CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesian..Anak Umur 4 Tahun Tak Dihantar Sekolah Dikata Bodoh!

30-3-2018 12:31 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7743| Komen: 33|Original author: Oleh: Whitney

Description: Zaman sekarang, pendidikan anak-anak sangat penting. Tidak hairanlah, sejak kecil lagi anak-anak diajar dengan pelbagai kemahiran malah dihantar ke sekolah supaya cepat pandai dan menjadi anak yang bi ...


Zaman sekarang, pendidikan anak-anak sangat penting. Tidak hairanlah, sejak kecil lagi anak-anak diajar dengan pelbagai kemahiran malah dihantar ke sekolah supaya cepat pandai dan menjadi anak yang bijak. Tambahan pula, ibu bapa sekarang dilihat berlumba-lumba memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak agar anak mereka lebih menonjol berbanding kanak-kanak lain.

Bagaimana pun, perkara sebegitu dianggap melampau apabila ada netizen yang memperlekeh dan menganggap anak-anak yang tidak dihantar ke sekolah seawal umur 4 tahun adalah mereka yang bodoh dan ketinggalan. Seorang pengguna Facebook berkongsi kisah yang mana dia dihina oleh rakannya kerana masih menangguh untuk menghantar anaknya yang baru berumur 4 tahun belajar di sekolah. 



Ini adalah antara mesej perbualan wanita ini dengan rakannya menerusi aplikasi whatsapp. Katanya sekadar hendak menasihati, tetapi caranya dah macam memaksa dan menghina.


Agak-agaklah nak berbangga dengan anak sendiri pun, janganlah sampai membuat kesimpulan yang anak orang lain bodoh dan tiada masa depan sebab lambat bersekolah.



Apa lagi, memang kena kecam dengan netizenlah. Netizen berasa rakan wanita ini tidak patut menghinanya dengan perkataan bodoh, anak tiada masa depan, miskin, menganiaya anak sendiri dan ibu durjana! Bukan begitu cara yang baik untuk menggalakkan dia menghantar anaknya ke sekolah seawal usia 4 tahun.



Netizen juga berasa kagum dengan wanita ini kerana masih boleh bersabar dengan rakannya itu dan membalas mesej tersebut dengan cara yang rasional.

Macam-macam perangai orang zaman sekarang. Jika niat menghantar anak belajar di sekolah sejak kecil itu tidak ikhlas dan sekadar untuk menunjuk, begitulah jadinya. Apa-apa pun terpulanglah pada ibu bapa masing-masing untuk merancang masa depan anak-anak.

Tiada ibu bapa yang mahu melihat anaknya gagal dalam hidup tetapi mengharapkan kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat. - CARI 

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 30-3-2018 12:47 PM
Bila acik bawang berhujah macam tu ler rupanya.
Quote mrizumi 30-3-2018 01:01 PM
Mak aih..sedap nau mgata..
Jgn bongkak sgt..xtntu lg ank2 dia tu jd org besar2 nnti..
Quote gummiebear 30-3-2018 01:02 PM
Takde kawan macam ni pun takpe lah
Quote Sazida 30-3-2018 01:06 PM
Hang pon tulis mcm tak p sekolah dok kata kt anak org bodo tak p sekolah.., bebal punya makcik bawang. Kalau kena kt aku mmg kau kena hamun balik laa dgn aku. Xdenya aku nk bg muka org mcm gini.
Quote chazey 30-3-2018 01:32 PM
Ummah Utara? Akak tak heran. Tengok Yizreen sudah.
Quote chazey 30-3-2018 01:33 PM
Iblis mana ajar tino setan ni umo 2 tahun dah wajib sekolah? Euw. Misti budak kelas belakang ni.
Quote sufi^_^ 30-3-2018 01:38 PM
Bila makcik bawang tak sekolah nak sekolahkan orang
Bingit telinga membacanya, macam minah mami dalam video yang macam buntut ayam dulu, yang kecam orang lelaki tu.
Quote fliphair8 30-3-2018 01:41 PM
Ade gak orang camni yer.....sibuknyaa dia hal anak orang....acik bawang to the core ni? Mesti mulut senget sambil menaip and tarik2 tudung fareeda.....hehehhehe
Quote bungarose 30-3-2018 01:51 PM
Dah ada anak 7...lg nak menyebok anak org lain
Quote cassriena 30-3-2018 01:52 PM
amboi cam sesuka hati aje nak membahan org tuh. kuang ajaq
Quote chicozinn 30-3-2018 02:36 PM
kalu spesis mulut hansuang cam geng jering n garita memang perangai cm hanat. ni mulut wajibbbbb kne lumur ngn serbuk cili je nyah..tp ade je meollss jmpa org utagha mulut helok jah..
Quote kroit92 30-3-2018 02:39 PM
kurang ajar nya cakap

