CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Bergelar Ibu Ini Tak Menyesal Berhenti Kerja. Kalian Bila Lagi?

24-4-2018 11:59 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 13763| Komen: 111|Original author: Oleh: Whitney

Description: Ramai wanita hari ini yang bekerja untuk perbelanjaan sendiri atau membantu suami dari segi kewangan keluarga. Tidak dinafikan, kos sara hidup sekarang semakin tinggi dan memerlukan suami dan isteri s ...
Ramai wanita hari ini yang bekerja untuk perbelanjaan sendiri atau membantu suami dari segi kewangan keluarga. Tidak dinafikan, kos sara hidup sekarang semakin tinggi dan memerlukan suami dan isteri sama-sama bekerja.


Biasalah, dalam pekerjaan kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan juga masalah. Demi mencari rezeki, seseorang wanita itu perlu sabar, memperbaiki diri dan bijak mengawal tekanan ditempat kerja. Bagaimanapun, kadang kala ada yang tewas akibat tekanan kerja dan sikap majikan atau rakan sekerja sehingga seseorang wanita lebih-lebih lagi yang bergelar ibu membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah.

Seorang pengguna Facebook bernama Surina Shahril Rayyan menaikkan satu status lega setelah enam bulan dia berhenti kerja. Benar, bukan mudah untuk membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sambil menjalankan online bisnes kerana ia mempunyai cabaran tersendiri. Bagaimanapun, wanita ini berasa gembira dan langsung tidak menyesal dengan keputusannya.



Punch Card Terakhir di tempat kerja.



Ramai netizen berstatus isteri dan ibu yang masih lagi bekerja bercita-cita untuk menjadi suri rumah dan akan mengikut jejak langkah wanita ini. Ternyata, menjadi suri rumah dan menjaga sendiri anak-anak adalah idaman ramai wanita dan boleh memberikan ketenangan dan kepuasan kepada mereka. 

Netizen yang sudah menjadi suri rumah juga berkongsi pengalaman mereka selepas berhenti kerja. Walaupun ramai yang pada mulanya takut dan risau untuk berhenti kerja, tetapi disebabkan mereka yakin dan redha dengan keputusan yang buat, kini mereka berasa puas dengan kehidupan sekarang.


Apa-apa pun, setiap orang mempunyai matlamat hidup tersendiri dan bebas untuk membuat keputusan apatah lagi melakukan perkara yang diingini. Kita mungkin akan kehilangan sesuatu yang dianggap penting tetapi dalam masa yang sama akan mendapat sesuatu yang benilai juga. Buatlah keputusan dengan bijak. Setuju tak? - CARI 
6

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 24-4-2018 12:04 PM
betul la tu... yg penting duk umah jgn duduk saja, kena buat sesuatu yg mendatangkan income
Quote missinpiece 24-4-2018 12:25 PM
Samela...bonus 10 bulan x menjamin keikhlasan bekerja..
Quote lkick2113 24-4-2018 12:36 PM
Sebijik Cam bini aku. Income biz Dia lagi lebat dari time kerja dulu.
Quote makkenits 24-4-2018 12:45 PM
good for her.. impian aku gak nak bhenti keja tp komitmen tinggi..  x adil nak suruh laki aku plak settlekan hutang2 aku

for her, kalo bhenti keja tetap tapi ada kesedaran utk cari side income, xpe la..bukan apa, sbg back-up in case terjadi benda tak baik dlm kehidupan lps tu.. mcm laki kena bhenti keja, laki kawin lain, laki umo x panjang, etc.. bukan saja berfikiran negatif, tp just being cautious..
Quote cmf_premierleag 24-4-2018 12:54 PM
ko ada laki bleh la selamba nak berenti keje jaga anak lps tu buat posting mcm tu
abih tu ibu2 tunggal lain yg kematian suami cemana? takkan nak mintak nafkah dr laki ko lak..kang ko gak mengamuk
even yg andartu pun, mana bleh resign gitu je
abih tu takkan nak suruh diorg cari sugar dedi utk sara diorg
kang ko gak kata diorg berzina tambah dosa bagai
dah paham sgt la acik2 kepam ni punya thinking
Quote kroit92 24-4-2018 12:56 PM
I very the salute suri rumah maximum fly high high over the roof (rip english)

di zaman serba-serbi kesempitan ekonomi
orang ramai kerja lebih masa supaya tak hidup melarat,
tapi sayang, masa dengan anak-anak terkorban

entah apa dibuat budak2 tu seharian pun tak tau
tiba2 je dah besar.. tiba2 je sambut birthday lagi, rasa macam baru sambut 2 minggu lepas..

tapi kena prepare jugak, sebab sepenuhnya bergantung pada suami
jiran aku dulu, tiba2 arwah suaminya diserang sakit jantung, meninggal
beliau suri rumah je, anak2 kecik lagi. takde punca pendapatan. tak reti bawa kereta.

in the end, anak dia yang umo 15 tahun waktu tu drive kereta bawa family balik kampung

bagus berhenti kerja jadi suri rumah sepenuh masa ni
just, be prepared for any possible events.
bukan paranoid, just, be prepared lah.

