CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Konon Nak Jimatkan Bil Elektrik, Akhirnya Kena Denda Sampai RM8859.25

10-4-2018 12:36 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 19939| Komen: 24|Original author: Oleh: Whitney

Description: Disebabkan kos sara hidup semakin tinggi sekarang ini, ramai yang mengambil inisiatif untuk berjimat dalam pelbagai hal. Berjimat-cermat sememangnya sangat digalakkan agar tidak membazir dan hanya ber ...


Disebabkan kos sara hidup semakin tinggi sekarang ini, ramai yang mengambil inisiatif untuk berjimat dalam pelbagai hal. Berjimat-cermat sememangnya sangat digalakkan agar tidak membazir dan hanya berbelanja pada perkara yang perlu sahaja. Tetapi, jika hendak berjimat cermat sekalipun, biarlah menggunakan cara yang betul.  

Apa yang terjadi kepada wanita ini perlu dijadikan pengajaran. Bak kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Keluarga wanita ini telah disaman oleh pihak Tenaga Nasional Berhad kerana telah ‘mencuri’ penggunaan elektrik selama dua tahun sepanjang mereka tinggal dirumah tersebut. 

Nampaknya, niat untuk mengurangkan bayaran bulanan elektrik dengan cara yang salah akhirnya dapat juga dikesan oleh pihak TNB. 


Wanita itu dan ahli keluarganya amat menyesal dan berharap agar sesiapa yang menggunakan cara yang salah sepertinya sebelum ini agar terus hentikan cara tersebut. Walaupun dirinya dikecam tetapi niatnya sekadar untuk memberi peringatan kepada netizen.



Jika diikutkan, memang ramai yang menggunakan alat untuk menjimatkan elektrik. Maklumlah, ramai yang tidak sanggup membayar bil beratus-ratus setiap bulan. Sebenarnya ada alat dan cara yang dibenarkan oleh pihak TNB dan ada juga cara yang salah. Jadi, netizen berasa wajar wanita ini disaman kerana terbukti dia mencuri penggunaan elektrik.


Walau bagimanapun, ada juga netizen yang menerima nasib yang sama kerana pihak TNB mengesan pengunaan bulanan elektrik di rumahnya berkurang secara mendadak. Macam-macam perkara, pertanyaan dan masalah berkaitan penggunaan elektrik dikongsi oleh netizen.


Hendak jimatkan penggunaan elektrik perlu ada kesedaran dalam diri bukannya dengan mencuri penggunaan elektrik. Ingat, jangan membazir dan tutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan. Setuju tak? - CARI 

19

Bagus
28

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
16

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qoqoelma 10-4-2018 12:41 PM
Kalau kes dia ni bypass, ada effect kat bil jiran tak, maksud sy bil jiran akan melambung tak? Risau pulak bill naik melampau, padahal duduk 2 org je {:dot
Quote bintangterang 10-4-2018 12:50 PM
pnh beli alat penjimat letrik yg jenus plug tu..tapi mcm tak berkesan..sama je..
Quote aku_statik 10-4-2018 01:01 PM
Denda sehingga RM1 juta menanti pengguna yang didapati bersalah mencuri atau mengganggu meter elektrik apabila pindaan ke atas Akta Elektrik 1990 (Akta 447).

Kesalahan dan penalti itu antara yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015 yang bertujuan memperkemaskan tadbir urus bekalan elektrik di negara ini.
Quote Genkidesuka 10-4-2018 01:07 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Inilah antara perkara yg kita ambil ringan.  Nk jimat, kurangkan penggunaan.  Lepas guna brg elektronik, off n cabut plug.  Jgn guna aircond.  Fikir sebelum beli benda2 mcm ni.  Kalau terang2 kita jenis guna byk letrik tp bil sikit, mmg something wrong la di situ.   Say no to both perkara yg syubhah dan haram.  
Quote mzzenma 10-4-2018 01:07 PM
Laahh kenapa tak tepek pad bioseleza ja? Boleh jimat elektrik. Kalau anak demam boleh tepek kat dahi dia terus baik demam. Kalau kucing sakit, tepek ja pad tu, nescaya kucing jalanan boleh tukar jadi kucing parsi.

