CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buku 555 Versi Aplikasi - Mudahlah Nak Semak Siapa Hutang Anda!

13-4-2018 12:16 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4343| Komen: 7|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Hutang budi dibawa mati – Itu peribahasa ringkas orang Melayu dulu-dulu yang sangat sinonim dengan bahasa tersirat. Namun bagaimana pula dengan hutang duit? Adakah orang akan membayarnya kembali atau ...


Hutang budi dibawa mati – Itu peribahasa ringkas orang Melayu dulu-dulu yang sangat sinonim dengan bahasa tersirat. Namun bagaimana pula dengan hutang duit? Adakah orang akan membayarnya kembali atau buat-buat lupa walaupun telah ditulis dalam buku 555?


Ya! Buku kecil bersaiz poket ini sangat popular dalam kalangan peniaga untuk mencatitkan hutang pembeli yang membeli barangan secara bulanan. Atau pun ada juga menggunakannya untuk mencatit sistem kutu dalam kalangan rakan-rakan.

Kredit : Gambar blog
Namun dek kemunculan teknologi berkembang pantas, buku kecil ini kian dilupakan. Maklumlah generasi muda nampaknya lebih selesa menggunakan aplikasi yang dimuat turun pada peranti pintar masing-masing untuk mencatatkan perkara penting.

Bagi terus mengekalkan ‘tradisi’ buku hutang ini, syarikat Data & Roses Sdn Bhd tampil membangunkan aplikasi Buku 555.


Buku 555 
    
Menariknya aplikasi ini digunakan untuk mencatatkan hutang piutang anda. Ketika mula menggunakan aplikasi ini, anda hendaklah memasukkan nombor pin untuk memastikan kesemua ‘rahsia’ hutang anda terjaga.
    
Rekaannya yang ‘simple’ dengan gaya bahasa yang bersahaja akan membuatkan anda tertarik  untuk menggunakan aplikasi itu.Ciri yang mudah juga membolehkan semua peringkat umur untuk memanfaatkan aplikasi berkenaan.

Tambah dan padam hutang, susun, setkan pin keselamatan, tukar bahasa dan lihat semua hutang antara ciri yang ditawarkan.


Tidak perlu pen dan buku lagi untuk merekod hutang. Hanya muat turun aplikasi Buku 555 di Play Store. Mungkin dengan cara ini anda akan lebih ligat untuk mengingatkan penghutang mengenai jumlah baki yang perlu dibayar. - CARI 

33

Bagus
19

Marah
4

Terkejut
17

Sedih
16

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 13-4-2018 12:57 PM
Comel jugak apps dia... simple je...
Quote Red_mAnc 13-4-2018 01:21 PM
Terbaik bro!!.. jap nanti aku pun nak download apps ni..hehe.. so now for sure apek2 tokey kedai especially yg area kampung tu for sure akan download apps ni kan..hahahhah..555.. bak kata Slipknot " If you're 555, then I'm 666! If you're 555, I'm 666! But if you're 555, I'm 666! What's it like to be a heretic? If you're 555, I'm 666! "...hehehehe.. those good old days.. strolling down the memory lane kejap bila teringat lagu Slipknot tu..
Quote bulan_gerhana 13-4-2018 02:23 PM
lejen buku ni weh.. isyk x terbayang bile tuko versi apps pulok
Quote krustykrab 13-4-2018 02:25 PM
aku lagi suka kalau ada apps yg akan ganggu penghutang selagi hutang blum dibayar
Quote dinopower2 13-4-2018 03:50 PM
krustykrab replied at 13-4-2018 02:25 PM
aku lagi suka kalau ada apps yg akan ganggu penghutang selagi hutang blum dibayar

bagus gak idea tu bleh la rekemen kat developer apps ni siap alert penghutang tu byr duit haha
Quote anakura 8-5-2018 12:18 AM
krustykrab: aku lagi suka kalau ada apps yg akan ganggu penghutang selagi hutang blum dibayar


guna la splitwise...
Quote salad18 11-7-2018 09:57 PM
Wahh bole try ni.. lagi senang sbb terus letak kat phone dr nak tulis2

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.101587 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top