CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Try Buat Nasi Kak Wok? Ini Resipi 99% Miripnya - Mesti Sedap

26-2-2018 10:35 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13664| Komen: 22|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Penangan Nasi Kak Wok memang sangat dasyat! Super hebat! Di mana-mana sekalipun ramai yang menyebut-nyebutnya sebagai sedap, lazat dan berhantu.Siapa sangka hanya bermodalkan nasi putih, ayam cincang, ...
Foto Iluminasi

Penangan Nasi Kak Wok memang sangat dasyat! Super hebat!
Di mana-mana sekalipun ramai yang menyebut-nyebutnya sebagai sedap, lazat dan berhantu.

Siapa sangka hanya bermodalkan nasi putih, ayam cincang, kuah kari dan sambal belacan sahaja, namun rasanya membuatkan rasa tak cukup sebungkus!

Patut lah, makin banyak restoran muncul lalu menawarkan Nasi Kak Wok dengan pelbagai ejaan. Malahan, gerai-gerai serta khidmat delivery pun menggunakan ayam goreng sebagai rencah utama. Memang rakyat Malaysia menyukai menu ringkas tapi super lazat ini.

Jadi, apa kata sesekali anda cuba buat sendiri, mana lah tahu, lebih sedap daripada gerai di luar sana!

RESIPI NASI KAK WOK BERPUAKA
Bahan-bahan
* -    Nasi putih ditanak dengan meletakkan daun pandan simpul.

Gulai Ayam:
Bahan A (kisar) :
* -    4 labu bawang bombay
* -    5 ulas bawang putih
* -    1 inci setengah halia
* -    1 inci setengah lengkuas

Bahan B (bancuh bersama air dan gaul ayam, perap sekejap)
-      3 sudu rempah kari daging
* -    1 sudu rempah kerutuk

Bahan C
* -    Kacang panjang – potong
* -    Terung potong kecil-kecil
* -    Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil.
* -    Santan (jangan pekat sangat)
* -     Garam dan kiub ayam
* -     1 ketul nisan (boleh juga guna gula Melaka)



Cara membuatnya
1. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan masak hingga empuk.
3. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
4. Kemudian masukkan terung dan kacang panjang.
5. Perasakan dengan garam, gula nisan (gula Melaka) dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap kemudian tutup api.



Ayam Goreng Harum:
- 1 ekor Ayam - potong kecik
- 2 sudu kecil garam
- 2 inci kunyit hidup (tumbuk lumat)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 3 tangkai daun kari

#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni.

Cara-caranya
1) Basuh ayam dan toskan.
2) Potong kecil. Lumurkan ayam dengann bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga sederhana garing.



Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
- 4 biji cili kering  (direbus)
- Cili padi ikut pedas
- 2 inci belacan
- 1 labu bawang besar (dibakar)
- 1 labu bawang putih (dibakar)
- Gula, garam, perasa
- Air asam jawa
- Limau kasturi

Cara-caranya:-
Kisar semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.- CARI 
.
Kredit Resipi - Rusmida Rusdi
10

Bagus
8

Marah
19

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 26-2-2018 10:43 AM
Sedapnya...
Kak wok yg ori kat mana kedai nya
Quote Genkidesuka 26-2-2018 11:19 AM
pearl.silver: Sedapnya...Kak wok yg ori kat mana kedai nya


Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Katanya yg ori kt jln lunde (jln lundang kb).  Tu anak-beranak dia, maybe?  Kak wok pun takdak dah rasanya. Hak ada anak murid dia jah, tu dorang punya claim la.  Wallahua'lam.
Quote siputsedut 26-2-2018 11:47 AM
Genkidesuka: Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.Katanya yg ori kt jln lunde (jln lundang kb).  Tu anak-beranak dia, maybe?  Kak wok pun takdak dah rasanya. Hak  ...


