CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Harga Pakej Berpantang Dato Siti RM8800 Buat Wanita Ini Sentap. Kenapa?

27-3-2018 11:39 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 20276| Komen: 127|Original author: Oleh: Whitney

Description: Zaman moden sekarang ini, tidak ramai yang mengambil berat tentang berpantang selepas bersalin. Lebih-lebih lagi, ada juga doktor perubatan yang tidak menggalakkan ibu selepas bersalin berpantang. Bag ...


Zaman moden sekarang ini, tidak ramai yang mengambil berat tentang berpantang selepas bersalin. Lebih-lebih lagi, ada juga doktor perubatan yang tidak menggalakkan ibu selepas bersalin berpantang. Bagaimana pun, ia tidaklah salah untuk dilakukan dan masih ada yang percaya kebaikan berpantang selepas bersalin dari sudut menjaga kesihatan badan, emosi dan kecantikan mengikut cara dan petua orang zaman dahulu.

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Dato Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang bayi perempuan setelah 11 tahun menanti kehadiran cahaya mata. Bagaimanapun, tular pula tentang harga perkhidmatan pakej berpantang bertaraf lima bintang bernilai RM8800 selama 44 hari.

Seorang pengguna facebook bernama Raja Izni Munirah Omar berkongsi pendapatnya mengenai pakej berpantang yang ditempah oleh Dato Siti Nurhaliza. 

Ramai yang terkejut dengan harga pakej berpantang tersebut yang dianggap mewah dan mahal sedangkan ramai dalam kalangan wanita sekarang yang berpantang di rumah ibu bapanya tetapi tidak menghargai penat lelah ibu bapa sendiri yang membantu dan  menjaga mereka ketika dalam pantang. 



Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat wanita ini. Jika tidak mampu membayar dengan wang ringgit, cukuplah dengan berterima kasih dan menghargai pertolongan serta kasih sayang ibu bapa yang banyak membantu ketika berpantang. 

Hakikatnya, ibu bapa tidak mengharapkan mereka dibayar dengan wang ringgit.


Jika perlu berpantang di rumah ibu bapa sekalipun, hulurkan wang ringgit untuk membeli keperluan berpantang. Jangan biarkan mereka menanggung semua perbelanjaan berpantang.


Tidak dinafikan, ada benarnya komen netizen ini. Mungkin ada ibu bapa yang berkecil hati jika anak-anak tidak mahu berpantang di rumah mereka. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tetap sama biarpun anak-anak sudah berkahwin. Mereka tidak sanggup melihat kesusahan anak-anak dan sanggup melakukan apa sahaja.


Walau bagaimanapun, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Ramai ibu bapa yang gembira menerima kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka dan sanggup menjaga anak dan cucu ketika berpantang. Sebagai anak, pandai-pandailah menghargai ibu bapa dengan apa cara sekalipun. Betul tak? - CARI 
4

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 27-3-2018 11:59 AM
Murah je bagi akak. Setimpal la rega dengan service. Sure mencanak naik bisnis ko lepas ni.
Quote haryatie 27-3-2018 12:08 PM
bertuah org berduit kan..
bertuah jugak org yg ada parents boleh gak menumpang kasih
yg x de ni....pndai2 la bwk diri..
Quote armin 27-3-2018 12:20 PM
chazey: Murah je bagi akak. Setimpal la rega dengan service. Sure mencanak naik bisnis ko lepas ni.

Meols pun rasa murah sbb baca kt lowyat forum deyols amik confinement ladybyr 6k utk 2minggu je. siapa siti amik ni? Ada sape2 tau yg lagi murah dr ni?
Quote DollahRepek 27-3-2018 12:24 PM
Betul jugak tu. Berpantang dekat rumah mak pastu segala2 mengharapkan mak. Bila suruh hulur duit dekat mak tau pulak berkira. Tu belum lagi suruh mak ayah jaga anak sampai malam siap dgn package dinner skali. Alasan tak percaya dekat org lain jaga padahal kedekut nak bayar lebih. Upload dekat FB & Insta acah2 alim & berlagak kaya.

