CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Koleksi Sambal Kita Yang Meletup Dalam Mulut, Merecik Peluh Jantan!

20-3-2018 10:58 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 6064| Komen: 12|Original author: Oleh: Suzy

Description: Makan nasi putih panas-panas dengan sambal belacan barulah ada ummmppph! Bukan sembarangan orang boleh buat sambal belacan yang bikin orang tambah nasi berpinggan-pinggan. Kalau tidak menggunakan suka ...


Makan nasi putih panas-panas dengan sambal belacan barulah ada ummmppph! Bukan sembarangan orang boleh buat sambal belacan yang bikin orang tambah nasi berpinggan-pinggan. Kalau tidak menggunakan sukatan yang tepat dan belacan yang segar, rasa sambal belacan jadi tidak enak.

Bukan sahaja menu wajib nasi putih tetapi bila digandingkan dengan nasi goreng, masakan gulai, tom yam dan sup lagi bertambah meriah! Ada pula ulam-ulaman atau sayur rebus, masyaAllah ibu mertua lalu belakang pun tak perasan. Kalau tak suka belacan, banyak lagi sambal lain tak menggunakan belacan yang memang meletup dalam mulut!

Jadi, lupakan menu sihat dan diet anda buat sementara waktu, jom cuba beraneka resipi sambal ini.



Sambal tempoyak
Bahan-bahan diperlukan:

6 biji cili padi
1-2 biji cili merah jika perlu
Segengam ikan bilis jika suka
3 sudu tempoyak

Cara-cara membuatnya:

Tumbuk cili padi sehingga lumat. Kemudian, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sehingga lumat. Tambahkan tempoyak dan gaul sehingga sebati, jikalau tempoyak masam tambahkan secubit gula.

Kredit resipi: website ramenpedas


Foto: pamapedia

Sambal belacan cuka
Bahan-bahan diperlukan:

10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 sudu besar perahan air asam jawa
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka - supaya sambal belacan tahan lama
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:
Satukan semua bahan dan tumbuk lumat. Boleh gantikan cuka dengan perahan air asam atau air asam jawa serta dibancuh cair untuk dijadikan air asam.

Kredit resipi: website pamapedia 


Foto: sedaptube

Sambal Hitam Pahang
Bahan-bahan diperlukan:

10 biji belimbing buluh
1/2 cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yang siap dibersihkan serta dibelah
6 biji bawang merah ditumbuk
5 sudu besar kicap
1 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1.Cuci belimbing hingga bersih, masukan ke dalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api kecil. 
2.Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit. Rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap kecoklatan.
3.Tumbuk cili padi bersama bawang merah sehingga lumat. 
4.Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
5.Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan semua bahan-bahan tumbuk dan tumis sehingga bahan menjadi kering dan garing.
6.Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. 
7.Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan toskan minyak. 
8.Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Kredit resipi: website mariafirdz


Foto: google imej
Sambal gesek/toktok
Bahan diperlukan:

20 biji cili api
1 biji bawang besar dipotong kecil supaya senang nak ditumbuk
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis, dibasuh dan toskan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan minyak

Cara-cara membuatnya:

1.Tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat.
2.Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur. Ketepikan.
3.Tumbuk kasar ikan bilis.
4.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili padi dan bawang yang telah di tumbuk tadi.
5.Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing.

Kredit resipi: website pamapedia


Foto: azirahman

Sambal macang

Bahan-bahan diperlukan:

1 biji buah machang/kuinin sederhana besar (buah biar dah masak tapi bukan yang dah lembik)
2 biji cili merah
3-4 biji cili padi (pada yang nak lebih pedas)
Sedikit belacan (kalau rajin boleh bakar)
Sedikit air asam jawa pekat 
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

Tumbuk cili merah dan cili padi hingga lumat. Masukkan belacan, garam dan air asam jawa. Akhir sekali, hiriskan isi buah machang/kuinin dan tumbuk sedikit dengan sambal tadi. Tujuannya nak bagi sambal dan buah bercampur elok. 

Kredit resipi: website azirahman


Memang berdesing telinga makan nasi panas digandingkan bersama sambal berikut! Sambal mana kegemaran anda? - CARI
13

Bagus
23

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irwansuhadi 20-3-2018 12:13 PM
WOW, TERUS LAPAR!!!
Quote myakayina 20-3-2018 12:42 PM
sambal gesek tu mmg wajib buat klu weekend..
Quote meisapoya 20-3-2018 01:00 PM
Heheh sambal hitam tu kena reneh at least 8 jam yach. Biasa org pakai kayu api n tin makanan utk rebus. Klu pakai periuk dapur, habis la berlubang jawab nye.... tapi step seterusnya tu senang ja... dan sedap omai omaiiiiii
Quote msdummy.2018 20-3-2018 01:20 PM
omgggg.....terliurrrr
Quote jazaa100 20-3-2018 03:04 PM
meisapoya replied at 20-3-2018 01:00 PM
Heheh sambal hitam tu kena reneh at least 8 jam yach. Biasa org pakai kayu api n tin makanan utk reb ...

Kat fb ada yg pakai piyuk noxxa....cepat je
Quote myakayina 20-3-2018 03:52 PM
jazaa100 replied at 20-3-2018 03:04 PM
Kat fb ada yg pakai piyuk noxxa....cepat je

kann..tapi nangis pulak tengok rege periuk tu sis..
Quote meisapoya 20-3-2018 04:06 PM
jazaa100 replied at 20-3-2018 03:04 PM
Kat fb ada yg pakai piyuk noxxa....cepat je

Piyuk noxxa tu semua cepat heheh. Harga wowou
Quote jazaa100 20-3-2018 05:06 PM
meisapoya replied at 20-3-2018 04:06 PM
Piyuk noxxa tu semua cepat heheh. Harga wowou

Ala...beli je pressure cooker lain dik...philips ke...lebih kurang je...
Quote meisapoya 20-3-2018 05:29 PM
jazaa100 replied at 20-3-2018 05:06 PM
Ala...beli je pressure cooker lain dik...philips ke...lebih kurang je...

Heheh ok kaka. Nnt boleh try buat sendiri. Biase tumpang ngecek yg acik2 rebus je.
Quote Afifi82 21-5-2018 04:13 PM
Sedapnyala sambal....
Quote Amalinarazi 22-5-2018 12:43 PM
Bolehh try . Thanks tt
Quote Chimicuri 18-3-2021 11:26 PM
Ni nak pin.. mmg tercari cari.. tq share resepi

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.140554 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top