CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Fuh, Asam Laksa Padu Kini Di Seluruh Malaysia

12-4-2018 03:10 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 16390| Komen: 49|Original author: Oleh: Suzy

Description: Mesti sebelum ini kita tidak pernah terfikir asam laksa boleh dijadikan hidangan segera seperti makanan segera lain. Kebiasaannya hanya restoran dan kopitiam yang menawarkan menu istimewa ini. Kini ti ...

Mesti sebelum ini kita tidak pernah terfikir asam laksa boleh dijadikan hidangan segera seperti makanan segera lain. Kebiasaannya hanya restoran dan kopitiam yang menawarkan menu istimewa ini. Kini tidak lagi, asam laksa kini boleh didapati di kiosk kompleks membeli-belah seluruh Malaysia!

Foto: fb D' Laksa Malaysia
Dengan slogan “Better Ingredients, Superb Asam Laksa” rata-rata peminat asam laksa mengakui menu yang berharga RM7 semangkuk itu sangat ‘kick’. Kuah asam laksa yang pekat diperoleh setelah dimasak bersama ikan mackerel yang banyak. Selain itu, rasanya yang segar didapati kerana proses masakan dilakukan di kiosk itu sendiri. 


Foto: fb My Makan Tv
Resipi yang diusahakan oleh D'Laksa (M) Sdn. Bhd. itu pertama kali diperkenalkan di Johor. Setiap mangkuk Asam Laksa disaji dengan kuantiti yang mencukupi dengan serpihan ikan mackerel yang tebal, sayuran dan pes udang dalam kuah masam manis dan sedikit pedas. 

Apabila anda mengunjungi kompleks membeli-belah dan inginkan hidangan yang panas, sedap dan pada harga mampu bayar, D'Laksa menjadi pilihan tepat. Terdapat beberapa cawangan di seluruh Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang menikmati keenakan asam laksa yang telah mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM ini. 

Laksa Fish Ball. Foto: fb D'Laksa Malaysia
Kiosk D’ Laksa boleh didapati di AEON Mall Shah Alam, AEON Mid Valley, MyTown Mall Cheras, AEON Taman Maluri, AEON Bandar Dato Onn , AEON 1 Utama Shopping Centre, AEON IOI Mall Puchong, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, AEON Queensbay Store dan  KSL City Mall, Sutera Mall, AEON Bukit Indah di Johor.  

Menu:
Original Penang Asam Laksa  : RM7
Laksa Fishball :RM 5 (5 pcs)
Fruit Rojak : RM 5
D'Light Deal For 2 (2 Asam Laksa + 1 Asam Fishball + 1 Fruit Rojak) : RM 22

-CARI
7

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 12-4-2018 10:10 PM
Kecur lak nengoknye.wpun bkn pengemar
Quote diss69 13-4-2018 12:29 AM
noraidil_06: Kecur lak nengoknye.wpun bkn pengemar

memang sdp...
Quote hasniey 13-4-2018 02:03 AM
xminat pulak.sbb kuahnye manis2 mcmtu
pedas tp manisssss
tp fishball dia mmg gebu.mkn panas2 melecur jgk lidah
Quote dubuk 13-4-2018 09:26 AM
macam mee kari
Quote chikumanis 13-4-2018 11:20 AM
baru makan minggu lepas di 1u...mmg Q panjang..rojak dia sedap..
Quote kelip2_07 13-4-2018 12:23 PM
AKU SUKA ASAM LAKSA YG TARUK NENAS..TP SETKT NIE KUAH LAKSA YG PLG SDP KUAH LAKSA KULA KEDAH YG JUAL PKAI MOTO RODA 3 TU WLPN XDE NENAS
Quote deathacker 13-4-2018 03:02 PM
Lapar pula tgk asam laksa ni. Belum mkn lg ni
Quote shernazz 13-4-2018 04:15 PM
Iols.kalau gi ioi..mmg.semerbak baunya...
Nnt.nak.try la..
Sejak.pregnant.suka.benor.mkn.laksa laksam
Padahal sebelom ni..pandang pun x
Quote mesmerize 13-4-2018 05:23 PM
bole lawan ah cheng laksa ka ni.. ai selalu cekik laksa asam kat ah cheng je.. sedap cuma skrg macam kurang ikan sikit..
Quote Kenabertaubat 13-4-2018 06:33 PM
Sedappp..saya kalau pergi ioi, wajib makan. Sebab bila shopping baju kat tingkat atas, boleh bau dia punya kuah laksa dekat bawah. Saya suka laksa campur fishball. Tak suka letak petis..nanti manis
Quote Mooverine 14-4-2018 10:09 AM
Seluruh Malaysia ke? Macam tak pernah nampak pun kat sini. 20hb nanti AEON kat Kuching buka dah.. harap-harap ada lah laksa ni. Teringin nak rasa.
Quote mesmerize 15-4-2018 01:06 AM
ai dah rasa tadi .. kiosk dia dalam AEON one utama.. ai beli dua2.. laksa biasa dan juga fish ball dalam kuah laksa.. ya Allah sedap ok..  lagi sedap dari ah cheng laksa.. ai will repeat for sure!
Quote irlene_hana 15-4-2018 07:13 AM
Ah cheng laksa tak sedap okeh

Ni nk try nanti..
Quote Themilo 15-4-2018 08:28 AM
sedaaaapppp sis! tiap kali lalu, mesti iols beli, walaupun perut kenyang lagi time tu..
Quote alieyrina 15-4-2018 12:44 PM
Aku kalau mkn laksa..ada kuah, laksa ngn teloq jah..aku paling suka kak kerani opis punya laksa..rasa laksa kampong..dgn kwn mak aku punya asam laksa..memg kaw..nanti aku nk p rasa yg komersil ni sedap ka idokk
Quote girlfridayz 16-4-2018 08:40 AM
ye.. aku pon tak suka ah cheng laksa. d'laksa ni sedap gilerrrrr. manis tu sebab petis Hasniey.. lenkali kalau ko pegi, ko mintak taknak petis. aku suke petis bnyk2 hehe.
Quote myakayina 16-4-2018 11:57 AM
ok, boleh try nti..
Quote meow_tompok 20-4-2018 04:05 PM
hasniey replied at 13-4-2018 02:03 AM
xminat pulak.sbb kuahnye manis2 mcmtu
pedas tp manisssss
tp fishball dia mmg gebu.mkn panas2 melec ...

thanks for the testimoniaku kalau manis mmg reject la
nasib baik tak gi beratur lagi
Quote rohayatimat 20-4-2018 06:49 PM
Wah!!! Sedapnyaaaaa... Terima kasih atas info...Jom pi pekena asam laksa...

Rohayati
www.ibusambal.com

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.069296 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top