CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Krim Payudara Rupanya Tegang Sementara Ja! Lagi Teruk Boleh Kena Kanser..

17-4-2018 12:10 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10230| Komen: 20|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Semakin canggih teknologi, semakin pelik manusianya. Lihat sahaja di media elektronik dan media sosial, ramai wanita yang menayangkan ‘aset’ masing-masing dengan alasan mahu kelihatan cantik. Sana t ...
Semakin canggih teknologi, semakin pelik manusianya. Lihat sahaja di media elektronik dan media sosial, ramai wanita yang menayangkan ‘aset’ masing-masing dengan alasan mahu kelihatan cantik. Sana terdedah, sini terlebih, semuanya melampau!

Apatah lagi bila pengasas produk kecantikan sendiri menyarankan agar wanita perlu seksi supaya lebih yakin diri. Maka golongan ini sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa memakai produk yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun.

Antara yang hangat diperkatakan ialah penjualan produk membesar atau menegangkan payudara yang dijual secara meluas dalam online.

Kononnya ia berkesan dalam masa singkat menyebabkan ramai wanita mahu memiliki aset idaman mereka dengan harga yang murah.

Ikuti perkongsian mantan doktor payudara dan pembedahan Endokrin Putrajaya, Dr Yazeed Hair Johari berkenaan mitos krim payudara ini. Lebih teruk lagi, ia membahayakan kesihatan wanita!

1)    Fakta
Payudara wanita mengandungi tisu lemak, nodules dan ligamen. Ia dilindungi oleh kulit dan puting.  Perubahan payudara selalunya bergantung kepada umur, genetik, gaya hidup seperti merokok atau tidak dan sebagainya.

2) Kandungan krim
Secara amnya, kebanyakkan krim tegang payudara ini mengandungi Retin-A dan Phytoestrogen. Retin-A adalah krim anti kedut manakala Phytoestrogen adalah hormon estrogen buatan. Dan banyak lagi kandungan yang belum habis dikaji oleh FDA berkaitan keselamatan, risiko dan efek jangka masa panjang.


3) Mitos
Kesimpulannya, krim ini akan menyebabkan 'ilusi sementara' disebabkan ketegangan kulit yang sementara. SILA HADAM , TIDAK ADA KRIM yang boleh mengubah struktur dalaman payudara!

4) Risiko kanser
Disebabkan perubahan hormon bukan semulajadi (penambahan gantian hormon estrogen) ia sebenarnya meningkatkan risiko kanser payudara.

5) Penipu
Hati-hati! Ada juga si penjual sebenarnya laki yang bertopengkan gambar cendol, ada kes si penjual meminta gambar payudara dari pembeli dan ada yang lurus pula berkongsi momen tersebut. Sungguh tak bermoral!

Jadi, anda jawab soalan ini, mahu cantik yang sementara atau cantik semulajadi dan menerima seadanya? - CARI 

Kredit :  FB Dr Yazeed Hair Johari


11

Bagus
14

Marah
28

Terkejut
13

Sedih
19

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-4-2018 12:16 PM
Gi guna product timbang kati ni buat hapa kan dah banyak kali dilapurkan ianya membahayakan
Quote haryatie 17-4-2018 12:20 PM
nak juga guna kenapa
x cukup dn bersyukur ke dgn apa yg ada tu..
nak mcam2 lagikkk..
padan muka sendiri laaaa kalau jadi apa2...
Quote chicozinn 17-4-2018 12:38 PM
nyaris nak terbeli dulu sbab pas BF tek meollss da xcam zaman anak dara dlu..uhuk2..skang meollss wat senaman je google je snang
Quote epis 17-4-2018 01:50 PM
Sama la mcm krim gel pembesar zakar ape sume tu.. dah la bersepah2 iklan..
Quote buapakperut 17-4-2018 02:38 PM
medically krim2 sapu nk ilangkan selulit la nk beso kan ketet ni semua propa. n ketet ni banyak shape n sizes so just terima jela apa yang ada. yang penting tak juling n boleh berfungsi dengan baik. exercise banyak2 la. kalau gigih sangat
Quote teha86 17-4-2018 02:49 PM
sape percaya dan beli adalah kategori golongan bodoh..sekian
Quote idakamaruddin 17-4-2018 03:44 PM
terima la hakikat dh beranak stop BF mmg teks akan leper x mcm anak dara

alahai apa guna bra push up dekk..gigih sgt nk besar2 buat apa... malu kalau terjojol kalau pakai baju..

