CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lima Negara Yang Kewujudannya Tidak Pernah Diiktiraf Masyarakat Dunia

1-3-2018 04:39 PM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 5780| Komen: 7|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Description: Bukan mudah untuk membentuk sebuah negara lebih-lebih lagi untuk mendapat pengiktiragan daripada pihak luar seperti PBB. Bagi negara yang besar dan ramai penduduk sudah pasti ia terbentuk sejak dahulu ...
Bukan mudah untuk membentuk sebuah negara lebih-lebih lagi untuk mendapat pengiktirafan daripada pihak luar seperti PBB. Bagi negara yang besar dan ramai penduduk sudah pasti ia terbentuk sejak dahulu lagi. Tetapi bagaimana pula negara-negara yang kecil dan tidak ramai penduduknya.


Inilah yang berlaku kepada beberapa buah negara yang sebenarnya wujud tetapi tidak diiktiraf secara rasmi dan sehingga kini tidak tahu ia adalah sebuah negara atau tidak.

Berikut adalah lima buah negara yang wujud tetapi tidak diiktiraf oleh masyarakat dunia kerana statusnya yang unik seperti yang dikongsikan laman sesawang Iluminasi.

1) LAKOTAH

Foto - Iluminasi

Namanya pun sudah cukup unik apatah lagi sejarah kewujudan negara yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Amerika Syarikat ini. Ya negara ini terletak di dalam Amerika Syarikat.

Lakotah pada awalnya adalah negara yang bakal ditubuhkan melalui perjanjian di antara kerajaan Amerika Syarikat dengan suku etnik Lakota, pada 1868 di mana Kerajaan Amerika Syarikat membenarkan suku etnik Lakota memerintah sendiri di kawasan seluas 200 ribu kilometer persegi termasuklah sebuah bukit yang digelarkan Black Hills yang menjadi kawasan keramat suku kaum Sioux Lakota.

Namun segalanya berubah apabila emas ditemui di kawasan berkenaan hingga menyebabkan Amerika Syarikat melanggar perjanjian yang telah mereka persetujui dan mula menceroboh kawasan Lakota bagi memastikan pembukaan lombong-lombong emas di sana rancak. 

Pada tahun 1998, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat memerintahkan kerajaan Amerika Syarikat membayar pampasan USD600 juta kepada penduduk Lakotah kerana melanggar perjanjian, tetapi penduduknya menolak. Penduduk Lakotah beranggapan sekiranya mereka menerima tawaran tersebut, mereka seolah bersetuju untuk memadam impian memiliki negara sendiri.

Perjuangan penduduk negara ini tidak berhenti setakat itu kerana pada 2007, delegasi daripada pemimpin Lakota sekali lagi menghantar permohonan kemerdekaan kepada kerajaan Amerika Syarikat. Tetapi sehingga kini perkara ini belum selesai.

2) HUTT RIVER 

Foto - Iluminasi
Kalau Lakotah terletak di dalam Amerika Syarikat negara ini pula terletak di dalam Australia dan mempunyai populasi penduduk hanya 23 orang sahaja.

Dikenali sebagai Hutt River negara kecil ini mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Australia pada tahun 1970. Negara ini mempunyai keluasan 75 km per segi dan Hutt River atau nama penuhnya, Principality of Hutt River diasaskan oleh HRH Prince Leonard Casley, seorang petani yang mahu memerintah sendiri jajahannya. 

Lebih menarik lagi Hutt River turut mempunyai sistem kewangan mereka sendiri, passport dan setem selain golongan di-Raja Hutt River bebas memberikan darjah kebesaran pada sesiapa yang dirasakan layak.

Sejarah Hutt River bermula selepas kerajaan Australia mengenakan kuota penjualan ke atas pengeluaran gandum di ladang sekitar Sungai Hutt sehingga berlaku beberapa insiden pertelingkahan di antara kumpulan penduduk dengan kerajaan Australia.

Leonard kemudiannya mengambil jalan mengumumkan keluarnya mereka daripada pentadbiran kerajaan Australia dan berhenti membayar cukai. Dia kemudiannya melantik dirinya sebagai Raja Hutt River atas persetujuan bersama penduduk kampung.

Negara ini masih tidak diiktiraf oleh kerajaan Australia sehingga kini dan pada 2017 Raja Leonard mengumumkan perlantikan anaknya Putera Graeme sebagai pemangku takhta kerajaan Hutt River.

3) BAROTSELAND

Foto - Iluminasi
Tak penat ke setiap tahun berpindah pusat pemerintahan mengikut musim? Ha itulah suasana yang dihadapi negara Barotselan ini yang berada di dalam negara Zambia. Difahamkan setiap kali air Sungai Zambezi naik penduduk Barotseland akan berpindah ke tanah lebih tinggi. Malah mereka turut mengadakan upacara perpindahan sebagai ritual tahunan.

Sejarah negara ini berpunca akibat campur tangan British yang memberikan kuasa autonomi pemerintahan semasa zaman kolonial British. Barotseland diiktiraf sebagai sebuah negara bebas pada mulanya tetapi pada 1964, apabila Zambia mencapai kemerdekaan mereka Barotseland hilang kuasa autonomi dan seterusnya ditadbir terus oleh kerajaan Zambia.

