CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Ini Jatuh Lumpuh Selepas Duduk Terlalu Lama Dalam Tandas. Watch Out!

20-3-2018 11:55 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 4236| Komen: 8|Original author: Oleh: Amiey

Description: Ada tak rakan-rakan atau keluarga yang gemar membawa telefon bimbit atau bahan bacaan ke dalam tandas setiap kali nak buang air? Lepas tu duduk lama dalam tandas sampai orang lain ketuk pintu baru nak ...
Ada tak rakan-rakan atau keluarga yang gemar membawa telefon bimbit atau bahan bacaan ke dalam tandas setiap kali nak buang air? Lepas tu duduk lama dalam tandas sampai orang lain ketuk pintu baru nak keluar?



Walaupun tandas bukanlah tempat yang menyenangkan, tetapi ada yang gemar duduk lama di dalam tandas mungkin kerana mahu mencari ilham? 

Ketahuilah bahawa ianya sebenarnya merupakan 'habit' atau tabiat yang boleh mendatangkan bahaya dari segi kesihatan? Kedengaran mengarut bukan?

Kita mungkin tak sedar yang terdapat banyak bakteria di dalam tandas terutama sekali sekiranya berada di tandas awam walaupun tandas itu kelihatan bersih.  

Bakteria memenuhi ruangan tandas walaupun ianya kelihatan bersih! (Foto: Carian Google)
Membawa telefon bimbit, buku dan sebagainya boleh mendedahkan kita kepada masalah kesihatan melalui bakteria yang terdapat di dalam tandas terutama sekali sekiranya anda memegang barang-barang tersebut tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. 

Selain itu, potensi untuk kita duduk terlalu lama di dalam tandas adalah tinggi apabila kita membawa telefon bimbit dan bahan bacaan semasa membuang air. Ini sekaligus mendedahkan kita kepada bahaya mengalami kekejangan dan yang paling menakutkan boleh menyebabkan lumpuh!

Memetik laporan Kisah Dunia, seorang lelaki sihat dari daerah Chongqing China tiba-tiba mengalami lumpuh selepas duduk terlalu lama di dalam tandas. 

Lelaki tersebut dikatakan masuk ke dalam tandas untuk membuang air besar dan turut membawa telefon bimbitnya bersama bagi mengisi masa semasa membuang air. 

Bagaimanapun, ahli keluarganya yang pelik kerana mangsa terlalu lama di dalam tandas cuba memanggilnya sebelum memecah masuk ke dalam tandas dan menemui mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dalam tandas tersebut.
 
Sekadar Hiasan. Foto: Carian Google
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan disahkan mengalami lumpuh. Menurut doktor yang merawatnya, ianya berpunca daripada duduk terlalu lama di ruangan yang sempit dan pengudaraan yang minima sehingga menjejaskan pengaliran darah dalam badannya. 

Tambah doktor tersebut lagi, ianya semakin teruk apabila mangsa berdiri secara mengejut selepas duduk dalam waktu yang lama. Ini telah menyebabkan otaknya kurang oksigen secara mendadak, yang mengakibatkan kecederaan otak yang dipanggil sebagai Cerebral Hypoxia. 
Apabila otak kekurangan oksigen, ianya akan menyebabkan cerebral hypoxia. (Foto: Carian google)
Selain itu, mangsa juga dikatakan jarang bersenam dan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kejadian yang menimpa mangsa tiga tahun yang lepas. 

Bagi mereka yang mempunyai habit ini, cepat-cepatlah ubah sebelum terlambat ye! -CARI
26

Bagus
7

Marah
17

Terkejut
24

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SLAManya 20-3-2018 12:06 PM
kalau mati terus takpelah idaklah menyusahkan mana-mana pihak nak jaga bila lumpuh
kalau dah kemaruk hp sampai bawa ke lubang jamban kan....
Quote aleesyasofia 20-3-2018 12:13 PM
iols pelik dgn org yg boleh dok lama2 dlm tndas..
Quote aleesyasofia 20-3-2018 12:13 PM
iols pelik dgn org yg boleh dok lama2 dlm tndas..
Quote Artemesiaa 20-3-2018 12:17 PM
Kan dah banyak kali diperkatakan apa2 saja yang berlebihan pasti akan memudaratkan
Quote grizz 20-3-2018 12:24 PM
kne brainwash laki iolls cmni..
Quote putput 21-3-2018 12:21 PM
ni lawak. apa kaitan bakteria dengan duduk lama2 dalam oksigen kurang hehehehehe
Quote anno_miss 8-5-2018 12:36 AM
Kesiannyer kt mamat ni..
Quote nishikido 8-5-2018 12:58 AM
Adik I and husband antara individu kena bawak handphone kalau nak memerut..tak faham iolls.kalau I memang tak laaa...silap2 handphone masuk toilet bowl

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.174767 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top