Jln lundang tu ori..ala kedai kopi kecik je..tp dah kama i tak gi..gi dkt kak wok pokok ceri dkt sekolah zainab..situ rasa masih maintain...anak kak wok punya cawangan situ..lg satu yg btl2 anak kak wok punya...dkt dpn husm tp dah try aritu..mcm x brp sgt...yg pokok ceri skolah zainab tu sama sdp ngn kt lunde tu...
Quote siputsedut 26-2-2018 11:50 AM
Resepi yg ni ok...dr bahan dia dh boleh agak kuah gulai nya sdp dan cukup rasa..sbb sesungguhnya, gulai kak wok tu pakai rempah kari adabi aje...tp bahan tumis tu mmg ada lengkuas sekali ...sambal tu bahan tu mcm btl...btw..ayam goreng kak wok tu cuma garam kunyit ngn ajinomoto aje... tp kalau nk lg sedap buh la daun kari segala...
Quote sofiazara 26-2-2018 02:08 PM
aku tak suka nasi kak wok ni sebab gulai ada kaki ayam

and manis


sambal plak terlebih manis dan terlebih pedas. entah apa2
Quote Genkidesuka 26-2-2018 03:36 PM
siputsedut replied at 26-2-2018 11:47 AM
Jln lundang tu ori..ala kedai kopi kecik je..tp dah kama i tak gi..gi dkt kak wok pokok ceri dkt ...

Ooohhh... hok dekak sekolah zainab lagi sedak ko?  Nanti ghoyak ke abe kito.  Dia biasa beli hok lunde sbb kito kelik dok area billion.  Minta maaf deh.  Akak oghe luar.  Kecek serupo siam.  
Quote anastasia7 27-2-2018 12:40 PM
Pernah try nasi kak wok tk tahu  ori tak kat damansara damai. Dh tutup rasanya sekarang. Tekak masih suka nasi manggey kat warung kita sg buloh. Konsep sama
Quote chinta89 27-2-2018 04:01 PM
sofiazara replied at 26-2-2018 02:08 PM
aku tak suka nasi kak wok ni sebab gulai ada kaki ayam

and manis

gulai kaki ayam mmg resepi dia.

and manis, mmg mknan kelantan manis2. cuba buat tak manis, berleter la org kedai kopi kat kelantan tu. sb tu dh trademark. dari air, kueh, sambal, kuah2 kari gulai segala bagai.. mmg manis.

sama mcm kite g makan kat n9, kebanyakan pedas, cuba kita kritik ckp x pedas, diorg akan jwb dh mmg negeri ni menu dia semua kebanyakannnnnnnnnn pedas2.

so tekak kita x leh disamakan ngn menu setempat sesebuah negeri.



Quote kelip2_07 29-3-2018 02:55 PM
resepi kt blog azie kitchen lbh mirip nasi kak wok..katanye kwn dia pekerja arwah kak wok
Quote mesmerize 29-3-2018 09:03 PM
kat mana nak cari rempah kerutuk kat selangor nie
Quote Cari-Azza 29-3-2018 09:07 PM
mesmerize replied at 29-3-2018 09:03 PM
kat mana nak cari rempah kerutuk kat selangor nie

Susah nak cari sebenarnya. Memang kena kirim member2 yang balik ke Kelantan

Quote aaz 7-4-2018 04:23 PM
mesmerize replied at 29-3-2018 09:03 PM
kat mana nak cari rempah kerutuk kat selangor nie

Adabi ada keluarkan rempah kerutuk
Quote pinkypetal 8-4-2018 09:13 PM
Sedap sangat ni
Quote iheart_autumn 30-4-2018 09:17 PM
tgk gambar je dah
Quote rohayatimat 5-5-2018 11:55 PM
Ni video cara masak gulai ayam ala kak wok...
https://www.youtube.com/watch?v=HwKhVQKgpt8

Memasak Lebih Mudah
Quote Ladybosss 7-5-2018 12:00 PM
Kena try buat ni
Quote kucing02 28-11-2018 01:02 PM
kuah n sambal kene sedap
Quote mesmerize 28-11-2018 11:06 PM
ai beli je kat gerai dekat ngan opis.. tak rajin nak masak sendiri..
gerai tu nak ayam lebih pun boleh kena bayar extra sikitla tapi berbaloi2 sebab sedap
Quote Baladna804 17-4-2021 12:36 AM
Nasi kak wok sedap makan kat kedai juga

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.129062 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top