CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pakai Gelang Ini Untuk Elak Serangan Seksual!

17-4-2018 03:47 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 2834| Komen: 3|Original author: Oleh: Ayu

Description: Wanita seringkali menjadi mangsa serangan seksual. Oleh kerana itu, semakin ramai yang tidak berani untuk keluar bersendirian terutamanya pada waktu malam.


Wanita seringkali menjadi mangsa serangan seksual. Oleh kerana itu, semakin ramai yang tidak berani untuk keluar bersendirian terutamanya pada waktu malam. 

Lantaran itu, seorang penuntut Universiti Alabama, Amerika Syarikat telah berjaya menghasilkan gelang tangan pintar bagi mencegah jenayah tersebut daripada terus berlaku. 

Pelajar terbabit, Jayun Patel berkata, gelang yang dihasilkan itu akan menghantar isyarat apabila ia mengesan sebarang pergerakan dan perubahan pada tubuh pemakainya. 


Foto: Universiti Alabama

Isyarat tanda bahaya itu akan terus memberi amaran kepada polis atau mana-mana pihak yang berada dalam senarai nama pemakai bahawa individu berkenaan diganggu.

Gelang canggih itu akan segera menghantar mesej kepada pihak kecemasan termasuk maklumat tentang lokasi pemakai kepada telefon pintar melalui Bluetooth.

Selain itu, pancaran cahaya merah dan bunyi penggera yang kuat turut dipasang bagi menakutkan penyerang dan menarik perhatian orang ramai yang berada berhampiran.



Menurut Profesor Madya Dr. Ragib Hasan yang juga terlibat dalam menghasilkan alatan canggih itu memberitahu, gelang tersebut dapat melindungi pemakainya daripada serangan seksual yang sering berlaku di kampus kolej seperti di universiti berkenaan.

Uniknya gelang itu, ia juga boleh mengesan sama ada pemakainya sedang dalam posisi berdiri atau baring serta dilengkapi teknologi Adafruit Circuit Playground, pengesan tekanan, Sistem Kedudukan Global (GPS) dan mikrofon.

“Cabaran besar untuk menghalang serangan ialah mangsa lazimnya sukar untuk melepaskan diri bagi mendapatkan bantuan.

“Sangat sukar bagi individu yang sedang bergelut dengan penjenayah, mencari ruang menekan butang telefon untuk meminta bantuan,” katanya.

Gelang berkenaan dijangka akan dijual pada harga kurang daripada ASD40 (RM155). Patel juga berkata dia bercadang mencipta lebih banyak barangan yang berfungsi untuk menjaga keselamatan orang ramai seperti kasut dan anting-anting. 

Terdahulu, beberapa individu turut mencipta aksesori lain yang boleh digunakan wanita untuk dijadikan senjata serta pelindung mereka daripada menjadi mangsa kekejaman manusia gila seks. 


30

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
22

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 17-4-2018 04:10 PM
wau..senang sket nk pkai nye..
Quote buapakperut 17-4-2018 04:25 PM
tapi guna bluetooth je limited la skop tempat aplikasinya. btw tetap berguna n chic lak tu
Quote cik-jaja 17-4-2018 06:01 PM
ok la nmpk selamat sket berbanding bra n selipar tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060200 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top