CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tabik Dengan Semangat Guru Ini Tukar Papan Hitam Jadi Skrin Komputer Demi Murid!

28-2-2018 11:56 AM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 2748| Komen: 4|Original author: Oleh: Norlili

Description: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Walaupun serba kekurangan, ia tidak menjadi penghalang buat guru ini mengajar, malah dia begitu bersemangat berkongsi ilmu yang ada dengan murid-muridnya.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Walaupun serba kekurangan, ia tidak menjadi penghalang buat guru ini mengajar, malah dia begitu bersemangat berkongsi ilmu yang ada dengan murid-muridnya.




Kagum sangat dengan semangat guru ini mengajar subjek Teknologi Maklumat (IT) tanpa komputer. Kalau difikirkan, agak susah nak belajar subjek berkaitan komputer tanpa komputer terutama mereka yang memang tidak pernah menggunakan alat elektronik berkenaan.


Macam mana dia mengajar tanpa komputer?

Owura Kwadwo, guru di Ghana ini mengambil inisiatif dengan melukis gambar monitor komputer berserta butang fungsi untuk memberi pendedahan awal kepada muridnya mengenai komputer. 




"Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mengajar, begitu juga saya. Saya sayangkan murid-murid saya dan ini cara saya mengajar mereka untuk lebih faham tentang IT," kata Owura. 

Tak ramai cikgu akan berbuat sebegini, nampak keikhlasannya sebagai seorang tenaga pengajar. 

Sekurang-kurangnya, pelajar boleh mendapat sedikit gambaran imej komputer sebelum mereka dapat belajar menggunakan peranti itu. Tak ada lah terpinga-pinga saja nanti, kan? 'Tabik spring' dengan cikgu Owuro ini!



Yang menariknya, posting Owura di media sosial dengan kapsyen "Lucu mengajar IT di Ghana, skrin komputer di papan hitam" beserta lukisan yang dimuat naik menarik respon netizen yang kagum dengan usahanya. 



Malah, ramai yang menghantar pesanan ringkas untuk menderma komputer dan laptop untuk sekolahnya itu. 


Foto: FB Owura

Wah! Nampak tak sesetengah benda baik kalau dikongsi boleh membawa banyak manfaat kepada orang lain. Tahniah untuk Owura Kwadwo, suka dengan semangat dan dedikasi yang dia tunjukkan! - CARI 
8

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 28-2-2018 12:52 PM
{:cryrun tabah dan ikhlas mengajar. Terharu aku
Quote Artemesiaa 28-2-2018 02:25 PM
Guru yang penuh dedikasi gigih berusaha mengajar anak2 murid supaya semuanya dapat pengetahuan berguna
Quote haryatie 28-2-2018 02:31 PM
bagus nya cikgu nii..
betul2 ikhlas mengajar..
cikgu kat malaysia ni sorang sebiji dpt laptop kan..
tipon pun dpt..
ank buah aku cikgu..aku tengok dia upload dlm FB dpt tu semua free
harap2 betul2 la ikhlas mengajar
Quote chikumanis 1-3-2018 03:15 PM
cantik tulisan dia...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.148647 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top