CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Kalah Cantiknya! 6 Artis Malaysia Seiras Dengan Artis Korea

3-5-2018 01:28 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 11767| Komen: 50|Original author: Oleh: Faizal

Description: DI Malaysia pasti ramai yang mengidam-idamkan mempunyai kulit wajah seperti pelakon-pelaon dari korea yang licin dan mulus. Jangan asyik melihat mereka sahaja. Apa jom lihat beberapa artis dari Malays ...
Di Malaysia pasti ramai yang mengidam-idamkan mempunyai kulit wajah seperti pelakon-pelaon dari Korea yang licin dan mulus. Jangan asyik melihat mereka sahaja sebabnya di negara pun apa kurangnya artis yang secantik mereka ini!

Apa kata jom lihat beberapa artis dari Malaysia yang mempunyai iras wajah yang serupa dengan artis-artis di Korea.

1. Nora Danish & Song Ji Hyo



Nora Danish seringkali dikatakan ‘Song Ji Hyo Malaysia’ kerana wajahnya yang kelihatan serupa dengan bintang Running Man tersebut.  Kedua-duanya sama comel dan mempunyai raut wajah yang lebih kurang sama. Namun itu semua yang digembar-gemburkan oleh orang Malaysia, apa pula pandangan orang Korea apabila melihat gambar Nora Danish? Anda pula rasa bagaimana?

2. Song Hye Kyeo & Siti Nurhaliza



Bila keduanya tersenyum, memang betul-betul sama wajah mereka. Walaupun Siti Nurhaliza bertudung, iras wajahnya dengan Song Hye Kyeo tetap mempunyai persamaan. Song Hye Kyeo hebat dalam bidang lakonan manakala Siti Nurhaliza dalam bidang nyanyian dipukul rata. Hebat kan mereka berdua?

3. Kim So Hyun & Liyana Jasmay


Keduanya nampak comel kan? Sekali pandang keduanya umpama masih bersekolah lagi. Rambut yang panjang dan susuk tubuh yang genit mungkin sahaja antara perkara yang membuatkan mereka berdua ini mempunyai iras yang sama. Walaupun keduanya nampak masih muda, mereka tetap matang dalam lakonan yang mereka tampilkan tak kira dalam drama mahupun filem.

4. Kim Go-Eun & Janna Nick


Persamaan yang ketara antara kedua artis ini ialah senyuman dan style rambut yang agak sama. Keduanya adalah pelaon yang masih lagi baru dalam industri dan sedang menempa nama. Gaya-gaya ala-ala kelelakian berambut pendek yang hip tentu sahaja menarik minat ramai jejaka diluar sana sehingga gila bayang bila melihat keduanya keluar dalam siri-siri drama ataupun filem.

5. Go Ara & Leez AF


Sama cantik dan sama manisnya. Struktur muka dan wajah yang serupa mungkin ramai yang tersilap meneka antara mereka berdua ini. Kedua-duanya juga pelakon berbakat yang pandai membuat pelbagai mimik muka comel dengan bersahaja. Bila menangis, kita pun tumpang sedih. Kan?? Drama terbaru Go Ara adalah Hwarang. Leez AF kini manis bertudung.

6. Choi Ji Woo & Erra Fazira


Tidak dinafikan wajah kedua artis ini mempunyai persamaan. Mungkin dari bentuk muka mereka sama. Masing-masing merupakan pelakon drama, filem dan juga menjadi duta pelbagai produk.

Choi Ji Woo terkenal di Asia dengan drama Winter Sonata manakala Erra kekal di ingatan peminat sehingga kini dengan filem Sembilu dan banyak lagi.

Tentu anda rasa ada lagi artis-artis negara kita yang muka iras-iras dengan artis dari Korea. Jadi apa kata anda? - CARI 

5

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
11

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aderaderker 3-5-2018 01:52 PM
Eww sungguh comparison....
Quote buapakperut 3-5-2018 02:31 PM
yang first sama tang kening je. yang berikutnya sila hanyut dan tenggelam ke jurang mariano...
Quote Artemesiaa 3-5-2018 02:42 PM
Gigihnya tapi masih jauh lagi tu bau belancannya masih kuat susah nak sama dengan geng kimchi, btw dah macam kat Indon pulak gigih memasing nak nampak sama dengan retis korea ni
Quote tagas 3-5-2018 02:44 PM
korean fake

cuba tgk muka seblum modified

mcm tiang jamban
Quote misssakura 3-5-2018 03:03 PM
Muka shilalat ade iras jesicca apa tah dkt korea tu. Tp lawa shilalat lagi bg iols.cuma sheol bam2.
Quote makton 3-5-2018 03:17 PM
aku tak tau nak gelak ke nak nangis tgk comparison ni
Quote grizz 3-5-2018 03:18 PM
gigih tol cari yg same..
Quote Miming2 3-5-2018 03:27 PM
Ya rabbi.. Teruk dah rabun kau tt
Quote nishikido 3-5-2018 03:32 PM
Tahap lawa tu bagi iolls tokti dgan kak erra jah yg bole mnandingi..yg lain hanyut.siapa lah yg buat comparison ni.jauh naw2 muka yg dsebut.. bukan nak kata artis kita tak lawa cuma artis Korea yg dbandingkan tu smua mmg trknal dgn kecantikan dorg so comparison ni tak legit laa
Quote abangadek 3-5-2018 03:36 PM
nowa tu iras boned je aku tengok
Quote beeeee 3-5-2018 03:56 PM
hahahahahah asal boleh je kau compare yek
Quote Zazama 3-5-2018 03:57 PM
Tak adil n tak layak nak compare artis Msia dgn Korea sbb artis Korea fake. Cantik diorg hampir sume artis diorg buat pembedahan plastik!
Quote cassriena 3-5-2018 04:11 PM
no.3 tu celah mana yg iras pun x tahu
Quote mieymiey 3-5-2018 04:12 PM
Langsung tak sama atau mata i yang kero?
Quote yokoono 3-5-2018 04:14 PM

jilake sgguh reporter yg tulis artikel ni. celah mana?
Quote umbut 3-5-2018 04:21 PM
X sanggup aku ngaku seiras.. lagi2 muka lyana jasmay
Quote noraidil_06 3-5-2018 04:22 PM
Artis korea tu semua fake. Tayah compare la
Quote Zaien 3-5-2018 04:28 PM
comparison ape nih hahahaha
Quote moonbug 3-5-2018 04:51 PM
Kat mana irasnya diorang ni? Especially no 1 dgn 3. Jauh ke laut Hindi menyimpang

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060851 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top