berlagak riak takbur semua ada , siap boleh cakap tak dapat anak lagi pasal Tuhan tak bagi,
wow, maximum punya berlagak sampai cara cakap dah macam Firaun

aku dulu tak tadika, tak mampu,
terus masuk sekolah darjah 1,
elok je belajar sampai universiti

kawan aku belajar takat SPM, Sijil,
tapi rezeki mereka luas, hidup lagi senang tau

Bodo keturunan? Ini dah masuk hina mak  bapak tok nenek bagai ni, melampau punya manusia takde adab.

Anak sorang dua ke, entah2 yang tu la elok, jaga mak bapak sampai tua, susah senang sama-sama, sihat sakit, yang akan mandikan jenazah mak ayah dia seeloknya macam mak ayah dia mandikan mereka masa kecik,
solatkan jenazah mak ayah, doakan mereka,
yang akan usung jenazah mak ayah macam mak ayah pimpin tangan mereka masa kecik,
yang akan angkat jenazah mak ayah dan baringkan di liang lahad, macam mak ayah tidurkan mereka masa kecik,
semua dengan penuh kasih sayang
kita bukan tau

kau anak 7 pun, tapi perangai macam ni
silap2 anak pun malu, benci mak ayah sendiri
tengok bila kau dah tua, sakit nanti 7 orang tu siapa yang nak jaga?
silap haribulan, baru demam dah suruh sign wasiat, berebut bahagi harta tanah

confirm ke 7 tu ada bila kau nazak nanti?
mandikan? solatkan? doakan?
reti ke?

aku pernah tengok, family anak 12, dia meninggal, orang kampung solat jenazah,
anak sorang pun takde kat situ solat sekali. 12 ORANG ANAK, SORANG PUN TAKDE
takut hantu alasan diorang. mak kau sendiri tu

ni kau anak 7 dah macam maksum je perangai budak2 tu
cakap tak pikir, geram aku
harap buku bertemu ruas orang2 macam ni
biar diorang tau langit tinggi ke rendah
Quote ladybugz 30-3-2018 02:56 PM
Nampak mcm makcik tu kurg bahagia ngn hidup dia. Sbb tu nasihat utk menyakiti hati bukan nk menyenangkan hati. Elokla doakan supaya die bahagia ngan hidupnya. Nampak sgt terseksa dgn diri.
Quote krustykrab 30-3-2018 02:57 PM
ingatkan pandai sgt, tulis pun mcm org tak sekolah

ada hati nk paksa org
Quote grizz 30-3-2018 03:14 PM
kompident anak berjaya pstu kaya nk jage die time tua..
silap2 anto umah org tua sbb mampu kn..
Quote palmolive 30-3-2018 03:42 PM
patut lepas jek potong tali pusat tu terus hantar sekolah...
stok2 makcik yg ada anak berderet dia rasa dia layak nasihat orang...apa yg dia apply kt anak dia patut di apply gak pada anak org lain
Quote realist_13 30-3-2018 04:07 PM
Sorry but not sorry, acik2 bawang keje gomen yg dh tahap bersara bkn ramai ke gini... sibuk up cite kejayaan anak memasing, nak tell the whole world kekdahnya dia pndai mendidik anak , pastu bg nasihat kat org lain cara mendidik anak yg trboek, pdhal nak menganjing je lebeyyyy.... yach
Quote Jorja 30-3-2018 04:22 PM
Trust me bila kita unfriend orang negatif..pasti dia akan teringat n sakit hati sampai bila bila
Quote BoongaKertas 30-3-2018 04:37 PM
bahasa dia kasar giler! bengong lah pompuan ni. melampau betul dia kutuk anak org lain. Dia taktau ke mak ayah yg ramai menghuni rumah org2 tua tu mostly ada anak lebih sorang? tu pun tetap hantar mak ayah masuk sana. dasar makcik bawang abadi! giler sedap mulut dia ngata org, omg! rasa nak humban dlm kolam buaya.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058034 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top