CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Skodeng Telefon Suami Satu Jenayah, Boleh Kena Denda Setengah Juta!

10-4-2018 02:11 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 2132| Komen: 3|Original author: Oleh: Suzy

Description: Dengan pelbagai kemudahan canggih pada zaman media sosial kini, sangat mudah timbul prasangka terhadap pasangan masing-masing. Tatkala suami atau isteri meninggalkan telefon bimbit, pasti mata melilau ...


Dengan pelbagai kemudahan canggih pada zaman media sosial kini, sangat mudah timbul prasangka terhadap pasangan masing-masing. Tatkala suami atau isteri meninggalkan telefon bimbit, pasti mata melilau melihat skrin telefon mereka. 

Mungkin ini sudah menjadi lumrah apabila terlalu banyak berita memaparkan kecurangan pasangan menerusi media sosial yang semakin berleluasa.


Foto: Google Imej


Antara masa yang selalu digunakan untuk mengintip biasanya ketika pasangan tidur ataupun ketika terlupa membawa telefon bimbit. Kalau tidak menemui apa-apa yang mencurigakan tidak mengapa. Tetapi jika ada, tercetuslah perang dunia ketiga. Namun, satu kelegaan apabila meihat wajah sendiri di skrin telefon pasangan, betul tak?

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa di Arab Saudi, perbuatan mengintip telefon bimbit pasangan adalah salah dari segi undang-undang? Pasangan berkahwin di Arab Saudi mungkin berfikir dua kali untuk mengintip telefon bimbit pasangan kerana ia kini, ia dianggap sebagai perbuatan jenayah.


Foto: Google Imej

Kementerian Penerangan Arab Saudi telah mengesahkan kewujudan undang-undang ini. Menurut kementerian itu, tertuduh boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun jika sabit kesalahan!

Peraturan ini adalah sebahagian daripada undang-undang antisiber baharu yang berkuat kuasa di negara pengeluar minyak itu pada minggu lalu. 

Kata kementerian itu lagi, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka. Langkah ini dibuat kerana berlakunya peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah. - CARI
4

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
5

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 10-4-2018 02:20 PM
Berita dah basi + berita luar negara (takde kena mengena dgn Msia)
cari la berita fresh sket...
mengabiskan beras je
Quote moonbug 10-4-2018 04:06 PM
Tajuk misleading. Tulislah check phone pasangan, bukan suami je
Quote Artemesiaa 10-4-2018 04:12 PM
Thread ulang siar

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050114 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top