Untuk makluman lanjut, boleh tanya queen hanis 1000 days at the gym.
Quote fishcracker 10-4-2018 01:13 PM
Jiran mak iol kat kampung gebang bil letrik beliau rm20 jah tetiap bulan pasang alat jimat letrik walau berekon sepanjang hari,
Quote ayjay 10-4-2018 01:27 PM
Hakak dok bayarkan segala bil rumah nak kat Malaysia sana. My parents dan adik dgn suami dan anak 2. Panas selalu aircond memanjang. Bil letrik sebulan RM800 hingga 1k. Mujurlah suami hakak ok je sebab dia memang bagi makbapak hakak kat KL tu 500 tiap bulan sebagai duit poket dan 300 duit utk bayar letrik, air, gas masak, internet.
Quote marumaru 10-4-2018 01:39 PM
tak pernah lagi bayar bil mahal2...kami satu family tak suka ekon...
Quote shernazz 10-4-2018 01:40 PM
Kak senduk neh...sabo je lah
Salah ko la
Naseb ko x pakai tudung kapan masa tnb dtg..
Quote Red_mAnc 10-4-2018 01:52 PM
hmmmm, perit kan.. sebab itulah 09 MEI 2018 ada peluang untuk kita ubah,, semua pun nak naik harga, logo je dacing tapi apa pun tak fair..hmmm
Quote GigaMom 10-4-2018 01:54 PM
Knp x tangkap geng2 jual jimat elektrik ni jika penggunaanny salah
Datuk belon pun jual kan.

Sama ngan penjual n penagih dadah.
Hapuskan pengedar baru x penat kejar penagih
Quote fushimi 10-4-2018 02:29 PM
ooo kak senduk

takpe nak jual senduk bebanyak leh bayar bil

ko nak jimat tapi on aircond setiap sudut rumah

cash lah kak
Quote chicozinn 10-4-2018 02:57 PM
meollss penah zaman jahil dulu g beli stiker ion hanat konon leh kurangkan bil karen..nan hado seb bek xmahal cam LA Genius tu..mentibang tol..xmhal pon dekat rm50 gak la terbang bli 4 stiker cmpur postage lgi..urgghh
Quote dekmieDandy 10-4-2018 03:00 PM
mesti Kak Senduk bangga dipanggil wanita
Quote Artemesiaa 10-4-2018 04:07 PM
Betul tu tak perlu ler nak bega apa2 kalau kantoi gigih pulak nak kena membayar nanti.
Quote chinta89 10-4-2018 04:55 PM
family ak ada satu rumah, kami dh jarang stay situ dan duk rumah lain.

bil asik byr yg wajib je means yg WAJIB tu dalam rm5 kalau tak silap

maka tetiap bulan sibuk la TNB ata surat  ke notis, iols pun x brape ingat. dia mcm nk check la kenapa setahun dua ni byrn letrik dh mcm xde org guna?

dlm hati aku, nyampah plk..  sibuk aje bil org dh merudum mcm tu. kalau rse x pcya, dtg je la check.

kalau byr bil banyak secara tiba2, takde la sangsi deols nk check rumah kite kena 'curi letrik' ke ape ke... bila bil turun mendadak, sibuk nk cari mana datangnya penurunan tu!
Quote armin 10-4-2018 07:38 PM
ayjay: Hakak dok bayarkan segala bil rumah nak kat Malaysia sana. My parents dan adik dgn suami dan anak 2. Panas selalu aircond memanjang. Bil letrik sebula ...


Berapa org serumah tu? Mahalnya.. mesti jenis aircond pasang 24 jam. Tapi kalau dorg tolong jagakan parents utk kita, nak berkira sgt pun tak blh
Quote salmon-suki 11-4-2018 09:24 AM
Genkidesuka replied at 10-4-2018 01:07 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Inilah antara perkara yg kita ambil ringan.  Nk jimat, kur ...

Setuju! kat umah ktorg x guna pn econ..sekadar bukak tingkap dan kipas saja..hihi..tp tggi jgk ler sbb xpernah ttup kipas tu..pstu komputer semua,kena berjimat ler..y salu ,melambung tggi smpai beratus2 ni umah y ada econ...
Quote RooneyMara 11-4-2018 09:44 AM
I 3 bulan lepas tukar kan fridge rumah mak yg dah 15 tahun tak tukar. Tukar yg 5 star penjimatan tenaga tu. Bila letrik dia daripada 200+ jd seratus lebih je. Kurang dlm RM 60 mcm tu.

So sapa2 yg ckp jimat tenaga tu tak work, maybe sbb relative to barang yg sedia ada tak byk beza. Tp mcm my case, current technology compare dgn technology 15 years ago, mmg byk sgt beza. N I nasihat beli barang yg mahal sikit yg mmg 5 star penjimatan tenaga, mmg bil kurang compare dgn barang yg murah sikit je (3 stars) nnt bil mahal.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.060191 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top