CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Bercuti Ala Kampung Di Keriang Hill Resort, Lokasi Wajib Kalau Ke Utara..

23-3-2018 05:06 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 12179| Komen: 14|Original author: Oleh: Suzy

Description: Seronoknya menikmati keunikan inapan ala kampung tetapi lengkap dengan kemudahan moden dan selesa. Tambahan pula, boleh menikmati kehijauan sawah padi serta merasai kedinginan berenang di sebalik batu ...

Sempena Road To Agro Tourism Siri ke 4 (Perlis-Kedah) yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia baru-baru ini, terdapat banyak lokasi menarik di utara Semenanjung yang wajib dikunjungi. Siri penjelajahan hasil kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tersebut telah membongkar sebuah resort percutian yang mampu membuatkan anda mengimbau keindahan kampung suatu ketika dahulu. 

Bayangkan betapa seronoknya menikmati keunikan inapan ala kampung yang lengkap dengan kemudahan moden dan selesa. Tambahan pula, boleh menikmati kehijauan sawah padi serta merasai kedinginan berenang di sebalik batu kapur serta merehatkan minda dengan keindahan alam semula jadi. Terasa bagaikan di syurga dunia.

Pondok tradisonal memberi suasana ala kampung

Keindahan suasana kampung ini dapat dinikmati kala menginap di Keriang Hill Resort.  Keriang Hill terletak di kaki Gunung Keriang, Kedah dengan topografi bukit batu kapur serta sawah padi terbentang luas. Ianya terletak 10 kilometer daripada bandar Alor Setar, Kedah yang terkenal dengan panggilan Jelapang Padi Malaysia.

Reka bentuk rumah tradisonal dengan sedikit sentuhan diraja
Resort ini mempunyai 15 pondok penginapan dengan pelbagai rekaan bersejarah berserta landskap dengan konsep rumah kampung terdahulu. Menariknya, ia adalah reka bentuk asal rumah tradisional yang terdapat di sekitar Kedah. Yang mana rumah ini dibina oleh tukang handal untuk memudahkan ianya diangkat dan dipindahkan. Rumah-rumah ini kemudiannya dibawa ke kaki bukit ini dan dibaiki untuk dijadikan pondok penginapan. 

Pondok Keluarga mampu memuatkan seramai 4 orang.
Keriang Hill merupakan satu lokasi ideal bagi mereka yang ingin merasai suasana kampung bertepatan dengan slogan resort ini iaitu “Back To Kampung Life”. Percutian idaman ini membawakan anda keluar dari kesibukan kota dan hanyut dalam keindahan pokok-pokok redup dan kesejukan angin dari sawah padi yang terbentang luas.

Pelbagai menu hasil tangan Chef Nazri
Selain memberikan memori istimewa kepada pengunjung yang menginap di Keriang Hill, santapan ala Puteri juga dapat dinikmati di restoran The Puteri terletak berdekatan resort. Restoran ini menawarkan pelbagai sajian daripada masakan tempatan hingga ke masakan barat. 

Dengan bertemankan ketenangan tasik, juadah yang dinikmati pasti menjanjikan kepuasan kepada para pelanggan.

Kedamaian turut dirasai apabila ruangan santai dibina jauh dari kesibukan kota.
Terdapat dua jenis bilik penginapan yang disediakan iaitu pondok pasangan dan keluarga. Perbezaan pondok ini adalah pondok pasangan dilengkapi sebuah katil King manakala pondok keluarga disertakan dua buah katil Queen. Harga bermula daripada RM200 -  RM300 (tidak termasuk GST). Antara kemudahan lain adalah dewan, bilik mesyuarat, dataran, gimnasium, kolam renang dan pentas utama. 

Menarik bukan? Siapa yang mahu merasai nostalgia berada di kampung, bolehlah ke sini. - CARI 

18

Bagus
20

Marah
17

Terkejut
16

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-3-2018 05:18 PM
Ni yang chef wan dok.promot tu
Mmg syiok tgk kalau mengikut.dlm.ig chef wan tu
Tapi..kg apak.iols.pon.kat kedah..alang alang balik.kampung saja laaa
Quote moonbug 23-3-2018 09:10 PM
Cantik. Short staycation sesuai ni
Quote bloodyamuk 25-3-2018 05:41 AM
wow macam best je kalau bawak atuk nenek cuti kat sini...
Quote ieda9729 25-3-2018 01:12 PM
cantik sangat ni
Quote yayangmama 26-3-2018 09:40 AM
mcm bes je...anak iols slalu teringin nk ada kg mcm ni...

huhuhh mama dia pon xmerasa ada kg yg bebetul kg
Quote Ambola 26-3-2018 12:02 PM
Wow mcm aman damai jer nmpak
Quote mizz_fatyn 26-3-2018 05:39 PM
uish kampung iols nih
Quote kucen_miang 27-3-2018 09:32 AM
kalu ada dusun buah2an lagi best ni
Quote annehuda 28-3-2018 03:03 PM
naikla keriang hill alang alang tu.

best jugak. takdela tinggi mana. leh nampak pemandangan smpi ke alor setar.
Quote ForrestBeebe 22-3-2019 03:49 AM
This is the great choice for everyone who is aware in this crucial topic. As for me, I'm a fan of educational blog http://educationalprocess.strikingly.com/ but the items like this are also so interesting for me.
Quote Kyra_Lydia 26-3-2019 10:11 AM
Bestnye.. nampak sgt mendamaikan
Quote korokure 31-3-2019 08:13 AM
best sini sbb rumah-rumah traditional, memang mengimbau kenangan lalu. tempat pun dekat sawah bendang.
Quote Indahrupawan 2-4-2019 10:36 PM
Cantik laa
Quote aizeck 8-4-2019 01:26 AM
kat sini kalau malam2 seriau tak?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056265 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top