CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Maklum Tiga Bulan Awal,"- Sheila Rusly Kecewa Dengan Syafiq Kyle

14-5-2018 12:38 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 17302| Komen: 98|Original author: Oleh: Amirah

Description: Nampaknya kegagalan pengurusan Shafiq Kyle menguruskan jadual dengan baik, Sheila Rusly terpaksa membatalkan niat untuk memulakan penggambaran Dekatkan Jarak Kita edisi raya.
Nampaknya kegagalan pengurusan Shafiq Kyle menguruskan jadual dengan baik, Sheila Rusly terpaksa membatalkan niat untuk memulakan penggambaran Dekatkan Jarak Kita edisi raya.


Sheila sendiri telah memaklumkan kepada pengurusan Syafiq tiga bulan lebih awal untuk memulakan penggambaran drama tersebut.

Tanpa kehadiran Syafiq, drama tersebut tiada guna untuk diteruskan. Apa yang boleh dilakukan adalah menangguhkan dahulu.
 
Foto: IG Sheila Rusly
"Skrip drama itu sudah pun siap tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana jadual Syafiq penuh dan memang saya sangat kecewa.

"Jujurnya saya kecewa dengan pihak pengurusannya kerana kami telah memaklumkan tiga bulan lebih awal untuk mendapatkan tarikhnya namun jadual dia penuh.


"Saya tidak mahu ambil pengganti pelakon lelaki lain kerana ia sudah merosakkan keseluruhan cerita asal selain idea menghasilkan Dekatkan Jarak Kita edisi raya telah dipersetujui oleh pihak stesen televisyen," katanya.

Gandingan lakonan Syafiq Kyle dan Ayda Jebat dalam drama tersebut telah memberi hasil terbaik apabila berjaya memenangi anugerah  Pasangan Pilihan dalam Drama Festival Kuala Lumpur yang dilangsungkan semalam.


"Saya tidak mahu memperjudikan produk saya kerana kualiti dan kepuasan penonton adalah keutamaan saya.

"Drama ini saya simpan, Insya-Allah untuk Hari Raya Aidiladha... tidak mengapa saya kecewa daripada saya buat penonton kecewa," katanya.

Foto: Carian Internet
Syafiq juga kesal dengan salah faham yang berlaku antara pengurusannya dan Sheila Rusly kerana tidak dapat menjayakan drama untuk edisi raya tersebut.

Foto: IG Ayda Jebat
"Saya sendiri kecewa sebab tak dapat bersama-sama menjayakan drama itu kerana jadual memang padat bagaimanapun saya kena pandang positif tentang apa yang berlaku.

"Hubungan saya dengan JS Pictures tiada masalah cuma apa yang ditimbulkan hanyalah salah faham dan saya sendiri akan mohon maaf kepada Sheila," jelasnya.

Maklumlah tengah popular sekarang. Jadual pun jadi padat sampai permintaan Sheila pun secara tidak sengaja ‘dipinggirkan’. - CARI
1

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 14-5-2018 01:20 PM
syafiq kyle ni makin lama makin ensem.. ouchhh!
Quote grizz 14-5-2018 01:25 PM
best sgt ke die ni belakon ngan AJ dlm cite tu..
xpenah tgk lak..
Quote alieyrina 14-5-2018 01:30 PM
Kaann..nampak manly semenjak 2 menjak ni
Quote mimi77 14-5-2018 01:30 PM
shawn lofa kan manager dia?
Quote prettyuglybabe 14-5-2018 01:41 PM
kalau maklumkan tiga bulan awal pun, dah jadual dia penuh, nak buat cam mana..
tak adil la juga nak salahkan pengurusan..
lain la kalau dah maklumkan awal tapi pengurusan slotkan dia untuk offer yang datang kemudian, memang patut la pengurusan kena hentam..
Quote armin 14-5-2018 02:07 PM
Dah maklumkan tu bayar deposit ke tak? Ke cakap mulut je?
Quote xixin5230 14-5-2018 02:09 PM
Dh mmg jadual tgh padat sis...job lebatsss...
Quote kucingitam 14-5-2018 02:11 PM
tgk dia kurus dlm melodi semalam...memang kurus gitu ke dr dulu?
Quote CrowneGlory 14-5-2018 02:12 PM
x payah pun takper la...drama2 ko bukan best pun
Quote beeeee 14-5-2018 02:14 PM
prettyuglybabe replied at 14-5-2018 01:41 PM
kalau maklumkan tiga bulan awal pun, dah jadual dia penuh, nak buat cam mana..
tak adil la juga nak ...

khuensss iolls pun setuju jek dgn pendapat chuolls. Takleh salah kan pengurusan jugak jadual capik penuh maksudnya kena booking slot 6 months early? fulemak laku keras capik kyle
Quote Parit.Hilton 14-5-2018 02:15 PM
adoi aku selalu confuse dia ni dengan laki si hanis zalikha tu.
Quote mieymiey 14-5-2018 02:16 PM
prettyuglybabe replied at 14-5-2018 01:41 PM
kalau maklumkan tiga bulan awal pun, dah jadual dia penuh, nak buat cam mana..
tak adil la juga nak ...

Kan? Lain la kalau sepanjang 3 bulan tu jadual dia ada kosong kemudian SR dah booked tetiba management dia ambik job lain. Dah memang takder kosong, takkan nak cancel job lain semata-mata nak ambik job dari SR.
Quote mamapea 14-5-2018 02:24 PM
aku rasa yg undi drama tu menang mesti peminat2 shafik kyle ni...
x nmpk pun peminat2 aj smlm..
Quote GigaMom 14-5-2018 02:26 PM
Ai blm tgerak tbuka hati nk tgok cta mly lain slps 7hm.
Tguu laa
Quote BebeQ 14-5-2018 02:27 PM
aku ni tengok la juga drama tu dulu tapi aku nak kata yang lakonan aida jebat sangat kayu. kayu  dik~

Quote aammyy 14-5-2018 02:30 PM
Parit.Hilton replied at 14-5-2018 02:15 PM
adoi aku selalu confuse dia ni dengan laki si hanis zalikha tu.

Why?? Si hairul pernah jadi hero drama ke chuolls?
Quote F685 14-5-2018 02:34 PM
Jadual penuh SK ni

Drama bersiri Astro
Filem
Next Akasia dengan Nely

Quote iznanaziz 14-5-2018 02:47 PM
grizz replied at 14-5-2018 01:25 PM
best sgt ke die ni belakon ngan AJ dlm cite tu..
xpenah tgk lak..

sama ar, kita pun tak tgk.
Quote Membercaribaru 14-5-2018 02:50 PM
mamapea replied at 14-5-2018 02:24 PM
aku rasa yg undi drama tu menang mesti peminat2 shafik kyle ni...
x nmpk pun peminat2 aj smlm..

tambah peminat lofa sekaliii. fans lopa pun ada yang sokong syafiq. sama-sama menyokong kekdahnya

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.071783 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top