Jadikan parents sebagai pekerja pulak kaedahnya. Kalau tau dah tak berduit sangat sila buat family planning. Dari kecik sampai dah beranak pinak masih nak menyusahkan parents. Bila ditegur tau pulak melenting salahkan ekonomi sendiri. Bongok punyer manusia
Quote insulin 27-3-2018 12:59 PM
Orang berduit. Segalanya boleh.
Quote teha86 27-3-2018 01:47 PM
haritu aku berbual ngn seorang kakak ni..dia cite la.. dari ko abiskan beribu2 bersalin kat sepital (yg bukan guna insurance)..baik ko simpan duit tu byr org jaga ko mase confinement...aku pun rase ade betulnya.. beranak sepital kerajaan bape je kena byr kan.. so duit yg lebih tu ..yg korang kumpul konon2 nak anak lahir kat private wat byr bidan jaga...
Quote idadzira 27-3-2018 02:35 PM
8800K for 44 days kira murah la tu
Quote Siputjelly 27-3-2018 02:38 PM
iols berpantang dulu rm3k+ utk 44hari. tu pun ada promo. mana ada murah dah skrg ni, ok lah tu. siap masak apa semua
Quote Siputjelly 27-3-2018 02:39 PM
armin: Meols pun rasa murah sbb baca kt lowyat forum deyols amik confinement ladybyr 6k utk 2minggu je. siapa siti amik ni? Ada sape2 tau yg lagi murah dr ni ...


iols ambil pantangplus.com. cuba uols tengok ada je yg murah dari siti tuu
Quote Jorja 27-3-2018 02:42 PM
Meskin tegar macamana pun bila dah brpantang kt rumah parents haruslah hulur duit juga. Tak malu ke dah ambil kputusan nak bunting n beranak pastu kata tak ada duit tak mampu.
Quote Minami2013 27-3-2018 02:51 PM
I baru miscarriage... masa tau pregnant tu dok usha gak pakej berpantang ni... for me berbaloi gak lah dgn servis yg depa provide... tak perlu dah menyusahkan parents...
Quote LostStar 27-3-2018 03:00 PM
tapi memang biasa la harga gini.. apa masalahnya.. aku pon mmg simpan 10k standby akan dtg utk beranak ni.. bagi aku murah la untuk siti yg kononya diva malaysia nih...sepatotnya untuk siti harga 80k baru la aku terkejot..
Quote chicozinn 27-3-2018 03:13 PM
gasak dia la duit dia..acik yg melahar ni tau la ko tu pprt memangler nampak membazir..tapi bagi dia rm8800 bese je lagipun 11 tahun menunggu anak sendiri..

#donemembawang
Quote armin 27-3-2018 03:44 PM
Siputjelly: iols berpantang dulu rm3k+ utk 44hari. tu pun ada promo. mana ada murah dah skrg ni, ok lah tu. siap masak apa semua
mana u jumpa? Ok tak yg tukang jaga tu? Blh share?
Quote armin 27-3-2018 03:46 PM
Siputjelly: iols ambil pantangplus.com. cuba uols tengok ada je yg murah dari siti tuu

Ada ya. Nanti blh tgk. Masa baca kt lowyat forum tu dorg ada cerita pengalaman jgk, ada confinement lady pantang mengarut2, ada yg murah tp bagus. Ada sampai stress sbb yg tukang jaga tu tak bg menyusu la apa la. So kena buat research betul2 kalau nk hire tu.
Quote rosasen 27-3-2018 04:09 PM
CTDK ni dpt sponsor kan....
Quote meah_kelabu 27-3-2018 04:35 PM
kawan iols baru je lepas berpantang dkt confinement home area jalan klang lame sana
so far xjumpe lg dia so xleh nk korek2 cmne service theyols
bole try tgk dkt website neh
http://www.momretreathome.com/
Quote mizzmimi 27-3-2018 05:20 PM
Alamak.. Ko compare tahap pprt kg.com dengan toksriti watpe..
Quote putriTS 27-3-2018 06:01 PM
8.8K utk 44 hari boleh dikatakan murah jugak...sbb ada my friend berpangtang kat confinement centre, x smpi sebulan pun dah belas ribu...sbb dia beranak time peak season gitu...dekat2 CNY. Urut2 pun takde.

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075293 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top