CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Acik Kepam Tak Payah Sorok Duit Dalam Coli Lagi Dah Dengan Bra 2-in-1 Ini!

8-3-2018 05:05 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 4324| Komen: 15|Original author: Oleh: Ain

Description: Hai, ladies! Mereka yang berkerjaya pasti memiliki koleksi beg tangan pelbagai jenama dan reka bentuk, kan?
Hai, ladies! Mereka yang berkerjaya pasti memiliki koleksi beg tangan pelbagai jenama dan reka bentuk, kan?

Atau mungkin, ada juga di kalangan anda yang suka 'memburu' beg tangan unik dan boleh diguna pakai bila-bila sahaja tanpa mengira tempat dan peristiwa. Tapi, pernah tak anda terfikir bra, coli atau baju dalam boleh dijadikan sebagai beg tangan?

Memetik Teen Vogue, beg tangan coli 'Leather Bra Bag' dari jenama terkenal Helmut Lang kini sedang hangat di pasaran pada harga ASD 635 (RM2,500).


Foto: Elite Daily

Sekali tengok, pasti keliru! Mana taknya, beg kulit ini juga berfungsi sebagai coli. Wah, macam tak percaya!

Unik dan tak seperti beg tangan lain, bentuk beg ini direka persis sepasang coli dengan dua cup yang berfungsi sebagai kantung untuk mengisi barang-barang.

Selain itu. ia dilengkapi tali pemegang yang boleh diselaraskan kepanjangannya juga berfungsi sebagai 'tali bra'.



Foto: HYPEBAE

Beberapa zip serta kancing disediakan di seluruh beg yang membolehkan ia berfungsi sebagai beg mahupun coli.

Beg ini muncul buat pertama kali ketika Helmut Lang memperagakan koleksinya di pertunjukan fesyen Ready-to Wear (RTW) bagi Musim Bunga/Musim Panas 2018.


Foto: Elite Daily

Kalau orang dulu-dulu menyimpan wang atau barang berharga seperti kunci di dalam coli mereka, kini pengasas fesyen mengangkatnya sebagai terjemahan fesyen. Maka, terhasillah bra dua dalam satu ini!

Kalau dikelek coli ini di hadapan khalayak, pasti orang ramai akan menoleh dua atau tiga kali kerana ingin memastikan apa yang mereka lihat.


Foto: BolteRaho

Ada yang nak cuba coli dua dalam satu ini tak? Tetapi, ia tak dijamin selesa jika dipakai sebagai coli. Tambahan pula, seperti tak masuk akal harga bagi sepasang coli mencecah hampir RM3,000! - CARI
15

Bagus
30

Marah
16

Terkejut
7

Sedih
25

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 8-3-2018 05:14 PM
aikk.. reporter panggil acik kepam pulak??
Quote M.Rose 8-3-2018 05:15 PM
Tk cantik mna pun design
Quote Artemesiaa 8-3-2018 06:07 PM
Kowser nak guna
Quote estrelle 8-3-2018 06:13 PM
Woww.menarikk.mmg sesuai dengan iols yang selalu jd bendahari ni.pegang duit orang.
Quote multinicky 8-3-2018 06:33 PM
friedfishsoup replied at 8-3-2018 05:14 PM
aikk.. reporter panggil acik kepam pulak??

tu la..meols pon terkejut bukak benang ni..igtkn forumer yg bukak thread
Quote friedfishsoup 8-3-2018 07:22 PM
multinicky replied at 8-3-2018 06:33 PM
tu la..meols pon terkejut bukak benang ni..igtkn forumer yg bukak thread

Kann.. nie mesti reporter ni forumer acik bawang kat sini
Quote sarung 8-3-2018 07:35 PM
Artemesiaa: Kowser nak guna

Orang malu lah nak pakai
Quote moonbug 8-3-2018 08:31 PM
Woww leather bra
Quote munchkin 8-3-2018 08:36 PM
sapo nak pakai
Quote swimswim 8-3-2018 10:47 PM
Homaiiiggaawwddddd
Quote swimswim 8-3-2018 11:28 PM
Zizikirana mgkn interested sbb x nmpk payudara sgt
Quote kamilaa 9-3-2018 01:05 AM
Malu kot nak pakai bra loyot mcm tuh {:cryrun
Quote CiliPadiSedap 9-3-2018 01:23 AM
Sis vokuru dh restock untuk musim panas sejuk bunga luruh hujan kemarau. Jgn pelik kalau nampak perempuan pakai handbag je lepas ni{:run
Quote lumie 9-3-2018 08:01 AM
kamilaa replied at 9-3-2018 01:05 AM
Malu kot nak pakai bra loyot mcm tuh {:cryrun

Hahahahahaaaaaaaa
Quote kuihbakar 9-3-2018 08:27 AM
Haukkk sangat kalau aku pakai ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.046822 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top