CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Sangka Hanya Dengan Sabun Pencuci Joy, Bulu Kucing Boleh Jadi Gebu?!

13-4-2018 02:57 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 33310| Komen: 43|Original author: Oleh: Amiey

Description: Pencinta haiwan pastinya sanggup menghabiskan sejumlah wang bagi mencantikkan haiwan peliharaan mereka. Kucing misalnya, banyak penjagaan yang diperlukan bagi memastikan bulu-bulu mereka kelihatan sih ...
Pencinta haiwan pastinya sanggup menghabiskan sejumlah wang bagi mencantikkan haiwan peliharaan mereka. Kucing misalnya, banyak penjagaan yang diperlukan bagi memastikan bulu-bulu mereka kelihatan sihat dan cantik. 



Bagi yang berduit, kebiasaannya mereka akan menghantar si bulu ini ke 'pet shop' bagi sesi 'grooming'. Bagi mereka yang gaji cukup-cukup makan pula, pastinya tidak mampu untuk selalu menghantar kucing mereka untuk 'grooming'. Bukan itu sahaja, syampu khas untuk kucing juga tidak murah,ya.

Memahami masalah itu, menerusi laman facebook Excite Cats, kami kongsikan cara untuk mencantikkan bulu kucing anda hanya dengan RM8.50! Berikut merupakan posting penuh dari Excite Cats ini yang mungkin boleh membantu anda:


Saya sering ditanya syampu apa yang patut diguna untuk mandikan si bulu, terutamanya customer yang beli kucing dengan saya.

Dorang dah try syampu murah, bau okay tapi macam tak bersih. Bulu tak pecah macam melekit-lekit. Sebab tu tak gebu.

Nak beli syampu professional takut salah pilih pulak. Busuk-busuk kena RM 40++ untuk sebotol isipadu dalam 400ml. Dah la mahal, lepas beli tak puas hati kang ...
---
HABIS, SYAMPU APA NAK GUNA JEFF?
---
Korang jangan terperanjat tapi ni la yg saya dah guna bertahun-tahun.
.
PENCUCI PINGGAN JOY 
(Hanya yang anti bakteria warna biru)
.
Ye, JOY yang iklan Sharifah Shahirah susun pinggan kat stadium tu. Result dia? Tengok sendiri gambar post bawah ni...

Gambar Sebelum (Foto: Excite Cats)

Gambar selepas (Foto: Excite Cats)
---
Apa yg best dgn JOY ni?
---
+ Harga RM 8.50 utk sebotol 500ml:
Fuh, lebih 100ml drpd syampu memahal dan 5x ganda lebih murah tu.

+ Ada bahan antibacteria Triclosan 0.1%:
Triclosan adalah bahan aktif antibacteria dan 0.1% dapat menghalang bakteria drpd membiak (bakteriastatik)

+ Melembapkan kulit dgn moisturizer:
Bahan pelembap dalam JOY ni memberi efek kondisioner pada bulu kucing

+ Memang power utk hilangkan kesan minyak:
Bila bulu kucing tidak berminyak maka akan nampak gebu

Selain itu admin facebook yang dikenali sebagai Jeff ini juga turut berkongsi cara untuk menggunakan sabun pencuci Joy pada kucing;
Foto: Carian Google
Ala... macam syampu biasa la gosok-gosok pastu bilas. Takde apa yang special.

Cuma teknik yang saya guna untuk bagi bulu kucing betul-betul bersih, bulu pecah dan gebu adalah gosok dan bilas tu saya buat 2 kali.

Ye daripada letak banyak-banyak sabun tu untuk gosok sekali, saya buat 2 kali. Tu ja..

Menarik kan? Bagi sesiapa yang membela kucing di rumah, boleh lah mencuba tips ni. Mana tau sesuai dengan kucing-kucing anda. Lepas ni boleh lah kalahkan Bujibu! -CARI
26

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Red_mAnc 13-4-2018 03:00 PM
habis la..lepas ni for sure Joy akan revise retail price product tu sebab pussy - cat lovers akan beli joy ni utk kucing mereka., hehehehe
Quote munchkin 13-4-2018 03:01 PM
Kepala hotak dia!! Residue bahan kimia joy tu diserap kalau tertinggal kucing jilat. Bangang bingai.
Quote chazey 13-4-2018 03:04 PM
munchkin replied at 13-4-2018 03:01 PM
Kepala hotak dia!! Residue bahan kimia joy tu diserap kalau tertinggal kucing jilat. Bangang bingai.