setakat utk laki tgk, nak nampak sexy dpn tok laki, lingerie kan byk

xyah gigih nk try mcm2 tp laki sendiri kepam xnk usaha utk fit kt bini buat apa

Quote babydoll 17-4-2018 05:43 PM
@moonbug , kawan i dah cancel nk bagi besar lps dia baca ni. huhuhu..



takut sis. blh dpt cancer


Quote sapeka 18-4-2018 08:53 AM
kenapa perlu guna krim macam ni?
pelik2 la dorang ni
Quote chicozinn 18-4-2018 11:08 AM
skang da bersepah la krim tek ni..antara yg letoppss puding, pastu krim tek anj tu..tu yg si bapok riz lalat pon jual krim montot lg la gayah pon rmai order nk bsarkn montot..pliss lah
Quote sue_liah 21-4-2018 08:51 AM
berani guna krim utk tegang la beso la

berani juga la tanggung risikonya

dh tahu skrg ni rmai yg jual mcm2 nak cepat kaya

lg2 produk kecantikan laku keras
Quote evlinne 21-4-2018 09:30 AM
Beli dari amazon lah senang sikit. Kebanyakan krim kat situ FDA approved and diyakini. Krim lokal ni tahpape bahan diguna, KKM certified pun nanhadoo!!!!!
Quote a'isha 22-4-2018 12:38 AM
Takutnya... Tgh pakai skang bustelle dr rusia. Mahal sgt reganya. Igtkan selamat kalu pakai krim dr buat pembedahan.. so takde cara lah
Quote a'isha 22-4-2018 12:38 AM
evlinne replied at 21-4-2018 09:30 AM
Beli dari amazon lah senang sikit. Kebanyakan krim kat situ FDA approved and diyakini. Krim lokal ni ...

Apa produk amazon?? Jenama? Kalu yg farmasi ok tak?
Quote Cari-Azza 22-4-2018 06:40 PM
babydoll replied at 17-4-2018 05:43 PM
@moonbug , kawan i dah cancel nk bagi besar lps dia baca ni. huhuhu..

Ya, sebaik-baiknya elakkan. Syukur kawan u cancelkan

Quote naina 23-4-2018 12:47 PM
Try makan manjakani, halba.. Katanya boleh rangsang pertumbuhan sel payudara. Iols pon berminat nak cuba pas pantang nnti. Original dan homemade la..
Quote evlinne 24-4-2018 12:48 PM
a'isha replied at 22-4-2018 12:38 AM
Apa produk amazon?? Jenama? Kalu yg farmasi ok tak?

U try search bust/breast cream or pill. Tengok review mana yg okay and sesuai dgn poket uolss.
Quote Elanafura 9-9-2020 11:57 AM
bustmaxx bagus utk besarkan payudara yg terbantut pertumbuhan dari akilbaligh,, mak2 yg breast jadi kecik dan kecut sebab bf anak..produk ni bagus sbb biasa produk us  diorg ada r&d utk keberkesanan,sbb tu berkesan & selamat klu nk dibandingkan produk2 local..boleh whatsapp  01139291480 kalau nk dapatkan produk ni .
Quote Kak-Leen 30-9-2020 04:59 PM
Kalau rajin, ambil daun sirih & layurkan sekejap. Lepas tu letak minyak kelapa @ olive oil dan tepek kat breast. Pakai bra. Kesan tu lambat tp selamat.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066387 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top