CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kamala Khan - Marvel Pun Dah Ada Watak Superhero Muslim. Peminat Teruja!

15-5-2018 12:56 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 5255| Komen: 19|Original author: Faizal

Description: Mungkin ianya sesuatu yang memelikkan. Tapi ianya adalah satu realiti. Marvel Universe telah pun memperkenalkan kepada umum tentang adanya watak baru dalam siri komik mereka yang merupakan seorang mus ...
Mungkin ianya sesuatu yang agak janggal dan tak terfikirkan. Tapi ianya adalah satu realiti. 

Marvel Universe telah pun mengumumkan kepada umum tentang adanya watak baru dalam siri komik mereka yang merupakan seorang muslim iaitu Ms Marvel. Wow!


Watak Miss Marvel adalah seorang gadis Pakistan yang bernama Kamala Khan, merupakan seorang remaja muslim yang berusia 16 tahun menetap di Jersey City, AS.

Dia menghadapi tekanan daripada ibu bapanya yang mahu dia menjadi seorang doktor ketika dia cuba untuk mengukir identiti sendiri dan masa depannya.

Kehebatan Miss Marvel ialah kebolehannya untuk mengubah bentuk dirinya sendiri. Selain itu, kekuatan yang diperoleh semasa pulang dari sebuah pesta, di mana dia tiba-tiba diselubungi asap yang mengandungi zat mutan. Sejak itu, dia memiliki kekuatan gen bukan manusia seperti "shapeshifter", "healing factor", dan "elasticity" selain boleh berubah bentuk.

Dengan kekuatan ini, Kamala memanfaatkan kekuatan barunya untuk kebaikan, berdasarkan pengetahuan agama Islam di kalangan keluarganya. Dia menggunakan nama Ms. Marvel sebagai identiti "superhero"nya kerana terlalu minat kepada Carol Danvers (Ms. Marvel sebelum ini).

Foto Carian internet

Watak superhero muslim ini mempunyai kontroversi yang tersendiri di mana ramai di antara peminat dan pengikut siri komik dari Marvel khasnya yang beragama Islam mempersoalkan tentang Ms Marvel tidak boleh dilabel sebagai sebagai superhero muslim.

Ini kerana penampilan yang dibawa bukanlah seperti penampilan seorang wanita muslim.
 
Memetik dari Majalah Digital Spy, dalam sebuah wawancara, pembikin filem-filem Avengers (Kevin) mengatakan bahawa mereka dalam proses menyiapkan filem yang akan menampilkan watak Ms. Marvel sebagai watak utama di dalam filem tersebut. 

Siapakah yang bakal membawakan watak Ms Marvel?
Sudah pasti kita tidak sabar nak melihat bagaiamana rupanya adiwira muslim ini di layar perak kan? Untuk info, pada March 2019, filem Captain Marvel yang merupakan filem dari produksi yang sama bakal menjengah di pawagam. Mesti ramai yang tidak sabar menanti. Lebih-lebih lagi mereka yang betul-betul fanatik dengan semua filem Marvel. Jangan lupa! - CARI 

20

Bagus
7

Marah
13

Terkejut
19

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siputsedut 15-5-2018 01:09 PM
Yang ni ke raja ilya gi casting tu?tp x sesuainya bwk watak bdk 16;tahun dgn muka kerturina gitu
Quote Budakmomok 15-5-2018 01:23 PM
Raja ilya ke?watak mak kepada miss marvel kot
Quote BebeQ 15-5-2018 02:11 PM
Agaknya ni watak yang raja ilya sebut2 tu kot. Tapi yang ni watak budak 16 tahun, tak kan la ada scene melampau pulak.
Quote chinta89 15-5-2018 02:47 PM
raja ilya, yg ni ke uols kata x sesuai ngn kte sbg org islam tu
Quote kikuri 15-5-2018 02:52 PM
ke raja ilya dapat offer jadi mak kamala khan tu... pastu kecewa sebab penat penat gi cantikkan body ujung ujung  jadi mak anak umur 16 tahun..
Quote whadda 15-5-2018 03:04 PM
agaknye raja ilya tak bace abeh kot.. bace marvel muslim je trus dengan confidentnye gi casting padahal wataknye tuk umur 16tahun
Quote Nana_Man 15-5-2018 03:08 PM
Kalau jd mak nyer Kamala Khan pun ok jgk kn? Better than nothing..
Quote dekmieDandy 15-5-2018 03:10 PM
dia ni kalau marvel animation watak utama tu

tapi nak buat effect cgi dia mesti payah giler
Quote grizz 15-5-2018 03:13 PM
BebeQ replied at 15-5-2018 02:11 PM
Agaknya ni watak yang raja ilya sebut2 tu kot. Tapi yang ni watak budak 16 tahun, tak kan la ada sce ...

muke tue sbb tu xlayak..acah2 tolak sbb ade adegan xpatut..
padahal xlepas audition..

Quote grizz 15-5-2018 03:16 PM
Nana_Man replied at 15-5-2018 03:08 PM
Kalau jd mak nyer Kamala Khan pun ok jgk kn? Better than nothing..

msti la die tolak sbb die kn acah2 hot mude belia gtu..


Quote MadameOnion 15-5-2018 03:42 PM
haha selalu tengok miss marvel ni dalam avengers secret wars kat disney xd
Quote mieymiey 15-5-2018 04:52 PM
Budak 16 tahun ni mesti ada scene geli geli dengan bf dia kan? Tu yang Raja Ilya taknak
Quote salmon-suki 15-5-2018 06:32 PM
Xminat marvel series ni..muslim,yelaa kot,atas nama Islam tp bkn ler mukmin..sekadar muslim je..
Quote damian_lee 15-5-2018 10:59 PM
Dah agak ... mesti komen akan full dengan putar alam
Takpelah korang enjoy dulu komen
Quote Zaien 16-5-2018 12:43 PM
wtak ni ke raja ilya tu? x sesuai kot.. jdi makcik kamala sesuai haahhaha
Quote Bellaqiu 21-5-2018 09:21 AM
This is something new
Quote misscendol 25-6-2018 11:07 AM
Xpenah xsupport filem marvel ni
Quote kurga 28-6-2018 10:53 AM
jangan nanti ujung-2 citer superhero ni ade babak kucupan mulut lak...mana ler tau.. happy ending story..
Quote costumes_empire 23-7-2018 01:18 PM
Wahhhh betul ke ni? ke prank je

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057578 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top