CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jimatkan Duit, Tak Perlu Beli Baru! Nah Cara Jaga Tudung Supaya Tahan Lama

1-3-2018 03:11 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 5538| Komen: 10|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Description: Bagi mereka yang berhijab pasti mempunyai variasi tudung yang boleh dipadankan dengan pelbagai koleksi pakaian mereka.
Bagi mereka yang berhijab pasti mempunyai variasi tudung yang boleh  dipadankan dengan pelbagai koleksi pakaian mereka. Namun kebanyakan dari mereka mempunyai masalah tudung yang tidak tahan lama dan kerap kali perlu membeli tudung baru untuk sentiasa nampak cantik. Di bawah adalah beberapa cara untuk mencuci tudung supaya tahan lama dan warnanya cantik tidak luntur.


Foto: IG Vivy Yusof
1. Pelembut fabrik
Rendamkan tudung anda seketika dengan air suam dan campuran bahan pencuci dalam bentuk cecair dan bahan pelembut fabrik. Jangan lupa untuk hilangkan sisa-sisa sabun setelah air dibilas sesudah proses rendaman.

2. Cucian lembut
Elakkan untuk meramas atau menyental tudung dengan rakus. Pastikan ketika hendak menanggalkan kotoran degil, tudung anda digosok dengan tangan sudah memadai.



Foto: IG Cakenis
3. Tidak perlu mesin basuh
Jika anda mahu menggunakan mesin basuh untuk membasuh tudung, pastikan tudung-tudung tadi dicuci secara asing dengan pakaian-pakaian lain. Ini khas bagi jenis kain yang lembut kerana walaupun nampak mudah, mesin basuh di khuatiri akan merosakkan kain tudung tersebut.

4. Proses pengeringan
Sinaran UV dari matahari akan menyebabkan warna pada tudung akan menjadi pudar. Untuk itu, pastikan tudung-tudung anda tidak dijemur bawah terik matahari. Walaupun proses pengeringan akan dilakukan secara pantas, tapi ia akan merosakkan warna pada tudung. Cukuplah sekadar anda jemur di kawasan redup dan tidak terlalu panas.

5. Gosok tudung dengan suhu rendah
Fabrik tudung sangat lembut dan tidak memerlukan suhu yang panas ketika menggosoknya. Untuk mengelakkan tudung anda berlubang kerana terbakar dek strika, pastikan suhunya tidak terlalu panas. Fabrik tudung kebiasaannya dari jenis sifon atau sutera dan sangat sensitif kepada haba panas.

Elakkan melipat tudung
Sumber: tipsinfotudunghanaismaa.blogspot.my
6. Simpan tudung

Cara simpanan tudung yang terbaik adalah dengan cara menggantungnya. Elakkan untuk melipat kerana garis lipatan akan memberi kesan kepada corak tudung dan sekaligus akan menyebabkan sukar untuk menghilangkan kedutan sebelum dipakai. -CARI
4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
15

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote multinicky 1-3-2018 03:27 PM
tips penjagaan turban hijabitch zouk xde ke?? sayangnye, mst dh berjuta org beli smp sold out tp xtaw how the proper way to clean the turban
Quote CiliPadiSedap 1-3-2018 03:57 PM
multinicky replied at 1-3-2018 03:27 PM
tips penjagaan turban hijabitch zouk xde ke?? sayangnye, mst dh berjuta org beli smp sold out tp xta ...

kena pakai kt kelab malam sis sambil menari ghairah bila dh menari hilang kedutan di tudung xperlu febreeze mahu pun clorox
Quote multinicky 1-3-2018 04:10 PM
CiliPadiSedap replied at 1-3-2018 03:57 PM
kena pakai kt kelab malam sis sambil menari ghairah bila dh menari hilang kedutan di tudung xper ...

oh gittew nye..igtkn xpyh bsh trs turban tu sebab igt blh smp terus ke sorga..
Quote prettyuglybabe 1-3-2018 04:11 PM
i pakai tudung rm10 jah..
rosak buang.. takde hal..
Quote CiliPadiSedap 1-3-2018 04:17 PM
prettyuglybabe replied at 1-3-2018 04:11 PM
i pakai tudung rm10 jah..
rosak buang.. takde hal..

tudung Rm10 xboleh masuk kelab zouk. kena beli tudung mahal sis. kalau nak masuk zouk atleast tudung neklopa sungkur pintu istana
Quote mzzenma 1-3-2018 04:19 PM
Mzz pakai tudung murah je, sumbat dalam washing machine then dah kering lipat masuk drawer.

Quote prettyuglybabe 1-3-2018 04:21 PM
CiliPadiSedap replied at 1-3-2018 04:17 PM
tudung Rm10 xboleh masuk kelab zouk. kena beli tudung mahal sis. kalau nak masuk zouk atleast tudu ...

tak minat la tudung lopak.. tak pernah beli pun..beli shawl rm10 kain bubble tu lagi sedap pakai..
tudung acik bawang pun tudung rm10 yang lain cotton..
kalau bawal, yang reti boleh bentuk, bawal helwa dengan adijuma je..

Quote CiliPadiSedap 1-3-2018 04:23 PM
prettyuglybabe replied at 1-3-2018 04:21 PM
tak minat la tudung lopak.. tak pernah beli pun..beli shawl rm10 kain bubble tu lagi sedap pakai.. ...

sis vokuru suka pakai tudung brand lan todak
Quote yussya 2-3-2018 11:11 AM
iols tudung yg murah2 je..rosak buang beli baru..idokle nak pakai tudung sama bertahun2..design pun sentiasa bertukar kan..
Quote intanazlynna 2-3-2018 11:13 AM
suka sangat beli shawl... happy je rasa...

tudung yang sayang, i basuh tangan..

tudung yang murah2 i sumbat masuk mesin...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065291 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top