another thing: elakkan membawang dengan PBBP (Persatuan Bawang-Bawang Perumahan)
very the toxic la those makciks radio bergerak
Quote Diamje 24-4-2018 01:05 PM
syukur ada bisnes online. aku ni nk meniaga apa pon x reti. Rasa useless kdg2.
Quote Afifi82 24-4-2018 01:34 PM
Kita xmampu nak berenti kerja.Loan rumah,kereta & segala jadah bersepah2. -__-'
Quote idakamaruddin 24-4-2018 01:50 PM
cmf_premierleag replied at 24-4-2018 12:54 PM
ko ada laki bleh la selamba nak berenti keje jaga anak lps tu buat posting mcm tu
abih tu ibu2 tung ...

yess tau la kan dia suka ngn life skg tp xyah la buat status mcmtu

syukur la dia resign dpt bole relaks n mcm nk bgtau mak2 yg keje ni better resign

ehh hello life u tak sama ngn life org lain ok




Quote siputsedut 24-4-2018 01:52 PM
Tak minat bisnes...tak lawa mcm instafemes nk review2 produk...nak ngasuh anak org..hmmmmmm...takut x ikhlas nnt...so kalau berhenti keje..nak cari side income camne? Ade idea x keje yg surirumah boleh buat tp income lebat
Quote cmf_premierleag 24-4-2018 01:54 PM
idakamaruddin replied at 24-4-2018 01:50 PM
yess tau la kan dia suka ngn life skg tp xyah la buat status mcmtu

syukur la dia resign dpt bo ...

biasalah tu sis..acik2 kepam ni, bila dpt main fb ig, gitu lah nak show off memanjang
sbb tu kaka dah x masuk lg FB
x kuasa nak baca posting2 memualkan dr acik2 kepam ni (dah la suka selfie satu hal)
so kalo ko resign , mmg la ko kene jaga anak
abih tu takkan nak campak anak ko dlm lombong lak
pastu buat posting syukur2 bagai mcm la pompuan lain yg bekerja sume lahanat sbb abaikan keluarga

Quote grizz 24-4-2018 01:55 PM
waaa..nk benti gak..
Quote idakamaruddin 24-4-2018 01:58 PM
cmf_premierleag replied at 24-4-2018 01:54 PM
biasalah tu sis..acik2 kepam ni, bila dpt main fb ig, gitu lah nak show off memanjang
sbb tu kaka ...

yee sis iols pn ada kwn2 kt fb skg ada la yg resign jaga anak buat online business

hari2 sehari mesti 3-5 post pasal sonoknye life skg, upload gmba anak2, upload buat bekal anak, amik n hantar anak sekolah, masak la, berkebun la bla2..pastu sambil tu post produk2... pastu kalau kita komen kt gmba produk cpt2 pm tny nak beli ke x..

see kt makcik yg bekerja ni la ko harap bole beli brg2 ko hehhe

iolss sllu kagum gak la tgk kawan2 iolss berenti keje beranak tp2 tahun..iols blm smpai tahap tu..my hb minta tambah anak pn iols ckp x nk dh...

yeee rezeki dorang bole jg anak tok laki sume 24j, kita pun jaga jugak apa
Quote cmf_premierleag 24-4-2018 02:02 PM
idakamaruddin replied at 24-4-2018 01:58 PM
yee sis iols pn ada kwn2 kt fb skg ada la yg resign jaga anak buat online business

hari2 sehari ...

at least uols lembut hati la jugak nak beli barang dr diorangkalo akak, tak hengen akak nak beli
baik akak beli kat kedai shopping mall sapot ekonomi kaum cainis DAP parti roket lagi puas hati

see....betapa busuknya hati iols khheeenn
eh duit iols, sukati iols la kan sbb iols susah payah kerja nak cari duit
Quote idakamaruddin 24-4-2018 02:05 PM
cmf_premierleag replied at 24-4-2018 02:02 PM
at least uols lembut hati la jugak nak beli barang dr diorangkalo akak, tak hengen akak nak beli
...

tak la xpenah beli pn kaka tp saje je nk tau brp dia jual apa sume

gigih pm htr sume gamba produk..tu pn sbb kawan2 ms belajar layan gak la pm dorang hahaha
Quote haryatie 24-4-2018 02:21 PM
belum time lagi nk brenti keje
kena sara diri sendiri & anak2..tu jerk income yg ada
nk berbisnes bagai malas nak fikir macam2 ..
duit x masyuk..stress yg masyuk..
ni aman2 cukup bulan dpt gaji..
Quote saviour_09 24-4-2018 02:30 PM

yeah2 yadayada......
lain padang lain belalang, lain orang lain ragam
yg sebenarnya kalo kpi dapat A tak berhenti kan?

tak mampo lagi aku berhusnudzon dgn post2 sebegini saban hari
ampun kan aku
Quote fushimi 24-4-2018 02:50 PM
cmf_premierleag replied at 24-4-2018 12:54 PM
ko ada laki bleh la selamba nak berenti keje jaga anak lps tu buat posting mcm tu
abih tu ibu2 tung ...

zaman sekarang kan ramai batak viral


Quote fushimi 24-4-2018 02:56 PM
siputsedut replied at 24-4-2018 01:52 PM
Tak minat bisnes...tak lawa mcm instafemes nk review2 produk...nak ngasuh anak org..hmmmmmm...takut  ...

iols rasa sekarang ni kalau nak berniaga baik berniaga makanan je
tapi pastikan sodap







Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.073386 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top