CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pernah Makan Anak Ikan Haruan Goreng? Resipi Ringkas Tapi Rare Orang Dulu..

19-3-2018 02:49 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8089| Komen: 5|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: ‘Seperti haruan makan anak’Peribahasa yang berbisa namun kali ini bukan itu yang mahu diutarakan. Ia lebih kepada anak haruan yang menjadi menu sangat sedap bagi sesiapa yang pernah membesar di kamp ...
‘Seperti haruan makan anak’

Peribahasa yang berbisa namun kali ini bukan itu yang mahu diutarakan. Ia lebih kepada anak haruan yang menjadi menu sangat sedap bagi sesiapa yang pernah membesar di kampong.

Budak-budak yang membesar di bendang atau sawah padi pasti mengingati nostalgia menangguk di air keruh lalu mendapat anak ikan haruan. 



Ia yang berlaku kepada netizen Norahalina Lina yang berkongsi pelbagai resipi ringkas anak haruan.

Bak katanya “Teringat dulu masa kecil-kecil, mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menanguk anak ikan haruan ni. 


Basuh bersih-bersih, letak garam dan kunyit, kemudian goreng dan makan dengan nasi panas-panas, sedap.”


Rasanya?
Tidak seperti ikan bilis, ada yang berkata rasanya anak ikan haruan lagi sedap bak kata sesetengah netizen.

Setelah perkongsian itu, ramai juga netizen yang turut berkongsi resipi lain ketika zaman dahulu. 


Antaranya ialah goreng letak cili api dan bawang, buat pais, bungkus dalam daun pisang dan bakar, gaul garam dan kunyit serta balut dalam daun kunyit, tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia, dibuat cekodok dan padankan dengan kopi, masukkan serbuk kari baru digoreng dan lain-lain resipi.

Foto: http://zulfadreamland.blogspot.my
Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi kegunaan lain anak ikan haruan iaitu peram dengan asam keping dan garam untuk  dijadikan umpan memancing ikan puyu di bendang.

Ah! Seronoknya mengenang kisah masa kecil kan? Anda yang tersenyum membaca artikel ini antara yang bertuah kerana generasi sekarang belum tentu mengenali ikan darat seperti haruan dan puyu ini. - CARI 

Kredit : Norahalina Lina menerusi MAHN
15

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 19-3-2018 03:23 PM
geli kaka nak makan ikan parit   sbb terbayang parit $*%&%@Q($#Q)_#Q%*Q#) ( bukan tampar polisi ye)
Quote Anna_Chasez 19-3-2018 03:51 PM
Errr tak reti nk mkn ikan haruan
Quote umbut 19-3-2018 04:36 PM
Geli ler tgk yg kecik2 tu
Quote azie5zoe 20-3-2018 08:55 AM
haruan makan anak...kita pun makan anak haruan...hish..tak sanggup lagi lah..
Quote kucing02 28-11-2018 12:58 PM
x sanggup nk mkn

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.045535 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top