CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Budak Je, Orang Tua Pun Boleh Jadi Putera Puteri Disney!

5-3-2018 10:47 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 2666| Komen: 0|Original author: Oleh: Zailina

Description: Jika anda gemarkan filem dan siri animasi Disney seperti Cinderella, Snow White, Mickey Mouse, Donald Duck dan banyak lagi, anda tentu ingin merasai juadah 'brunch' (sarapan dan makan tengah hari) yan ...
Jika anda gemarkan filem dan siri animasi Disney seperti Cinderella, Snow White, Mickey Mouse, Donald Duck dan banyak lagi, anda tentu ingin merasai juadah 'brunch' (sarapan dan makan tengah hari) yang menarik dengan tema watak-watak animasi tersebut. 


Memang menggamit memori zaman kanak-kanak! Argh, sayangnya festival ini bukan di negara kita tapi nun jauh di London. Apapun, jom tengok apa lagi yang menarik. 

Bertemakan 'When You Wish Upon A Brunch' (diubahsuai dari petikan lagu 'When You Wish Upon A Star' yang sinonim dengan Disneyland) ia akan dianjurkan pada Sabtu, 21 April ini di Aeronaut, 264 High St, London. 

Ia sesuai untuk mereka yang barangkali pernah berangan-angan menjadi putera atau puteri dalam kisah Disney. Pelbagai lagu akan diputarkan selain makanan yang mengimbau kenangan anda pada watak-watak tertentu.



Mungkin dapat jumpa 'watak' begini di majlis tu.
Foto: charactercentral

Sekumpulan penggiat teater juga akan membuat persembahan dari beberapa filem terbitan Disneyland. Bagi yang memang fanatik, inilah masanya untuk hadir berpakaian seperti watak digemari, misalnya bergaun labuh kuning seperti Belle dalam filem 'Beauty And The Beast'. Kena cari kasut 'kristal'lah nampaknya kalau nak datang sebagai Cinderella.


Kartun Disney popular jadi ilham hidangan makanan

Beraneka hidangan akan turut disediakan pada hari itu. Contohnya, Sarapan Sihat yang terdiri daripada avokado lecek, masakan aneka kekacang ala Mexico, telur carak dan roti 'sourdough'. Selain itu ada Sarapan Veg - telur, kentang cincang yang digoreng, kacang panggang, cendawan, tomato dan bayam dimasak dengan mentega. Tidak dilupakan Sarapan Ala Inggeris iaitu Florentin Eggs dan Eggs Royal.


Antara watak animasi hasil produksi Disney

Eh, tunggu dulu! Menurut METRO, festival ini rupa-rupanya hanya untuk yang berusia 18 tahun ke atas sebab minuman keras juga disediakan. Tentu kanak-kanak yang sepatutnya menyukai kartun-kartun Disney kecewa! Mana boleh peluang menjadi putera dan puteri watak kartun diberikan pada orang dewasa saja! Peliklah. Mungkin orang dewasa nak tunaikan impian mereka masa kanak-kanak dulu yang masih belum tercapai dan inilah peluangnya.


Manalah tahu mungkin idea ini akan diguna oleh pemilik restoran tempatan suatu hari nanti? Bolehlah bergaya macam Snow White atau Sleeping Beauty. Siapa tahu, kalau-kalau terjumpa Prince Charming di situ? Ala-ala Fairytale sangat! - CARI
12

Bagus
7

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042808 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top