CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hampir 4 Tahun Tak Muncul Di Layar Perak, Cameron Diaz Umum Bersara?

5-4-2018 03:14 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4414| Komen: 10|Original author: Oleh: Suzy

Description: Minggu lalu, Bintang Hollywood terkenal, Cameron Diaz membuat jenaka hambar apabila dalam nada berseloroh mengumumkan dia telah bersara dari bidang seni lakonan.

Foto: Google Imej

Minggu lalu, Bintang Hollywood terkenal, Cameron Diaz membuat jenaka hambar apabila dalam nada berseloroh mengumumkan dia telah bersara dari bidang seni lakonan. 

Aktres yang gemar bergurau itu pada awalnya membuat kenyataan bahawa dia kini ‘separa bersara’ kepada Entertainement Weekly.

Topik itu tercetus apabila tiga bintang utama filem pecah panggung pada tahun 2002, The Sweetest Thing ditemubual oleh Entertainment Weekly. Cameron Diaz, Selma Blair dan Christina Applegate dikatakan jarang bertemu, lalu Applegate menyatakan dia sekarang separa bersara kerana menjaga anak-anaknya. 


Kemudian Diaz menyahut dengan mengatakan dia juga sudah bersara dan ingin selalu bertemu dua rakannya itu. 

"Saya juga ‘separa bersara’, dan saya sebenarnya sudahpun bersara. Jadi, bolehlah kita bertemu selalu!” ujar Diaz.



Foto: Google Imej

Terdahulu, pada awal Mac lalu, media melaporkan Cameron Diaz tidak mahu lagi terlibat dalam bidang lakonan apabila teman rapatnya, Selma Blair membuat kenyataan yang mengesahkan perkara tersebut.

"Beberapa hari lalu, saya keluar makan tengah hari bersama Cameron dan kami mengenang kembali filem The Sweetest Thing. Saya teringin membuat filem sekuelnya, tetapi Cameron menyatakan 'saya sudah selesai'," katanya.


Cameron Diaz, Selma Blair dan Christina Applegate dalam filem The Sweetest Thing.

Perbualan Diaz dan Blair itu telah menimbulkan kekecohan di kalangan media dan peminatnya. Bagaimanapun, kenyataan aktres yang dinobatkan pelakon paling laris 1999-2000 itu kemudiannya disangkal kembali oleh Blair dalam laman twitter miliknya. Menurut Blair, ianya hanya gurauan dan Cameron Diaz sebenarnya belum bersara dari bidang lakonan. - CARI
13

Bagus
9

Marah
28

Terkejut
19

Sedih
15

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 5-4-2018 06:00 PM
teringat My Sister's Keeper, sedehhh
Quote kroit92 5-4-2018 09:01 PM
noooooo

aku membesar tengok movie2 lakonan dia ni

my fiona

Quote mokcikKSKB 8-4-2018 11:37 AM
She looks really old for her age.agaknya masa muda x jaga muka atau kuat minum dan tido x cukup
Quote nadie90 8-4-2018 01:54 PM
Tgk dia berlakon dlm The Mask tu cntik...
Quote paz 9-4-2018 05:14 PM
Suka Sangat CD, to me dia seorang yang natural beauty inside out.
Quote mat_arof 10-4-2018 08:27 AM
tak minat...

tapi lakonan dia dapat filem aa tah...dia selayaknya dapat oscar nomination


tapi sorry aku x minat dia ni
Quote mieymiey 10-4-2018 08:33 AM
Sheols tetap cantik walau dah dimakan usia
Quote liyamariska 15-4-2018 05:10 AM
mokcikKSKB replied at 8-4-2018 11:37 AM
She looks really old for her age.agaknya masa muda x jaga muka atau kuat minum dan tido x cukup

tak silap masa muda ketika menjadi model dulu2 dia pernah cite yg dia mabuk sampai tak sedarkan diri camtu laa...


Quote SayangSalmah 16-4-2018 03:20 PM
suke tgk dia dlm My Best Friends Wedding
Quote lasagna 17-4-2018 11:32 AM
SayangSalmah replied at 16-4-2018 03:20 PM
suke tgk dia dlm My Best Friends Wedding

hahahaa bdk ppuan yg naif giler dlm movie ni, tergedik2.. lawak laa.. pastu merana..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049790 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top