CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cepat Periksa Sama Ada Anda Mempunyai Tanda Berikut! Bahaya Kalau Dibiarkan

20-3-2018 11:21 AM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 3246| Komen: 3|Original author: Oleh: Has

Description: Ramai yang tidak memyedari akan tanda penyakit buah pinggang dan memandang ringan terhadapnya. Apabila sudah parah, barulah nak pergi periksa.
Ramai yang tidak memyedari akan tanda penyakit buah pinggang dan memandang ringan terhadapnya. Apabila sudah parah, barulah nak pergi periksa. 

Penulis faham, mereka yang berkerjaya sibuk dengan urusan masing-masing, tetapi kesihatan juga penting. Anda sepatutnya menjalani ujian pemeriksaan kesihatan secara rutin bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan tip-top.

Mari periksa sama ada tanda-tanda dipetik dari Vemale.com ini ada pada anda?


1) Ruam dan gatal

Foto: Ahlinyagatal.com


Buah pinggang adalah salah satu organ yang menapis segala bahan buangan dan juga menjaga sistem peredaran darah bagi melengkapi keseimbangan nutrisi serta mineral pada tubuh. Tetapi, jika fungsi buah pinggang terganggu, pasti keseimbangan badan akan turut bermasalah. Akibatnya, muncullah masalah kulit seperti ruam dan gatal.


2) Deria rasa terganggu

Foto: Hellosehat.com

Apabila anda makan, anda dapati sesuatu berlainan dengan deria rasa, kadang-kadang bila minum tekak terasa kelat dan pahit. Malah, nafas juga berbau. Maka, segeralah membuat pemeriksaan doktor ya!


3) Mual atau muntah

Foto: :Lifestyle.okezone.com

Apabila buah pinggang tidak dapat menapis bahan yang tidak diperlukan tubuh dan terus berada di dalamnya, ini akan mengakibatkan anda merasa mual dan boleh menyebabkan muntah-muntah. 

Anda juga akan kurang berselera untuk makan, sekali gus menyebabkan penurunan berat badan yang tidak normal. 


4) Kerap buang air kecil

Foto: Dietdietsihat.com

Kekerapan membuang air kecil juga akan bertambah dan pastinya akan mengganggu tidur malam anda. Ada juga yang merasakan seperti ingin membuang air kecil, tetapi bila masuk bilik air 'dia tak nak keluar pula'. Ada juga mengatakan jumlah air yang dibuang itu lebih banyak daripada biasa.


5) Perubahan air kencing

Foto: Siraplimau.com

Bagi yang menghidap penyakit ini, anda akan mendapati air kencing bertukar warna seperti bercampur dengan darah dan dalam keadaan berbuih. 


6) Kaki bengkak

Foto: Tips-sehat-keluarga-bunda.blogspot.my

Apabila buah pinggang tidak dapat menjalani fungsinya dengan baik, maka kesan lain yang akan dihadapi termasuklah pembekakan pada kaki, tangan dan wajah anda.


7) Mudah kelesuan

Foto: Kebahagiaan2u.ne

Anda juga akan mudah letih. Bukan itu sahaja, anda juga akan merasa seperti selalu berada dalam keadaan sejuk, pening kepala dan juga seperti pendek nafas.


Macam mana? Anda ada mengalami tanda-tanda seperti diatas? Sebaiknya, selalulah membuat pemeriksaan kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik. - CARI
16

Bagus
18

Marah
16

Terkejut
27

Sedih
15

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 20-3-2018 12:19 PM
tanda2 nir mmbuatkan iols jd rsau.. {:yameteh
Quote Artemesiaa 20-3-2018 12:26 PM
Sebab tu kena selalu pantau apa2 perubahan pada badan lebih cepat tahu lebih cepat pulih
Quote emelia1509 21-3-2018 02:20 AM
seramnye la..

lately rasa lesu je..mual2 pun ada

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.243169 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top