CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hanya Orang Yang Rajin Mampu Buat 'Beef Bacon' Ini. Memang Renyah Tapi Hasilnya Meletup!

12-3-2018 12:19 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8315| Komen: 13|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Ramai yang terkeliru dengan istilah bahasa Inggeris iaitu Bacon dan Ham. Ada yang mengatakan ia adalah kaedah masakan dan ada pula yang menyebut nama itu khas untuk daging khinzir semata-mata.Malahan ...
Ramai yang terkeliru dengan istilah bahasa Inggeris iaitu Bacon dan Ham. Ada yang mengatakan ia adalah kaedah masakan dan ada pula yang menyebut nama itu khas untuk daging khinzir semata-mata.

Malahan di hotel Malaysia sendiri, banyak yang menggunakan istilah ‘beef bacon’ dan ‘chicken ham’ untuk ditunjukkan proses ‘halalnya’.

Perdebatan ini tidak menghalang netizen yang tinggal di Namibia ini, Ida Alina Salleh membuat projek ‘beef bacon’ bagi menikmati keenakan daging halal yang diasapkan.

Jadi, jika anda teringin dan rajin untuk membuat sendiri daging yang sangat sedap ini, bolehlah mencubanya dengan langkah demi langkah di bawah.

1) Sebaik-baik bahagian untuk membuat beef bacon ialah bahagian dekat pusat / navel lembu. Ia dipanggil “plate”. Jika tak dapat plate, boleh beli bahagian sebelahnya, “brisket”.


2) Sediakan bahan 'dry rub' iaitu 3 sudu besar garam kasar (laut lagi baik), 1/3 cawan gula pasir, 2 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar) dan 2 sudu kecil paprika


3) Sapukan dan urutkan daging dengan campuran 'dry rub'

4) Masukkan daging ke dalam plastik dan tutup rapat. Pastikan air daging tidak keluar dari plastik. (Letak di bahagian 'chiller' bukannya freezer / pembeku). Perap sekurang-kurangnya 5 hari. Setiap hari keluarkan dan urut daging (dari luar plastik sahaja) untuk pastikan rempah menyerap. Daging akan keluarkan air dan tekstur daging akan mengeras sedikit.

5) Pada hari ke 6, keluarkan daging, basuh bersih dengan air sahaja. Tidak apa jika ada sedikit rempah yang melekat pada daging. Lap hingga kering

6) Biarkan daging terdedah, masukkan kembali ke dalam peti sejuk untuk dikeringkan lagi semalaman.
 Keesokannya, keluarkan daging dan biarkan ia berada pada suhu bilik ( letak dalam oven yang dimatikan sebab tidak mahu dihurung lalat)

7) Sementara itu, siapkan bahan untuk mengasap. Saya gunakan 3 sudu besar beras, 2 sudu besar gula perang, satu sudu besar teh boh. Semua bahan ini akan di panaskan hingga ia terbakar dan mengeluarkan asap. Asap ini yang akan memberikan “beef bacon” itu rasa yang unik
 
8) Inilah rupa pengasap atau 'smoker' yang khas untuk mengasap. Warna ungu itu ialah 'methylated spirit' yang digunakan sebagai bahan api. Jika tiada 'smoker', boleh guna kuali untuk mengasap daging dengan cara letakkan bahan asapan (beras dll) pada dasar kuali. Kemudian letakkan daging atas rak berjaring. Tutup kuali rapat-rapat lalu nyalakan api. Gula dan beras akan terbakar dan mengeluarkan asap. Asapkan selama sejam.


9) Inilah rupa daging setelah diasapkan

10) Sejukkan daging dan hiris nipis-nipis. Inilah rupanya dari daging lembu seberat 1.5kg. Boleh digunakan sebagai 'breakfast beef' atau di dalam sandwich, salad dan pasta carbonara.

Jadi, bagaimana? Anda rajin untuk membuatnya? Jika rajin, tahniah dan jangan sedih jika belum 'rajin' lagi. Buat sahaja daging salai macam biasa, sedap juga. - CARI 

Kredit : Ida Alina Salleh menerusi Masak Apa Hari Ini (MAHN)
7

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote finn 12-3-2018 12:36 PM
Naik bulu tengkuk tgk gmbar beras2 tu...
Quote awekjepun 12-3-2018 12:54 PM
Bacon tu istilah utk daging babi..mana blh guna utk daging lembu istilah tu.  Sila rujuk kamus.huhu
Quote saviour_09 12-3-2018 01:47 PM
beef jerky?
Quote myakayina 12-3-2018 01:51 PM
renyah nya nak buat..akak mmg malas la senang citer..
Quote shernazz 12-3-2018 01:52 PM
Iols suka makan.beef strips dgn.carbonara
Sedap nyaaaaaa
Petang ni nak.gi la makan ..yum.yum
Quote zetty1978 12-3-2018 02:11 PM
Akak yg dok Namibia ni mmg rajin memasak .. selain buat daging salai ni dia penah gak share buat mozarella cheese ngn kfc full set gitu .. kalau aku benda leceh2 ni xde mmg xde la rajin aku nk buat sendiri {:run
Quote syue86 12-3-2018 02:40 PM
finn replied at 12-3-2018 12:36 PM
Naik bulu tengkuk tgk gmbar beras2 tu...

kenapa naik bulu roma?
Quote gummygummy 12-3-2018 03:00 PM
beef strips? better kot
Quote finn 12-3-2018 05:33 PM
syue86 replied at 12-3-2018 02:40 PM
kenapa naik bulu roma?

Geli tengok..meremang. mcm ulat2..tersembul kluar... erghh
Sorry...meols trlampau berimaginasi..
Quote chicozinn 26-3-2018 12:32 PM
daging salai je sudah..beef bacon lah sangat..
Quote anno_miss 8-5-2018 02:12 PM
Sedapnyeee. Tapi renyah cara bnyk steps. Huhu
Quote jpbstarlife 8-5-2018 03:10 PM
nak baut kemain renyah lagi nengok.. tapi nak ngappppp alahaiiii kejap je settle..
Quote sapasapa 14-5-2021 05:44 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.101409 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top