CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Salahkan Kami Naik Harga Barang" Kata Ikhlas !

5-9-2013 11:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5153| Komen: 13

Description: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana (Ikhlas) Menggesa Kerajaan Mengambil Tindakan Terhadap Pembekal Dan Pemborong Ekoran Pelaksanaan Kenaikan Harga Bahan Bakar Diesel Dan Petrol.


Mohd Ridzuan Abdullah


SHAH ALAM, 4 September - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pembekal dan pemborong ekoran pelaksanaan kenaikan harga bahan bakar diesel dan petrol.
        
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan tidak boleh menyalahkan peniaga kecil jika kenaikan harga berlaku.
        
Menurutnya, harga barangan jualan peniaga kecil bergantung kepada harga daripada pemborong dan pembekal.
        
"Kita memang tak boleh nak buat apa-apa atau halang harga naik.
        
"Perkara ini berpunca daripada pembekal dan pemborong yang mula menaikkan harga.
        
"Kerajaan dan pihak kementerian seharusnya perlu memberi amaran kepada golongan ini," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

        
Semalam, media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menaikkan harga barang kawalan sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak RON95 serta diesel sebanyak 20 sen seliter mulai hari ini.
        
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, seramai 1,845 pegawai penguat kuasa di seluruh negara serta 1,701 pegawai pemantau harga sudahpun melakukan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga memanipulasi kenaikan harga minyak.
        
Beliau berkata, kementerian amat tegas dalam menangani masalah itu dan bertindak berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
        
"Saya akan memberi nasihat terlebih dahulu kepada peniaga yang ingkar, tetapi kalau tidak ikut, saya akan beri amaran dan mengambil tindakan kalau masih berdegil," katanya
        
Dalam pada itu, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) turut mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
        
Presidennya, Noorul Hassan Saul Hameed berkata, kenaikan harga bergantung kepada barang bekalan perniagaan yang dibeli daripada pemborong dan pembekal.
        
"KIta akan tunggu dan lihat, kalau barang keperluan untuk kita berniaga naik, kita akan berbincang untuk memutuskan kenaikan harga yang sewajarnya.
        
"Kita akan terus bekerjasama dengan KPDNKK dalam soal ini," jelasnya.
        
Noorul Hassan berkata, dalam tempoh dua hari pengumuman kenaikan harga minyak, harga makanan dan minuman masih kekal.
        
"Baru dua hari, setakat ini tak ada lagi aduan harga makanan dan minuman di premis ahli kita naik.

"Kita bukan mementingkan keuntungan tetapi kita mementingkan kuantiti pelanggan yang datang ke gerai kita, kalau kita naikkan harga barang tak mustahil pelanggan akan berkurangan," tambahnya.


6

Bagus
2

Marah
11

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 4-9-2013 05:36 PM
Perkara ini berpunca daripada pembekal dan pemborong yang mula menaikkan harga.


Nnt pembekal dan pemborong pulak kata , bukan salah kami...

last-last , agaknya ke siapa tuduhan pegi ?
Quote tongkatwaran75 4-9-2013 07:27 PM
ikhlas sgt ker dorang nie?
Quote batmana 4-9-2013 07:47 PM
bodo najib, kn dh nyusahkn org bwh..

org bwh pun dh naik biul.. pusing2 balik pada najib gak..
Quote tongkatwaran75 4-9-2013 08:03 PM
batmana posted on 4-9-2013 07:47 PM
bodo najib, kn dh nyusahkn org bwh..

org bwh pun dh naik biul.. pusing2 balik pada najib gak..:lo ...



ada aku kesah -

lkhlas dari;
BIJAN

Quote Acong 4-9-2013 08:44 PM
[fbv]362222087241473[/fbv]
Quote Acong 4-9-2013 09:09 PM

Quote Acong 4-9-2013 09:26 PM
[fbv]414400438665212[/fbv]

Quote lolipopmanish 4-9-2013 09:40 PM
Acong posted on 4-9-2013 09:09 PM

takpe. minyak ron 97 dah naik pon 15sen. dah nampak MAHAL dr ron 95
Quote vespa_oren 4-9-2013 09:48 PM
Aku baca siapa tempelak menteri tadi, jika xnaik harga barang suro menteri tu bukak kedai sendirilah
Quote Cuai 4-9-2013 09:52 PM
tongkatwaran75 posted on 4-9-2013 08:03 PM
ada aku kesah -

lkhlas dari;

kurang tepat..

ada "kiterorg" kesah -

lkhlas dari;
BIJAN & KAK MAH

Quote Anak_Nogori 4-9-2013 09:55 PM
betul lah dia cakap tu....disamping KPDNKK asik duk beri amaran tanpa mengambil tindakan dan rakyat plak masih gak mencekik barang yg dikatakan mahal krn subsidi dikurangkan ini tanpa memboikotnya...jangan salahkan Ikhlas..
Quote ekmal_sorrow 4-9-2013 10:33 PM
yess!! IKHLAS mmg patut mintak kerajaan serang pembekal /pengilang/pemborong terlebih dahulu....
bkn peniaga. itu hak mereka.....



cuma.....


Kalo IKHLAS (especially mamak and PRESMA), bising kat kerajaan bila harga minyak naik,
itu menunjukan kebodohan mereka sebenornye.....sbb dulu diorng pakat pangkah BN.
diorng xde hak.



INGAT!!
sape undi Be End masa election ari tu....diorng xde hak langsung mengeluh harga minyak naik.
skali pun mangkuk2 ne sependapat ngan pembangkang...
Quote azharariff 4-9-2013 10:43 PM
ini namanya IKHLAS tapi jauh, mamak style.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.076351 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top