CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dah Tak Ada Benda Lain Nak Dijadikan Burger, Tarantula Juga Dipilihnya!

16-4-2018 04:21 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3176| Komen: 8|Original author: Oleh: Suzy

Description: Restoran burger di Durham, Carolina Utara, menawarkan menu tambahan istimewa untuk pemilihan topping bulan ini, iaitu seekor tarantula! Pendekatan unik dan ‘menakutkan’ ini bertujuan untuk menarik l ...


Restoran burger di Durham, Carolina Utara, menawarkan menu tambahan istimewa untuk pemilihan topping bulan ini, iaitu seekor tarantula! Pendekatan unik dan ‘menakutkan’ ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke premis tersebut.

Mengikut keterangan di laman web restoran tersebut, Tarantula Burger yang dihidangkan secara eksklusif di Bull City Burger and Brewery pada April, merupakan burger yang dihidangkan menggunakan daging lembu dari lembu tempatan, disirami sos cili pedas, keju gruyere dan tarantula panggang.


Foto: Twitter Bull City

Menurut jurucakap restoran, pelanggan yang telah mencuba menu pelik itu memaklumkan rasa tarantula itu seperti ketam dan logam. Menariknya, rasa setiap anggota badan serangga tersebut adalah berlainan. 

Untuk menikmati menu ini, pelanggan perlu membayar sebanyak ASD30 (RM116) untuk menyertai satu undian. Mereka yang berjaya,  berpeluang menikmati burger tersebut serta mendapat sehelai baju T.


Foto: Twitter Bull City

Seorang pemenang akan dipilih setiap hari dan nombor tiket mereka dikongsi di media sosial. Mereka kemudian mempunyai masa selama 48 jam untuk menghubungi restoran tersebut dan menetapkan masa untuk menuntut hadiah burger tarantula itu.

Setakat ini, seramai empat orang pengunjung sudah mencuba menu tersebut dan restoran berkenaan memiliki sebanyak 18 ekor tarantula untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Selain burger tarantula, restoran tersebut turut menawarkan menu burger yang dihidangkan bersama daging buaya air masin, iguana, ular sawa, seladang dan kura-kura.

Sungguh eksotik! Sehingga kini, apa makanan paling eksotik pernah anda makan? - CARI
5

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 16-4-2018 04:35 PM
xlalu den nk tolan..
Quote imransulaiman 16-4-2018 05:09 PM
Paling eksotik yang pernah saya makan - ulat sayur... {:good
Quote Artemesiaa 16-4-2018 06:36 PM
Pengemar makanan exotic je suka makan makanan pelik2 cam ni
Quote sapeka 18-4-2018 08:22 AM
hmmm
sedap ke?
tak rasa ke bisa dia bila tergigit tu?
Quote damian_lee 19-4-2018 01:13 PM
Nape aku rasa mcm sedap????
Crunchy ke kulit tarantula tu
Ala2 letak nachos. ...
Quote chazey 19-4-2018 01:26 PM
damian_lee replied at 19-4-2018 01:13 PM
Nape aku rasa mcm sedap????
Crunchy ke kulit tarantula tu
Ala2 letak nachos. ...

Euw! Sah2 la tak sedap! Ai terbayang rasa macam kayu pastu ada rasa pedas2 menggigit sebab tarantula kan berbisa. Euw!
Quote kurga 19-4-2018 04:36 PM
siapa yg istiharkan tarantula tu x racun tika makan yek? yer la..kot pas makan.. tergolek kejung..
Quote hasniey 21-4-2018 01:25 AM
Mahal burgernye. Bukan ke tarantula ni yg org thai & vietnam mkn?diorg goreng

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.069790 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top