CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gua Fingal Di Scotland Bakal Membawa Anda Masuk Ke Zaman Romawi Kuno

12-4-2018 11:25 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 4379| Komen: 9|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Gua Fingal adalah salah satu gua di dunia yang mempunyai bentuk dinding yang menarik iaitu berbentuk heksagon. Ia terjadi akibat yan g terbentuk kerana letusan gunung berapi.
Gua Fingal adalah salah satu gua di dunia yang mempunyai bentuk dinding yang menarik iaitu berbentuk heksagon. Ia terjadi akibat  yan g terbentuk kerana letusan gunung berapi.


Gua ini terletak di Pulau Staffa, bahagian barat laut Scotland dan telah didaftarkan dalam National Trust for Scotland, sebuah lembaga konservasi berkaitan dengan alam.

Foto: visitcryptoville.com
Keindahan Gua Fingal telah menjadi sumber inspirasi kepada beberapa seniman dan artis. Antaranya Felix Mendelssohn, seorang komposer berasal dari Jerman. 

Dia telah mencipta sebuah lagu berjudul Hebrides Overture setelah kunjungannya ke gua ini sekitar tahun 1830. JMW Turner, seorang pelukis berasal dari England turut membuat karya tentang tempat ini yang berjudul Staffa, Fingal’s Cave  pada tahun 1831.


Dari luar pulau ini kelihatan seperti Parthenon (kuil Dewi Athena) yang terletak di Greek. Jika anda memasuki kawasan dalam gua anda akan terasa seperti masuk ke sebuah istana pada masa Romawi kuno. 

Foto: www.wildlifearchives.com
Tiang-tiang berukuran raksasa berdiri kukuh di sisi kanan dan kiri manakala tiang kecil di bawahnya seolah-olah pengawal yang menyambut kedatangan pengunjung. Bezanya, dasarnya bukanlah tanah atau lantai berkilap, tapi air laut yang biru dan bergelombang.

Cara ke Gua Fingal:

Anda harus terbang ke Glasgow, Scotland terlebih dahulu kemudian menaiki kapal terbang tempatan untuk ke Pulau Tiree,(lapangan terbang paling dekat dengan Pulau Staffa). Anda boleh memilih pelbagai jenis pakej melalui agen pelancongan setibanya anda Pulau Tiree.

Foto: Pandotrip.com
Biasanya,pakej-pakej tersebut termasuk pulau-pulau lain di sekitar Staffa, bukan hanya ke Fingal’s Cave sahaja. April hingga September adalah bulan yang paling sesuai untuk melawat gua ini. 

Geram tengok gambar? Apa lagi menabunglah dan lawat Gua Fingal jika anda berpeluang ke Scotland! -CARI
27

Bagus
28

Marah
34

Terkejut
46

Sedih
23

Lawak
44

Bosan

Friends Rank (202 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 12-4-2018 11:27 AM
wow..cantiknye
Quote Artemesiaa 12-4-2018 12:01 PM
Cantik dan unik macam dalam filem
Quote nisako 12-4-2018 12:11 PM
cantiknye...............
Quote meklalala 12-4-2018 03:52 PM
cantik sangat..kalau dapat pergi sini bestnyaaaa
Quote abangadek 12-4-2018 05:49 PM
gerun tengok air laut mcm tu
Quote cmf_ultraviolet 12-4-2018 06:29 PM
cantik sangat
Quote airmineral 12-4-2018 08:20 PM
Wowwww unik dan cantiqqqq
Quote nafham 13-4-2018 06:48 AM
Actually ada few places yg batu2an dia mcm ni. Kat hendon pun ada jua. Tp paling popular or cos lah Giant Causeway kat North Ireland. Iols tahun lepas ke sana. Takjub sgt sbb batu2an dia gitu. Cantik buat amik gambar. Huntung iols dtg ms low tides. So banyak batuan2 terdedah. Kalau dtg time high tide, sendu lah sikit sbb sparuh batu2an dia hilang.
Quote mujer_in_espejo 14-4-2018 06:32 PM
di Tawau, sabah pun ada batu2 cmni kan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.358237 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top