CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lepas Kena Kecam, Akhirnya Ukiran Skulptur Christian Ronaldo Menjadi 'Kacak'..

4-4-2018 12:12 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3291| Komen: 11|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Akhirnya ukiran skulptur kepala Christian Ronaldo menjadi - Pengukirnya juga beremosi!Setiap hasil seni ada jiwanya, barulah sebuah karya jadi lebih hebat, mempunyai makna sekaligus orang akan memuji ...



Setiap hasil seni ada jiwanya, barulah sebuah karya jadi lebih hebat, mempunyai makna sekaligus orang akan memuji serta mengagumi hasil karya tersebut.

Namun tidak semua orang mempunyai bakat hingga mendapat tempat dalam kalangan netizen.

Hal inilah yang berlaku kepada pengukir amatur, Emanuel Santos yang mengukir skulptur patung kepala Cristian Ronaldo setahun yang lalu. Hasil kerjanya dianggap buruk serta langsung tidak menyerupai bintang bola sepak Portugal itu.

Rupa Ronaldo yang diberi suntingan menyamai patung. Buruk kan?
Bertalu-talu dia menerima kritikan dan cacian di media sosial kerana hasil kerja yang tidak menjadi.

Namun, kini dia bangkit kembali dengan menghasilkan ukiran baharu– yang hasilnya lebih baik dari sebelumnya. Beruntungnya Santos kerana mendapat tajaan dari laman sesawang Bleacher Report untuk membuktikan kemampuannya.

Nampaknya, Santos agak beremosi ketika memberitahu bahawa ejekan tersebut membuatkan dirinya mengasingkan diri dan keluarganya juga malu.

Oleh sebab itulah, Santos berjaya menghasilkan ukiran kepala Ronaldo yang menampilkan ekspresi ’lebih serius’.

Langsung tidak sama!

“Saya mahu anak saya faham bahawa sekiranya dia benar-benar gembira melakukan sesuatu, dia tidak boleh ditewaskan dengan kritikan negatif,” katanya.

Dia yang juga peminat tegar Ronaldo mendakwa mempunyai hubungan baik dengan penggempur Real Madrid itu.

Biarpun dikritik teruk, tetapi tidak kurang yang memujinya termasuk Ronaldo sendiri.

Ukiran pertama Santos itu dipersembahkan pada Mac tahun lepas pada majlis menamakan lapangan terbang Madiera dengan nama Ronaldo sebagai wira tempatan pulau itu. Ia sebagai penghargaan kepada pemain bola itu yang berasal dari perkampungan kecil itu.

Yang ini kacak! . Semua foto: Carian internet
Pengukir amatur itu menjelaskan, penghasilan patung kepala itu ‘tidaklah semudah yang disangka’ dan ia satu kerja yang ‘berdasarkan rasanya’ ketika itu.

Ukiran kepala asal  memakan masa 15 hari untuk disiapkan dan ia akan kekal dipamerkan di luar pintu masuk terminal itu.

Pengajarannya yang boleh diambil iktibar ialah jadikan kritikan teruk dalam apa sahaja perkara untuk bangkit kembali dengan lebih bergaya. Sekurang-kurangnya ukiran yang baru ini nampak begitu segak, pasti ramai yang mahu 'selfie' di situ. - CARI 

18

Bagus
11

Marah
20

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akumak 4-4-2018 12:51 PM
mmg byk improvement. whatever it is, effort is sexxayyyyyyy...
Quote Artemesiaa 4-4-2018 12:58 PM
Ok ler sikit yang kedua ni tapi masih tak perfect hasilnya
Quote imransulaiman 4-4-2018 12:59 PM
Patung baru tu macam Beckham {:thief
Quote Rainrein 4-4-2018 01:41 PM
Memang patut kena kecam pun. Buruk nau sculpture memula tuh.
Quote mieymiey 4-4-2018 03:54 PM
Dah serupa kartun
Quote amyza 4-4-2018 04:41 PM
Buruk nye sculpture yg dulu tu. Oklah tak putus asa nak ukir lagi.
Quote mrizumi 4-4-2018 05:37 PM
Byk improvement dr yg lama..boleh la.
Quote komorebi 4-4-2018 06:38 PM
jauh lagi ok drpd yang first tu. ukiran kali pertama tu scary.
Quote kamil8891 4-4-2018 08:20 PM
bila kita makin berjaya ramai la org akan mengutuk mengata
x lupe jugak pada yang baru nak berjaya n tak berjaya..
so kat mne salahnye
hahahaha
Quote kamilaa 4-4-2018 10:05 PM
Lawak hahaha{:laugh
Quote hyie 5-4-2018 08:39 AM
rupa asal heols  pun memang no komen jah kan...ala2 si emanuel santos ni nganjing balik la agaknya

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.072193 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top