CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Alahai Comelnya, Roti Senyum Berkeju. Tambat Hati Anak-Anak Dengan Mudah..

16-3-2018 04:02 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10440| Komen: 4|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Perhatian kepada ibu-ibu yang sentiasa berjalan jauh bersama anak-anak. Anda perlu lebih kreatif bagi menangani kebosanan mereka sepanjang perjalanan tersebut.Ada yang membawa alat permainan supaya an ...

Perhatian kepada ibu-ibu yang sentiasa berjalan jauh bersama anak-anak. Anda perlu lebih kreatif bagi menangani kebosanan mereka sepanjang perjalanan tersebut.

Ada yang membawa alat permainan supaya anak-anak terleka dan ada jua yang terus memberi gajet bagi memastikan mereka untuk terus diam.

Berlainan dengan dua ibu ini yang berkongsi kreativiti mereka menerusi makanan. Mereka mahu anak menikmati makanan sambil meneroka alam imaginasi sendiri. Dengan itu, perjalanan menjadi lebih mudah kerana anak yang tidak meragam.

Kedua-duanya menggunakan lebihan roti putih Gardenia sebagai asas. Jom tengok resipi ringkas mereka untuk kanak-kanak  setahun ke atas dan bayi yang baru tumbuh gigi.


Roti Senyum Cheese
Bahan-bahan
-    Roti putih
-    Kepingan keju
-    Penutup botol / apa sahaja bentuk bulat
-    Sudu & straw



Cara membuatnya
1)    Susun roti, keju dan roti menjadi seperti ‘sandwich’
2)    Tekap penutup botol pada ‘sandwich’ tersebut (Boleh dapat 4 set)
3)    Bentukkan mata dengan straw manakala bagi mulut senyum gunakan sudu untuk membentuknya.
4)    Buat seberapa banyak mengikut jumlah roti.


Siap untuk dibawa dalam perjalanan.



‘Homemade teething cookies’
Bahan-bahan
- Roti
- Mentega tanpa garam

Cara membuatnya

1. Sapu mentega tanpa garam ke atas roti.
2. Potong roti memanjang.
3. Bakar dengan suhu 160-180c selama 15 minit.

Biskut ini memang keras sedikit. Jadi, pastikan anda memantau bayi jika ini kali pertama mereka memakan biskut. Bayi akan menghisap dan menggigit-gigit dahulu biskut ini sebelum menelannya.

Moga perjalanan anda kali ini tidak diselangi dengan ‘tantrum’ dari mereka. Selamat mencuba! - CARI 

Kredit: Aida Arssad & Fahima MN

20

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote multinicky 16-3-2018 04:22 PM
mcm scrub daddy bntk roti keju ni
Quote mizruncing 16-3-2018 05:16 PM
laa senang je rupanya hihi
Quote SecretLuv 16-3-2018 11:42 PM
Ni macam smiley potato la ni. Tapi aku buat pakai kentang tak pernah menjadi. Asyik lembik je.
Kalau pakai roti senang la kot.
Quote sapasapa 14-5-2021 05:50 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.050167 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top