CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lagi Menu Siam Yang Kecur Liur, Udang Spicy Sweet Sour - Cukup Rasa Segala!

27-2-2018 12:05 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9547| Komen: 26|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Menu Thailand memang dekat dengan kita rakyat Malaysia sejak dulu kala lagi. Tak hairanlah di ceruk mana sekalipun, pasti ada restoran yang menghidangkan masakan siam sebagai menu utama. Antara yang p ...
Menu Thailand memang dekat dengan kita rakyat Malaysia sejak dulu kala lagi. Tak hairanlah di ceruk mana sekalipun, pasti ada restoran yang menghidangkan masakan siam sebagai menu utama.

Antara yang popular ialah tomyam, kerabu mangga, ikan tiga rasa dan somtam. Tapi pernahkah anda menikmati udang masam manis berempah? Macam susah nak jumpa kan? Kalau ada pun di restoran mewah.



Disebabkan itu, ada netizen yang baik hati berkongsi resipi untuk menyediakan menu lazat yang mendapat hampir 2,000 perkongsian di Facebook.



Resepi Udang Spicy Sweet Sour
-Isi udang yang di celur(kopek tinggal janggut dan ekor sahaja)
-Boleh juga guna aneka makanan laut lain yang dah dicelur

Bahan sos
- Cili padi  (jumlah terpulang citarasa - tumbuk hingga lumat)
- 2 biji limau nipis (ambil jusnya)
- Serbuk cili kering kasar (boleh dibeli dikedai)
- Halia muda cincang halus
- Bawang putih cincang halus
- Daun ketumbar cincang halus.
- Gula perang (gula putih pun boleh)






Cara membuatnya
1)    Gaul sebati semua bahan sos dan perasakan dengan garam.
2)    Jika ada sos ikan pun boleh letak, lagi sedap.
3)    Gaul dengan udang/makanan laut lain (sos tadi akan meresap ke dalam udang tersebut).
4)    Jika mahukan tambahan seperti parutan lobak merah, bawang besar cincang pun boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing.

Jadi, bagaimana? Ada yang sudah menahan air liur nampak? Jom ke dapur. - CARI 

Kredit : Qema Fazri menerusi #mahn
10

Bagus
19

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 27-2-2018 12:26 PM
dah meleleh liur tgk gambo
Quote rospinki 27-2-2018 04:42 PM
aku banyak kumpul resepi chili paste thailand ni..ada yg utk instant sambal recipe..ada yg sekadar tabur2 atas nasik boleh makan.

chili paste thai ni pon bole buat seafood salads mcm kat atas..just add limau daun ketumbar +chili api siap.
Quote Cari-Azza 27-2-2018 05:49 PM
rospinki replied at 27-2-2018 04:42 PM
aku banyak kumpul resepi chili paste thailand ni..ada yg utk instant sambal recipe..ada yg sekadar t ...

susah tak buat cili paste ni? Ni soalan betul ya.

Quote syue86 27-2-2018 06:09 PM
knp tinggal janggut?
Quote noraidil_06 27-2-2018 09:30 PM
Aduh terasa2 di mulut
Quote candybatik 28-2-2018 11:04 PM
syue86 replied at 27-2-2018 06:09 PM
knp tinggal janggut?

Hr tu tgk yg martin yan .. rasanya tinggal ekor je... pastu dia susun dlm bulatan...tgh2 sos. Jd nk mkn pgg kat ekor...cicah sos
Quote syue86 1-3-2018 08:43 AM
candybatik replied at 28-2-2018 11:04 PM
Hr tu tgk yg martin yan .. rasanya tinggal ekor je... pastu dia susun dlm bulatan...tgh2 sos. Jd n ...

tu lah bese tgk org tggal ekor je..janggut2 ni hilang
Quote yayangmama 1-3-2018 11:42 AM
kecur nya tgk....pedas2 mst sedapppp
Quote pearl.silver 2-3-2018 11:48 AM
Dapnyehhhh...
Nk buatt
Quote Ambola 6-3-2018 09:52 AM
Kecur air liuq weh tgk
Quote rospinki 14-3-2018 11:45 AM
Cari-Azza replied at 27-2-2018 05:49 PM
susah tak buat cili paste ni? Ni soalan betul ya.

susah sikit je. yg penting bahan2 kena ada sprt cili kering dari 2 jenis satu cili kering jenis besar dan lebor dan cili kering jenis kecilbawang putih. tak igt ada bhn lain lagi..proses termasuk mensangaikan bahan sprt bwg dan cili..diblend halus kmudian dia masak hingga jadi pes bersma rempah dll.

maaf tt lambat reply
Quote sapasapa 14-5-2021 05:47 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Quote sparkly 13-6-2021 10:51 PM
Resepi yg menarik dan senang di buat
Quote sparkly 16-6-2021 03:57 PM
Tq for the recipe

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061654 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top