CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Homemade Sos Tomato Mudah Dan Sihat, Hanya Guna 3 Bahan Sahaja

29-3-2018 01:18 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 4144| Komen: 2|Original author: Oleh: Faizal

Description: Melihat tomato-tomato yang masak ranum dipasaraya sudah pasti membuat hati teruja untuk membeli. Mengamalkan pemakanan tomato dapat membekalkan anda khasiat yang sangat banyak. Kandungan vitamin antar ...
Melihat tomato-tomato yang masak ranum di pasaraya sudah pasti membuat hati teruja untuk membeli. Mengamalkan pemakanan tomato dapat membekalkan anda khasiat yang sangat banyak. 


Kandungan vitamin antaranya vitamin A, vitamin C dan acid folik yang baik membuatkan tomato menjadi sayuran pilihan bagi mereka yang menjaga kesihatan.


Foto: Google

Selain dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam masakan, ada juga yang menikmati tomato dalam bentuk pes atau sos. Banyak sebenarnya sos tomato yang dijual di pasaraya tempatan dan pelbagai jenama.

Sudah pasti sos tomato yang dijual dipasaraya tidaklah mengandungi khasiat terbaik jika dimakan begitu sahaja. Bahan-bahan kimia yang dicampur bagi menambah perasa dan bagi memastikan sos tahan lama ternyata mampu menghilangkan khasiat sebenar buah tomato itu.


Jadi, apa kata kita buat sos tomato sendiri di rumah. Selain mudah, ia juga dijamin berkhasiat kerana bebas dari sebarang pengawet tiruan dan bahan kimia yang lain. Kebersihan juga pasti terjamin. Jom ikuti resipi untuk buat sendiri sos tomato yang dikongsikan oleh Puan Sumaiyah Abdullah sebagai rujukan semua:

Resipi Sos Tomato Mudah 3 Bahan Sahaja

Bahan-bahan

5-6 biji tomato masak ranum
Gula 3 sudu besar
Cuka 3 sudu besar
* serbuk cili (optional kalau nak sedikit pedas) 
* secubit garam (optional)
*Kalau tomato 1kg, gula 1/2 cawan, cuka 1/2 cawan

Cara-cara membuatnya

1. Pilih tomato yang masak ranum. Kemudian rendamkan tomato tadi dalam periuk berisi air sehingga tenggelam.


2. Rebus tomato sehingga pecah kulit. Lebih kurang dalam 5 minit.


3. Keluarkan dari periuk dan kupas kulit tomato.


4. Kisar kesemua tomato menggunakan pengisar tanpa menggunakan air sehingga semua tomato hancur.



5. Tapiskan tomato yang telah dikisar dengan menggunakan penapis bagi mengasingkan biji tomato di dalam periuk. Masak sambil dikacau sehingga menjadi sedikit pekat.


6. Masukkan gula dan cuka. Pastikan sentiasa kacau untuk mengelakkan tomato anda berkerak dan hangit. 


7. Tomato sos anda sudah siap untuk digunakan.

Mudah kan? Selamat mencuba.! - CARI

30

Bagus
33

Marah
29

Terkejut
34

Sedih
41

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (191 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 29-3-2018 02:07 PM
brp lama tahan ni?
Quote myakayina 29-3-2018 02:16 PM
beza kaler dia dgn yg jual kat pasaran..tak merah sangat..no artificial colour and flavour..just home made..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.206978 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top