CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Surat Dalam Botol 'Tertua' Di Dunia Dijumpai, 132 Tahun Kemudian Di Australia

20-3-2018 04:46 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3244| Komen: 4|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Umpama cerita klasik – pelayar atau individu menghanyutkan botol yang didalamnya berisi surat bertulis tangan dengan harapan ia menjadi catatan sejarah satu hari nanti.Ironinya, Mac 2018 mencatat sej ...


Umpama cerita klasik – pelayar atau individu menghanyutkan  botol yang di dalamnya berisi surat bertulis tangan dengan harapan ia menjadi catatan sejarah satu hari nanti.

Ironinya, Mac 2018 mencatat sejarah dengan penemuan sebiji botol di pesisir pantai Australia oleh warganya, Tonya Illam (yang sedang menyusuri pantai di Utara Perth) bersama keluarganya.


Illman mengeringkan botol tersebut lalu membuka surat tersebut yang ditulis dalam bahasa Jerman. Surat bertarikh 12 Jun 1886 dengan nama lokasinya ialah ‘Kapal Paula’.

Menurut laporan Reuters, surat di dalam botol itu dipercayai berusia 132 tahun!

Wow! Betapa luasnya samudera lautan yang boleh menghanyutkan sebiji botol lalu mencatit sejarah.

Setakat ini para peneliti menyatakan botol tersebut dibuang oleh pelaut Jerman yang sedang melintas di Samudera Hindia.
Dalam catatan rekor Guinness World Record, surat dalam botol tertua di dunia yang terakhir kali dijumpai adalah berusia 108 tahun.



Foto Carian internet


Pihak Muzium Maritim Fremantle dengan kerjasama Pertubuhan Arkeologi Australia menghubungi Pertubuhan Maritim Jerman untuk memastikan isi surat tersebut sama dengan tarikh pelayaran Kapal Paula.

Akhirnya mereka membuat kesimpulan bahawa penulis sedang berlayar dari Cardiff menuju Makassar untuk berdagang.

Maritim Jerman menyatakan bahawa surat tersebut adalah barang antik dan kini ia dipamerkan di Muzium Maritim Fremantle selama 2 tahun.

Cuma nak pesan, kalau ada nampak botol kat pesisir pantai Malaysia pula, seeloknya tanyalah orang yang lebih arif sebelum membukanya. Bimbanglah pula kalau ada pesan yang tidak elok pula nanti. - CARI 

13

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 20-3-2018 05:32 PM
Siapa sangka akhirnya ada yang jumpa
Quote Themilo 21-3-2018 08:14 AM
keh keh keh.. kalau jumpa botol hanyut kat Malaysia, jangan la gatal nak bukak ye.. terkeluar semua jin toyol hantu raya kang..
Quote nishikido 21-3-2018 10:42 AM
Kalau pantai di Mesia xyah la gatal tangan nak bukak...takut2 bila bukak dapat peliharaan baru, kakak pon dengan abang raya
Quote saviour_09 21-3-2018 11:06 AM
botol kat sini kalo bukak cari penyakit la sis
ramai sgt kaki2 tahyul buang hantu momok la bagai
ko bukak ko la jadi tuan baru

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.091823 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top