelera 21-2-2018 01:26 PM
muka lawa, berlakon best pun rilex2 je tolong mak wat katering....ni retis sendu berlagak je lbh acah best..huhuh
Quote mieymiey 21-2-2018 01:34 PM
shailyvelera replied at 21-2-2018 01:26 PM
muka lawa, berlakon best pun rilex2 je tolong mak wat katering....ni retis sendu berlagak je lbh aca ...

Kakashailey carut retis sendu mana tu?
Quote tomaz 21-2-2018 01:39 PM
Elok la buat bisnes catering. Jgn buat bisnes contractor gi extend masjid udah

X sabar nak tgk drama baru sheolss  
Quote shailyvelera 21-2-2018 01:56 PM
mieymiey replied at 21-2-2018 01:34 PM
Kakashailey carut retis sendu mana tu?

hahaha...yang sendu2 belaka la.....acah2 banyak job...tapi ape pun x boleh
Quote cepheid 21-2-2018 01:57 PM
Dia ni dah tak dengan ex hubby NH. NH pun dah move on dah.

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.129189 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top