Memang bangang. Anak sapa la ni.
Quote chazey 13-4-2018 03:05 PM
Gebu apanya camtu macam masih kotor jah.
Quote azwanaliori 13-4-2018 03:08 PM
Jiran iols pkai utk sembuhkan kurap kucing strays yg merayap kat kawasan rumah

Abis dimandikan ngn sabun joys kucing2 kurap tu, elok terus xde kurap cantik gebu tapi bile dah cantik jiran lain claim jd kucing dorg plak siap pakaikan collar
Quote Rayna90 13-4-2018 03:10 PM
sapa bodoh sangat suggest benda ni? ko nak bela kucing ke nak bunuh kucing syaitoooonnnn?
Quote azwanaliori 13-4-2018 03:12 PM
Rayna90: sapa bodoh sangat suggest benda ni? ko nak bela kucing ke nak bunuh kucing syaitoooonnnn?


Eek bole mati kucing ke? Iols tgok byk da kucing kurap jiran iols mandikan pakai joys x mati pun. Klu boleh smpi tahap mati rasanya nk buat basuh pinggan pun xselamat.
Quote prettyuglybabe 13-4-2018 03:15 PM
azwanaliori replied at 13-4-2018 03:08 PM
Jiran iols pkai utk sembuhkan kurap kucing strays yg merayap kat kawasan rumah

Abis dimandikan ng ...

busuknya perangai.. nanti kena kurap balik mesti dicampaknya kucing tu kat pasar..
Quote kikuri 13-4-2018 03:26 PM
ubat kutu kucing baru berapa jah weiii...
Quote iwan007 13-4-2018 03:31 PM
Terbukti secara klinikal ker joy selamat utk kucing? Kan sabun ngan joy pastu mati tak pesal
Quote Cari-Amiey 13-4-2018 04:11 PM
Rayna90 replied at 13-4-2018 03:10 PM
sapa bodoh sangat suggest benda ni? ko nak bela kucing ke nak bunuh kucing syaitoooonnnn?

Sabar.. sabar. Hari jumaat ni kita bertenang sikit. Kenapa pulak sabun joy tu nak bunuh kucing eh? Kalau beracun, kita pun boleh keracunan jugak sebab sabun ni guna basuh pinggan. Basuh pinggan kalau tak bersih, residue sabun joy tu pun ada lagi kat situ. So agak-agak kalau kita letak lauk dalam pinggan tu, boleh mati keracunan jugak ke? Tanya je
Quote Cari-Amiey 13-4-2018 04:13 PM
azwanaliori replied at 13-4-2018 03:12 PM
Eek bole mati kucing ke? Iols tgok byk da kucing kurap jiran iols mandikan pakai joys x mati pun ...

itulah pasalnya. Mana ntah dapat idea cakap boleh mati. Habis syampu untuk haiwan semua tu tak de bahan kimia ke. Haha kalau sabun basuh pinggan tu jadi racun, kita yg pakai untuk basuh pggan pun dah rmai keracunan skrg ni
Quote Cari-Amiey 13-4-2018 04:15 PM
kikuri replied at 13-4-2018 03:26 PM
ubat kutu kucing baru berapa jah weiii...

ubat kutu tu lagi tinggi kandungan kimia dia.. plus ni utk bagi gebu kan bulu2 kucing..
Quote Cari-Amiey 13-4-2018 04:21 PM
munchkin replied at 13-4-2018 03:01 PM
Kepala hotak dia!! Residue bahan kimia joy tu diserap kalau tertinggal kucing jilat. Bangang bingai.

Syampu yang khas utk haiwan pun banyak chemical uols.. Tak percaya pergi tengok ingredient list dekat syampu tu. Syampu kita pakai hari2 pun chemical suma tu. Mana datang buih2 tu kalau bukan dari chemical.
Quote munchkin 13-4-2018 04:34 PM
Cari-Amiey replied at 13-4-2018 04:21 PM
Syampu yang khas utk haiwan pun banyak chemical uols.. Tak percaya pergi tengok ingredient list de ...


Syampoo i guna yg organic. For cats also organic shampoo

Apa yg tak percaya. Sebab percaya banyak chemical i change to organic natural shampoo
Quote MeghanK 13-4-2018 04:36 PM
kucing dia lepas bulu cantik tu nampak suci je..masa bulu kembang nampak garang sikit
Quote munchkin 13-4-2018 04:37 PM
chazey replied at 13-4-2018 03:04 PM
Memang bangang. Anak sapa la ni.

Janji bulu gebu. Bodoh tu letak tepi. Takpe katanya
Quote munchkin 13-4-2018 04:39 PM
sabun cuci pinggan kucing aku pun guna dish washing liquid natural eco friendly

Sebab kucing duduk di porch rumah aku cuci lantai guna pencuci sayuran so selamat kalau kucing duduk situ
Quote munchkin 13-4-2018 04:43 PM
Tak perlu defensive sangat kalau org tegur benda tu tak elok. Just because cantik murah kalau harmful apa gunanya. Mmg lah kucing sekarnag tak sakit. Long term? Apa clinical test paper yg kata ok utk kucing guna semata ko syok sendiri guna pastu kata ok.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057862 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top