Ini kerana keputusan mahkamah menganggap perjanjian awal di antara pemimpin Barotseland dengan British terbatal. Persengketaan di antara pemimpin Barotseland dengan kerajaan Zambia masih lagi berterusan, dengan pelbagai rundingan damai dalam mencari kata putus gagal. 

4) REPUBLIK MURRAWARRI 

Foto - Iluminasi
Kita kembali semula ke Australia dan ya negara ini berada di dalam Australia di mana pada 2013 terdapat sebuah kawasan yang bersempadan dengan New South Wales dan Queensland mengisytiharkan kemerdekaan mereka daripada kerajaan Australia.

Negara ini dikenali sebagai Murrawarri di mana ia dibentuk daripada satu suku kaum asal di Australia yang mempunyai 4000 orang warganegara. Negara ini mengisytiharkan kemerdekaan sendiri pada 3 April 2013 melalui satu kenyataan yang dihantarkan terus kepada Permaisuri England.

Negara Murrawarri ini turut mencabar kerajaan Britain untuk membuktikan kawasan penempatan mereka tertakluk kepada sistem pemerintahan monarki British yang masih dikekalkan di Australia, dengan notis 28 hari diberikan kepada kerajaan Britain. 

Sekiranya kerajaan Britain gagal berbuat demikian, kerajaan Murrawarri akan memulakan proses permohonan dengan PBB dalam mengiktiraf mereka sebagai sebuah negara berdaulat.

Sama seperti beberapa buah negara tidak diiktiraf lain, Murrawarri juga tidak menerima sebarang maklum balas ekoran kerajaan British di lihat lebih suka berdian diri.

Pada 12 Mei 2013, permohonan mereka kepada PBB dilakukan. Kerajaan Australia mengumumkan tiada keperluan sebarang jawapan atau maklum balas perlu dilakukan, kerana penubuhan kerajaan Murrawarri tidak mematuhi sebarang undang-undang Australia. 

5) RYUKYU

Foto - Iluminasi
Kisah kerajaan ini sedikit tragis kerana sehingga kini negara mereka dijadikan sebagai markas tentera Amerika Syarikat malah penduduknya juga menjadi mangsa rogol tentera-tentera ini.

Kerajaan Ryukyu adalah sebuah kerajaan yang mentadbir pulau-pulau Ryukyu sejak kurun ke 14 hinggalah kurun ke 19. Terdiri daripada 160 buah pulau yang terletak di laut Pasifik, seramai 1.4 juta orang penduduk tinggal di sini.

Pada 1879, kerajaan Jepun mula mengambil alih pemerintahan kawasan Ryukyu sebagai salah satu koloni mereka. Pulau Ryukyu kemudiannya diserahkan kepada pemerintahan tentera Amerika Syarikat selepas perang Pasifik dan Tentera Amerika menggunakan kekerasan bagi merampas tanah penduduk di sana dengan bertindak menghalau penduduk, bagi membolehkan mereka mendirikan markas tentera.

Pada tahun 1972 kerajaaan Amerika memulangkan semula Ryukyu kepada kerajaan Jepun dengan beberapa syarat dikenakan dan hingga kini Pulau Ryukyu menjadi markas tentera Amerika Syarikat di Jepun.

Pada tahun 2015, delegasi pemimpin masyarakat Ryukyu mendedahkan bukti-bukti yang sepatutnya menjelaskan status Ryukyu sebagai sebuah negara berdaulat. Delegasi itu juga memohon kerjasama kerajaan Jepun supaya memulangkan semula dokumen perjanjian di antara kerajaan Rykyu dengan kerajaan Amerika Syarikat, Perancis dan Belanda pada tahun 1850, yang secara jelas menyatakan kedudukan asal kerajaan dan negara yang bernama Ryukyu itu satu masa dulu. 

Menarik bukan mengenai kisah lima negara yang kita tidak tahupun kewujudannya kerana tidak menerima pengiktirafan. Semoga satu hari nanti mereka akan diiktiraf dan dapat memerintah negara sendiri. -CARI

11

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 1-3-2018 05:05 PM
menarik juga...nice info
Quote GigaMom 1-3-2018 05:47 PM
Kalau Lakotah terletak di dalam Amerika Syarikat negara ini pula terletak di dalam Australia dan mempunyai populasi penduduk hanya 23 orang sahaja.

Dikenali sebagai Hutt River negara kecil ini mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Australia pada tahun 1970. Negara ini mempunyai keluasan 75 km

Payah nk tubuh negara la aihh
Ingat ini main pondok2 ke
Quote epis 1-3-2018 08:40 PM
Menarik~~~
Quote sharlenetexas 1-3-2018 09:14 PM
Kesoltanan Sulu Kiram Tiram takde mata wang sendiri ke?
Quote pearl.silver 1-3-2018 10:12 PM
Kt malaysia pun kan ada..
Kesultanan linggi ke apa tah..
Tak diiktiraf tp eksyen bagi datuk kat artus {:nose
Quote Artemesiaa 2-3-2018 12:51 PM
Info menarik tapi lagi sesuai letak kat board dunia
Quote umaidebab 4-3-2018 11:30 AM
menarik tp tula...sedih baca part ruykyu pny negara tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.050661 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top