CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sekali Rasa Nasi Beriani Roket, Pasti Hari-Hari Mengigau Nak Lagi

7-3-2018 10:19 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 7610| Komen: 13|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Rasa macam terbang ke bulan tak lepas makan Nasi Beriani Roket ni? Kalau nak tahu 'terbang 'ke tak, anda perlu mencubanya sendiri!
Rasa macam terbang ke bulan tak lepas makan Nasi Beriani Roket ni? Kalau nak tahu 'terbang 'ke tak, anda perlu mencubanya sendiri! 

Nasi beriani gearbox kambing merupakan tarikan utama restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka. 

Sebenarnya ia digelar Nasi Beriani Roket kerana nasinya dimasak menggunakan kukusan silinder yang berbentuk seakan-akan roket.

Foto: MalayMail
Menurut salah seorang pengasas restoran ini, setiap hari lima ekor kambing digunakan memandangkan permintaan yang tinggi. Nasi Beriani  di restoran ini dimasak menggunakan rempah terpilih dan berkualiti tinggi.

Harga sepinggan nasi beriani gearbox kambing ialah RM12 manakala nasi beriani lain: ayam RM8, daging RM8 dan ayam goreng rempah juga RM8.

Restoran yang telah beroperasi sejak 26 Februari 2017 ini bukan saja dikunjungi penduduk dalam negara, malah ada yang datang dari Singapura dan juga Brunei.


Foto:Facebook
Ia beroperasi dari pukul 11.30 pagi hingga 7 malam. Menurut empunya kedai, restoran ini sememangnya sibuk. Buktinya lebih 800 pinggan nasi beriani terjual pada hari biasa, manakala 1,000 pinggan di hari minggu.

Foto: MalayMail
Anda boleh memesan Nasi Beriani Roket untuk perkhidmatan katering di 013716 2411, 017724 1497 dan 012678 5747 

Alamat: 17-1, Jalan Kota Fesyen 1, MITC, Ayer Keroh.
Cawangan: Lot PT 2 Jalan Besar, Durian Tunggal.

Ayuh 'meroket' ke Melaka dan cuba Nasi Beriani Roket bersama keluarga atau teman-teman! -CARI
11

Bagus
15

Marah
19

Terkejut
9

Sedih
26

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 7-3-2018 10:26 AM
sedap sgt ke? smpai beratur panjang mcmtu tak kose aku...
Quote kikuri 7-3-2018 10:49 AM
boleh lah... nak kata sampai mengingau tu takdelah sangat... sedap jualah di tekak akak...
Quote VespaSilbe 7-3-2018 12:33 PM
Dah makan banyak nasi briyani dr luqstuck ,espee, penang, kayell dan jaybee.  
Dah try makan hat ni jgk masa ada even vespa.
Rasa catering dan biasa sajork.
Quote saviour_09 7-3-2018 04:00 PM
makan sedap2 ni memang terliur
tapi bila tengok orang ramai beratur
no thank you je la
maybe some other time kebetulan lalu takde orang baru la singgah
Quote chazey 7-3-2018 10:29 PM
Kakak tak percaya nasi beriani Melaka sedap.
Quote chazey 7-3-2018 10:31 PM
VespaSilbe replied at 7-3-2018 12:33 PM
Dah makan banyak nasi briyani dr luqstuck ,espee, penang, kayell dan jaybee.  
Dah try makan hat ni ...

See, kakak betul.

Lagipun nampak sangat dari gamba itu akan kualit8 nasik dan lauknya yang kelihatan seperti biasa2 jah not worth beratur panjang to try at all.
Quote gam_gajah 8-3-2018 04:26 PM
Nasi Beriani Hj Tamby kat Melaka katanya sedap sgt

ada yg pernah try tak
Quote uda 8-3-2018 10:11 PM
gam_gajah replied at 8-3-2018 04:26 PM
Nasi Beriani Hj Tamby kat Melaka katanya sedap sgt

ada yg pernah try tak

Dah try.
Tak sedaplah, biasa aje. Ayam dia sikit punya kecik dan tak cukup kuah(ayam masak merah)
Quote AmandaRollins 8-3-2018 11:16 PM
Org melaka mmg suka beratur ek???
Dari coconut shake,kuih keria ,now nasi beriani plak
Quote gam_gajah 9-3-2018 09:19 AM
uda replied at 8-3-2018 10:11 PM
Dah try.
Tak sedaplah, biasa aje. Ayam dia sikit punya kecik dan tak cukup kuah(ayam masak merah) ...

alaa..... ye ke

ye ye ooo je tokeynya promote. org pun ramai puji2

pastu selalu tunjuk depa bersedekah nasi beriyani tu

Quote krustykrab 9-3-2018 10:46 AM
AmandaRollins replied at 8-3-2018 11:16 PM
Org melaka mmg suka beratur ek???
Dari coconut shake,kuih keria ,now nasi beriani plak

rasanya yg gila beratur tu bukan org melaka, org luar yg kempunan like kat socmedia...konon nak jadi antara yg terawal la yg makan/minum kat satu2 tmpt tu..

Quote drivethru 9-3-2018 06:46 PM
Nasi beriani airasia yg paling sedap di dunia.
Quote zafira 12-3-2018 05:11 PM
gam_gajah replied at 8-3-2018 04:26 PM
Nasi Beriani Hj Tamby kat Melaka katanya sedap sgt

ada yg pernah try tak

Dah try... sedap tapi kalau makan kali ke 2 biasa2 aje... kat jasin pun ada kedai nasi beriani baru buka... lupa nama dia kat tepi jalan on the d way to mydin hypermart... boleh tahan lah juga... opening time dia sempoi.. dia kata buka kul 11.00 pagi & tutup bila makanan habis... aku pi kul 2 ptg tinggal beriani ayam jer... lain sumer abis...

Yang nasi beriani roket ni ada kuar kat JJCM hari tu kalo tak silap aku... memang ramai giler orang... sedaplah kot...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057555 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top