CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cukup Ke 3 Bahan Saja? Nak Tahu Mantap Atau Tak, Cubalah Sendiri 5 Resipi Ini!

6-4-2018 10:44 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3486| Komen: 6|Original author: Oleh: Suzy

Description: Pening nak ikut resipi ni! Bahan pula tiada. Susahnya nak memasak!


"Pening nak ikut resipi ni! Bahan pula tiada. Susahnya nak memasak!" 

Amboi, panik sangat bunyinya tu. Bila anda berada di situasi begini, pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, sambar apron dan ikuti resepi mudah menggunakan tiga bahan utama ini. Tak susah, ‘first-timer’ pun boleh buat dengan jayanya.


Ayam Masak Cola
Bahan:
1 ekor ayam
2 liter coca-cola
3 sudu kicap 

Cara-cara:
1. Rebus ayam separa empuk.
2. Buangkan air rebusan.
3. Masukkan cola.
4. Tutup periuk dan reneh selama 30 minit. 
5. Sedia dimakan apabila kuah semakin pekat dan melekit.
6. Tambahkan garam jika mahu.

Foto: CocaCola Company


Aiskrim Perisa Kopi
Bahan:
3 ½ cawan santan pekat
1/2 cawan gula
3/4 cawan serbuk kopi
1 ½ sudu besar esen vanilla (jika mahu)

Cara-cara:
1. Satukan santan, serbuk kopi dan gula dalam periuk. 
2. Masak dengan api perlahan selama 5 minit. Sentiasa kacau.
3. Tutup api. Masukkan esen vanilla jika perlu. 
4. Sejukkan dan pindahkan ke dalam mangkuk yang boleh dimasukkan dalam peti ais. 
5. Masukkan ke dalam peti ais.
6. Setiap sejam keluarkan dari peti ais dan gunakan mixer untuk adunkan bahan sehingga kembang.
7. Ulangi sehingga mendapat tekstur yang diingini. 

Foto: Minimalistbaker


Biskut Mentega
Bahan:
1/2 cawan gula halus
1 cawan mentega (salted butter)
2 cawan tepung

Cara-cara:
1. Panaskan oven.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan tepung, uli rata.
4. Bentukkan biskut mengikut kesukaan anda.
5. Bakar sehingga 20-25 minit atau sehingga kekuningan.

Foto: dineanddish


Kek Coklat Tanpa Tepung
Bahan:
8 biji telur saiz A
2 cawan coklat masakan
1 cawan mentega

Cara-cara:
1. Pukul telur dengan kelajuan tinggi. Lebih kurang selama 5 minit.
2. Sementara itu, cairkan mentega bersama coklat menggunakan kaedah double boil.
3. Kemudian sejukkan.
4. Setelah itu, masukkan bancuhan telur yang kembang ke dalam larutan mentega dan coklat.
5. Gaul lembut sehingga sekata. 
6. Masukkan ke dalam loyang.
7. Bakar kek dengan menggunakan kaedah water bath pada suhu 180 C selama 22-25 minit.
8. Kemudian sejukkan. Enak di makan ketika dingin.


Foto: gimmesomeoven


Brownies Nuttella
Bahan:
1 ¼ cawan nuttella
2 biji telur saiz A
1/2 cawan tepung

Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
2. Campurkan kesemua bahan dan adunkan sebati menggunakan mixer.
3. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci x 9 inci yang telah digriskan.
4. Bakar selama 15 minit dan sedia untuk dimakan. 


Foto: kirbiecravings


Menarik, kan? Apa lagi? Bolehlah dicuba sepanjang hujung minggu ini! - CARI
30

Bagus
28

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
17

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-4-2018 11:17 AM
Dah pernah cuba ok je rasanya
Quote krustykrab 6-4-2018 12:21 PM
ayam coke tu rasa macam mana ek?
Quote SayaSayangMama 6-4-2018 02:05 PM
krustykrab replied at 6-4-2018 12:21 PM
ayam coke tu rasa macam mana ek?

Mcm ayam salut caramel kot
Quote myakayina 6-4-2018 03:08 PM
mcm nak buat ayam masak coke tu..dulu pernah opismate buat ..sedap.. dulu suka buat ayam masak marmite..pun sedap juga..
Quote chinta89 8-4-2018 11:09 AM
ayam coke? x penah try..
Quote helicornia 8-4-2018 02:16 PM
nak muntah tengok ayam masak cola tu..baru tengok lom makan lagi

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.096646 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top